Friday, November 2, 2012

Bila ku berduka....



Dear blog,


Pada mulanya tak pernah terfikir pun aku akan jadi serajin ini mengemaskini akaun blog. Di sini tempat ku mengadu, di sini tempat ku luahkan rasa gelisah yang terbuku di hati, di sini jua tempat ku luahkan rasa kecewa, suka dan duka.


Segala pahit, manis, masam ada kat sini dan kadangkala berbau busuk sebab iri hati dengan orang lain, mengumpat dan sebagainya pfffttt#@$%. Kadang-kadang blog ni cantik sebab banyak produk kecantikan dalam ni.


Kadang-kadang, ia berirama. Lagu-lagu yang kau laung dulu aku tepek kat sini untuk sembuhkan duka lara ini eh eh lirik lagu pulak..:P


Kadang-kadang ada benda yang aku nak cerita kat orang tapi tak boleh diungkapkan dengan mulut, jadi aku terjemahkan dalam bentuk tulisan.


Bila ku sedih, ku ke sini. Tak perlu mencari aku di mana-mana, aku hanya di sini. Jadi, aku ke sini bila aku sedih. Yer, bila aku sedih.


Tak paham lagi ke?? Maknanya aku tengah bersedih ni, pujuk lah pujuk lah pujuk lah. Bagi lah kata semangat sepatah dua.. T____________T ..



1 comment:

Mr. Apih said...

alolololo..jgn sedih2 k..meh baca entry apih & follow..hihi