Skip to main content

Bukan semata-mata bajet.



Terima kasih Bajet 2013!


Sebab kau lah, aku makin disiplin bayar PTPTN, nak dapatkan discount 10% punya pasal lah.


Tapi sebenarnya kita kena ingat, walau takde dalam bajet 2013 sekalipun, hutang tetap hutang. Jangan buat tak tahu, hutang itu wajib dibayar.


Mak aku siap pesan, kalau tak cukup duit tak payah hulur kat dia pun takpe asalkan aku bayar PTPTN tiap-tiap bulan tsk tsk tsk. Ya Allah, rasa sebak dalam hati ni bila mak aku cakap kenapa perjalanan hidup aku macam teruumbang-ambing, pernah fikir tak apa puncanya? Aku jawab tak tahu tak tahu sambil geleng kepala. Hrmm, boleh jadi aku banyak buat dosa sebelum ni?! Ataupun mungkin sebab hutang yang tak terbayar.


Kenapa kita gaji RM5 ribu, tapi masih lagi rasa tak cukup? Kenapa? Okay la, aku turunkan sikit range gaji tu jadi RM2 ribu. Kalau kita asyik pikir duit tak cukup, memang sampai bila-bila pun akan rasa tak cukup. Bersyukur dengan apa yang kita ada tu kan lebih baik. Orang yang bergaji besar, sebenarnya makin banyak duit masuk, makin banyak jugak duit keluar. Allah sedang menguji sama ada mereka lupa diri atau tidak dengan kemewahan itu. Sama jugak yang bergaji kecik, Allah juga sedang menguji kita sama ada kita sabar atau tidak.



Jadi, aku nekad untuk kembali membayar hutang yang aku cuba lupakan sebelum ni. Tak kisah la amik masa berapa puluh tahun nak settle entah sempat atau tidak, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk bayar. Memetik kata-kata dari Ustazah Bahiyah dalam rancangan Semanis Kurma (pergghhhh), kalau kita berusaha/niat untuk bayar hutang orang, walau sesempit mana pun keadaan nya, Insyaallah Allah akan permudahkan jalannya. Amin.



Oh, kembali kepada topik utama. Kalau nak dapatkan discount 10% tu, haruslah konsisten bayar hutang pinjaman bulan-bulan. Owh, kalau bayar RM50 bulan-bulan boleh dikira konsisten tak? Okay, menurut kefahaman aku, baik call office PTPTN sendiri untuk dapatkan kesahihan. Kalau aku yang tak apply yang sistem UJRAH, kena bayar RM108 setiap bulan ataupun lebih secara konsisten baru layak dapatkan discount 10%. Paham??? Kalau korang dah apply UJRAH, mungkin range dia lain la.


Jadi, kalau kita bergaji kecik sekalipun jangan la risau kalau-kalau rasa eh cukup ke tak gaji aku ni nak survive? Insyaallah, Allah akan permudahkan urursan kita selagi kita utamakan apa yang wajib. Sekian~







Comments

YAT said…
ko x apply ujrah? Aku apply. byr RM193/month..

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…