Skip to main content

Dulu, sekarang dan masa depan.



Beza dulu, sekarang dan masa depan bagai langit dan bumi.


Tahun 1970-1989..

“Ali..bangun mandi..baca quran, semayang subuh jangan lupa..pastu makan cekodok dengan teh O panas..sebelum pegi sekolah, jumpe mak dengan bapak kat bangsal getah skrap tu..mak dengan bapak pergi menoreh dulu ni..” kata mak kepada Ali pada jam 5.00 pagi.

“Baik mak..Ali bangun ni” kata Ali sambil mencapai tuala.

“Bagus..macam tu la..ingat..kita orang susah nak..belajar rajin-rajin..dah besar boleh jadi loyar ke, cikgu ke, pegawai kerajaan ke..hidup senang nak..lagi satu, semayang dengan baca quran jangan tinggal..baru tuhan makbulkan doa-doa kita..” kata mak kepada Ali.

“Baik mak..Ali takkan lupa pesan mak tu” kata Ali pula..

“Alhamdulilah..” mak bermonolog dalaman.


Tahun 1990-2000…

“Zakuan..bangun..dah pukul 7 ni..kang lambat pegi sekolah..Mak Mah dah siapkan breakfast atas meja tu..ibu dengan ayah nak pegi keje ni..” kata ibu kepada Zakuan

“ok..jap agi Zakuan bangun..sejuk ni..lagipon sekolah dekat..kayuh beskal seminit dua je dh boleh sampai..” kata Zakuan dari dalam selimut..

“eh dah-dah..bangun..kang terlajak pulak..cepat bangun..ibu dengan ayah dah lambat sangat ni..cepat bangun!” jerit ibu..

“yela-yela..nak tido lama sikit pon tak boleh..” bebel Zakuan

“rajin-rajin sikit bangun pagi..baru boleh jadi jurutera..doktor..ni nak jadi ape bangun lambat-lambat ni..pegi sekolah pon nak tak nak je..” bebel ibu membalas

“ye..tawu..Mak Mah! baju sekolah saya mana??” jerit Zakuan

“Mak Mah dah siap gosok dan sangkut depan almari tu tuan muda..” balas Mak Mah slow-slow

“Mak Mah..pastikan Zakuan tu breakfast tau..saya dah lambat ni..ayah..cepat la..dah lambat ni..” kata ibu..

“Yela-yela..Zakuan, ni haa duet atas meja makan..RM10 ni..ayah dengan ibu pegi kerja dulu..” jerit ayah..


Tahun 2000-kini….

“Jimmy…wake up jimmy..dh pukul 7.15 ni..Pak Man pon dah panaskan kereta..Pak Man hantar jimmy pergi sekolah arini..mummy and daddy drive sendiri..meeting sana sini..” kata mummy kepada Jimmy (bukan nama sebenar).

“malas la nak pergi sekolah arini..kat sekolah tu, cikgu die ntah apa-apa mengajor..tak masuk akal betul..” Jimmy mengelak..

“u..tengok..i dah cakap..sekolah tu tak bagus..pindahkan Jimmy ke sekolah swasta sana..semua kawan-kawan i hantar anak diorang ke sana taw tak..” bentak mummy kepada daddy..

“kalo Jimmy dah tak suke pergi sekolah tu, nanty daddy wat surat transfer ke sekolah private tu k..Jimmy sambung la tido..” layan daddy..

“Jimmy berlatih je main bola..Jimmy kan terer main bola..jadi footballer pon ok sekarang ni..gaji besar..” sambung daddy..

“tak nak la u..ape la u ni..ade suruh my only son jadi footballer..i rasa dia sesuai jadi penyanyi..or maybe dancer..jimmy..jadi penyanyi ok..banyak realiti show sekarang ni..boleh mummy tengok jimmy sayang dalam tv..betul tak u??” celah mummy..

“ok mummy..ok daddy..i luv u..” jawab jimmy dari dalam selimut..

“ok la..mummy and daddy pergi keje dulu..have a nice rest dear..” kata mummy..

“jimmy..RM150 daddy letak atas meja makan..spend it ok..bye’ kata daddy pula..


credit to incik vico vanillo.. I copy straight from belog die sebab die kan jenis low profile tak suka nak gebang belog die tu hahahaha

Comments

fifianggun said…
hehehhe....nmpak beze kan?dulu dan sekarang
Miss Shikio said…
perbezaan yang ketara

zaman sekarang ni, mcm budak2 pulak yang tentukan cikgu tu bagus or tak

huhuuhuh~
fadh leyanie said…
pergh...rm150 tu..haha
ank2 zaman dulu lain,,macammana la agknya 2020 nati ..
fyna said…
dulu dan skrg...





jom singgah n follow belog fyna..
http://inibelogfyna.blogspot.com/
mar yanie said…
shikio...zaman dah berubah beb..tsk

fedh leyani...RM150 tu pun tahan berapa lame je..kalau dulu mahu 3 bulan baru nak abes dwit 150 tu..T T

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…