Sunday, May 22, 2011

Tok bomoh vs doktor.



Holla!!

Hari ni bangun pagi rasa sakit-sakit sendi, sakit tulang, lenguh sana lenguh sini, osteophorosis gamaknye. Kena beli susu anlene la ni. Kenapa jegilkan mata? Siapa cakap umur 23 tahun tak layak minum anlene? Anda layak okay! kalau gerak sana sini tulang bunyi krek kruk krek kruk.





Tapi saya pikir faktor penyumbang kepada sakit-sakit ni bukan sebab saya terlalu banyak buat kerja. Memang TAK la kan. Mungkin sebab terlalu gigih menghambakan diri depan lappy online 25 jam sehari? Memang betol sangat la tu. Then, mula nak cari tukang urut sana sini.


Okay, hari ni punya entry bukan pasal susu, calsium, osteophorosis dll. Tapi nak cerita pasal perbezaan antara tok bomoh kampung dan doktor? Bila dengar jer 'tok bomoh', ramai yang pikir tok bomoh ni jahat, pakai ilmu hitam, mengarut, ada yang tak percaya la bla bla termasuk la saya. Mana bukti? Cuba tengok cerita Mantera Anjasmoro. Bomoh jahat! Kesian! 


memang minat gila cerita ni, besh!


Tapi kenapa kita suka sangat guna term 'tok bomoh' instead of 'perubatan secara islam'? Bunyi dia memang dengar macam suci je. Tak semua bomoh-bomoh ni mengamalkan yang tak elok. Ada yang memang mengikut sunnah, ikut cara Islam, baca ayat suci Al-Quran. Lately, perubatan secara islam ni tiba-tiba mendapat perhatian disebabkan Ashraf Muslim. Betol kan?


bomoh hensem, semua orang nak berubat..=P


Ada sesetengah orang ni terlalu taksub dengan perubatan tradisional camni. Baru-baru ni kawan kepada makcik saya sakit, pergi cek kat hospital memang sah ada kanser usus. Tapi taknak dirawat kat hospital, nak berubat secara kampung. Kesian pulak kan, kanser ni bukan boleh dibuat main-main. Kalau melibatkan sakit-sakit yang kronik macam ni rasa nya elok pergi hospital la kan sebab alat-alat kelengkapan cukup semua.


Tak boleh nafikan jugak, perubatan secara islam dan yang disediakan kat hospital ni dua-dua mainkan peranan yang penting. Saling melengkapi. Doktor-doktor pun masih merujuk kepada pengajian Islam jugak kan. 


Yang tak sedap mendengar nye bila ada yang pergi jumpa bomoh nak mengurut la nak itu ini, haish, tak payah la kot. Guna la tangan sendiri picit sana sini, daripada terkena dengan 'tok bomoh' yang memang 'tok bomoh'..Cukup la, dah tak larat nak baca kt myMetro hari-hari pasal kena rogol dengan tok bomoh la. Mintak di jauhkan la. 


Tapi Allah dah janjikan, setiap yang hidup itu pasti akan mati. Cuma masa dan keadaan berbeza bagi setiap orang. Kita hanya mampu berdoa, bertawakkal. Setiap kejadian yang berlaku, semua ini adalah ujian dari Allah. Amin.  



5 comments:

YAT said...

aku adlh salah seorang pesakit tulang yg masih muda!

punca/ faktornye ak tau sdr da... asek duduk je. kurang bgerak, apatah lagik excercise. ;p

takot gak n.. tua sblm waktu!

.m y z. said...

sejak jadi blogger aktif ni, ziema asyik sakit belakang jugak sbb asyik bongkok ngadap laptop. tak lama lagi boleh bengkok tulang belakang. haha.

kadang2 kan tok bomoh ni lagi berkesan cara perubatannya kalau nak dibandingkan dgn doctor.

ehemmmm kalau dapat bomoh hensem macam ashraf muslim, nak sakit hari2 lah! :D haha. ok gurau :P

Si Sepatu Jalanan said...

salam. saya jarang buat lawatan berbalas. tapi bila nampak nama awak tadi saya teringat kat kawan saya yang baru meninggal minggu lepas.:) anyway nice blog

mar yanie said...

yat..aku sakit tulang ms wat psm dulu..gigih sgt..:D


ziema...kalo duk mengadap lappy mmg byk jejaskan kesihatan..takut gak tu..bkn stakat tulang sakit, mata rabun..kan?

mar yanie said...

si sepatu jalanan..takziah to arwah..tq u..


Al-fatihah