Wednesday, March 19, 2014

Mencari Kekuatan Membuat Keputusan.



Hai, Assalamualaikum..


"Orang lain dah ramai berubah jadi baik, artis pun dah ramai berhijrah. Aku ni bila lagi?"


Hrmm, kalau setiap perkara yang kita nak buat diakhiri dengan persoalan ataupun "suatu hari nanti, aku akan bla bla bla...." memang entah bila akan berhasil kan?


Aku pun sebenarnya dalam dilema tsk tsk tsk. Pengalaman 3 tahun lalu sungguh memeberi aku pengajaran. Rasa terkilan masih terbawa-bawa sampai la ke saat ini. Bila teringat balik Ya Allah apa aku dah buat ni, rasa berdosanya, derhaka nya aku sebagai seorang anak. Perginya arwah abah tak sempat aku berada di sisinya masa tu T_____T.


Sekarang ni pun, mak asyik tak sihat. Bila aku call, suara ceria tapi di hujung-hujung tu seakan kedengaran kurang sihat. Aku tahu sakit ma bukan setakat kencing manis, sakit urat je. Walaupun tu orang cakap sakit yang agak bahaya, aku rasa sakit sunyi tanpa anak-anak di sisi lagi mencengkam hati seorang ibu. Kan? Kan?


Ya Allah, aku berdoa berikan aku kekuatan untuk aku buat keputusan dengan kadar yang segera. Keputusan apa? Keputusan untuk balik ke kampung, cari kerja kat sana dan duduk dengan mak, jaga mak, tengok-tengokkan mak. Ya Allah, mak sudah tua. Aku takut aku tak sempat nak membalas jasa mak sebagaimana arwah abah dulu.


Insyaallah, by end of this June aku nekad nak balik ke kampung duduk sana. Apa yang lebih membahagiakan lagi? Apa yang aku nak cari lagi? Walhal duduk kat Kolumpo ni banyak sungguh pancaroba, hidup pun cukup-cukup sahaja makan pakai dan bayar hutang. 


Semoga Allah permudahkan! Amin.


No comments: