Saturday, September 22, 2012

Selamat hari ibu~



Tadi kiteww pegi pejabat pos nak renew lesen kereta, dah tamat tempoh ini hari tapi si abang kacak tu cakap sistem offline. Tadi nampak kacak sekarang kiteww tengok dia rasa macam nak tampar je muka dia, geram! Salah siapa kalau kiteww tak dapat keluar dating esok? Salah abang kaunter tu lah! Bukan salah kiteww. Takpe takpe. Sorry kalau kiteww buat awak tergeliat lidah baca post ni bhahaha.


Lepas tu, terus masuk kereta hempas pintu kuat-kuat. Start enjin, hohemjiii, minyak dah berkelip-kelip tsk tsk tsk. tepat pada masa sangat lah kan. Dulu selalu isi minyak 10 hengget je, sekarang ni malas la nak pegi banyak kali stesen minyak, terus kita isi RM 100 tolak RM 80. Ada beza ke? hewhewhew.


Alang-alang duk kat stesen minyak dah, terasa nak cucuk duit la. Siap sedia terus duit untuk bayar lesen kereta, bil eletrik, bil astro dan bermacam-macam bil lagi lah. Sejujurnya aku jarang lah keluar duit manyak-manyak. Biasanya sekali keluar RM50-100 je. Tapi tadi tertekan RM 250. BAMMMM.. Tau tak apa yang keluar? Duit kertas warna merah 25 keping. Perghhh, terus kembung purse. Dah nampak rabak dah sikit tsk tsk tsk.


Sebelum balik rumah, tadi singgah kat pasar raya nak beli barang-barang keperluan dan dapur. Sobbbbsss, baru je kutip kicap sebotol, sabun basuh, milo pek besar. 3 barang je kot, tapi RM 50++. Nak tampar tak orang ni? Nak murah murah beli la milo pek kecik tu! Boleh la tahan 3 hari kenss? Sabun tu beli yang pek kecik sekali RM 4.90. Sekali cucian je tu.


Okay, sebenarnya takde niat sikit pun nak merungut. Tetiba rasa sebak sebab terpikir keadaan mak, ibu kita dulu dulu survive. Patut lah kalau kita merengek kat pasar raya nak beli alat mainan even belon sabun yang RM 2.50 tu, diorang taknak bagi. Rupa-rupanya inilah yang diorang rasa kan. Maaaaaakk, maafkan kami.


Kalau mak kita cakap takde duit, sebenarnya diorang masih ada, maksudnya takde duit untuk benda tidak penting. Macam mana diorang uruskan duit tak tahu lah, beli barang dapur banyak, beli itu ini. Duit tetap ada pada waktu emergency. Kalau kita pulak?  kalau cakap takde duit memang takde duit sungguh-sungguh, tak tipu tsk tsk tsk.


Yang aku perasan, situasi yang begini;

Anak   : Mak, nak duit beli gula-gula. "
Mak    : Takde nak.
Anak   : Alaaaa, RM1 je.

Tapi kalau ini?

Anak   : Mak, cekgu mintak duit beli buku rujukan RM 16.90.
Mak    : Haaa, amik ni.


Lagi satu kat kedai makan, mak mesti jadi penunggu, bagi anak-anak makan dulu. Kadang-kadang diorang tak order pun untuk diri sendiri. Tunggu makanan anak-anak yang tak habis. Bukan takde duit, bukan kedekut. Mungkin taknak membazir sebab diorang tahu betapa susahnya nak cari duit. T T. Terharunya.


Kebanyakan mak-mak ni memang punya sifat macam ni ke? I mean, sifat semulajadi macam ni? atau akan berubah bila dah jadi mak nanti?


P/s; Kalau takde sifat macam ni tak layak jadi mak ke? Takutnya~







2 comments:

YAT said...

Bab order makan tu mmg DAMN, ITS TRUE!!! Mak aku jarang sangat order makanan time makan kat kedai.

#org dulu2 ckp, kalau mkn lebihan anak, nnt anak melawan ckp mak. T_T

mar yanie said...

yeke? so salah sape klu anak melawan cakap?? salah mak-mak la sbb suke makan lebihan anak! hehehe