Skip to main content

Pembawaan title 'degree'


Hello uolss, gud morning..


Sebenarnya tadi iols on laptop dengan niat nak google resepi tapi singgah belog jap update 2 3 entry apa salah nya. Bukan senang nak luangkan masa depan belog ni, sekarang ni baru aku dapat feel ayat keramat "Masa Itu Emas". Berkejaran aku ke sana sini untuk dapatkan emas iteww. 


Dulu kat kampung, kalau ada anak yang berjaya masuk unibersiti, mak ayah la orang paling kembang lubang hidung, bangga, dikenali di seluruh kampung. Bukan anak, tapi mak ayah yang dikenali. Nak tunjuk betapa berjayanya mereka mendidik anak sampai masuk uni. Sekarang, dah berlambak-lambak orang masuk uni. Setiap satu isi rumah mesti ada wakil sampaikan eh, anak kau masuk Uni eh Limah? punya la ramai kan yang dah berjaya masuk Uni sebab apa tahu? sebab ada PTPTN! Pinjaman ke biasiswa ke, mula-mula sign surat aku janji sumpah setia akan bayar balik duit tu, alahhh dah keluar U, kau bayar ke tak? Tak kan? Aku la teww. Eh, jangan! Hutang wajib bayar tau! Jangan main-main.


Dulu bila dah habis belajar diploma/degree, kerja senang dapat sebab masa tu tak ramai yang ada pendidikan setinggi tu. Kalau tamat SPM, macam-macam kerja dah boleh buat sampai lah ke pangkat penolong bos besar. Tapi sekarang level ijazah sarjana muda pulak? orang macam dah tak pandang, yang orang pandang nye pada yang tua-tua, ijazah sarjana/phD sebab terlalu banyak longgokan golongan degree ni di pasaran. Mungkin suatu hari, Malaysia juga bakal dipenuhi dengan rakyat-rakyat yang ber"phD", jangan sampai timbul satu lagi certificate untuk level atas dari phD hewhewhew. Nanti aku rasa makin loser eh kau ada degree jer? khennnnnnnn!


Pembawaan title 'degree' tu telah menjadikan seseorang hidup dalam dilema. Apa aku merepek ni? Maksud aku, mokcik-mokcik kat kampung selalu pikir "Budak ni ada degree, mesti kerja tinggi lah. Tak yah risau". Mokcik, kitorang ni dah start risau ni sebab persepsi mokcik yang cenggitu. Pastu bila kita dapat kerja yang biasa-biasa, mula lah nak compare "Kalau macam ni susah nak dapat kerja, takyah la belajar tinggi-tinggi. Tu anak Temah belajar SPM keje elok je kat Kolumpo gaji boleh tahan, bagi duit kat mak bulan-bulan" tsk tsk tsk.


Mungkin ramai yang pandang rendah pada orang yang ada SPM. Tapi pengalaman aku berkerja dengan orang-orang ini, telah membuka mata aku luas-luas. Yer, dari segi pelajaran, diorang mungkin biasa-biasa je tapi yang biasa-biasa ni lah membolehkan mereka ni SURVIVE kat muka bumi. Sebagai contoh; bila dapat kerja kat 7E, Guardian, Wattson, promoter baju kat Jusco bla bla bla (lebih kepada kerja retail), diorang terus je berkerja walaupun hari-hari kena maki dengan bos/customer sebab diorang tahu kalau berhenti, nak kerja kat mana lagi? Bila bertahan lama 3 4 tahun dah naik pangkat supervisor. Contoh lagi; diorang ni campak je kat mana-mana pun boleh survive, kalau di offer gaji standard rm700-900 plus OT dapat rm1.5-1.8 k sebulan, diorang akan bertahan lama punya. Serius aku respek. Tetiba teringat kat Kak Nora Popular. Belajar sampai PMR je, dari kuli dah jadi supervisor. Gaji lagi tinggi dari aku. Tough sungguh diorang ni.


Lain hal nya pulak bagi yang ber'degree'. Kalau kena marah dengan bos, terus dalam hati ni "Eleh, aku ada degree bila-bila masa je aku boleh nak berhenti kerja!!!". Kerja nak gaji rm2k++ jeww (itu aku hoi,kalau boleh nak 3k sebulan). Lagi satu contoh, kita kerja kat kilang. Nama mungkin kilang lah, tapi sebenarnya kerja kat makmal kilang. Kalau mokcik2 kat kampung tanya kerja kat mana kau sekarang? Dilema betul nak jawab. Nak jawab kerja kat kilang ke? atau kerja makmal kat kilang? Orang tu paham ke makmal kilang? Bunyi je kilang terus "Owh, kilang eh?" tak kisah la kat depan perkataan kilang tu ada makmal ke apa ke *sigh*. 


Can't you see that? Susah nya bawak title 'degree'. Berkecamuk! Kita pikir kita boleh dapatkan kerja yang lebih baik dari sekarang, mula nak berhenti! Pastu tak kira lagi persepsi orang luar pada kita. Ada degree, keje kena bagus? Dapat interview senang? Macam tuh? That's why ramai yang menganggur sedangkan yang ber'SPM' okay je hidup diorang.


Ini bukan trend orang belajar tinggi-tinggi, tapi taraf hidup manusia itu sendiri semakin hari semakin mara ke hadapan. Kalau zaman sekarang, anak-anak tak belajar, boleh bayangkan tak kesukaran hidup mereka nanti? Hallamaaak nya kalau anak gadis dah ada boypren masa tuh elok dikahwinkan terus sebab susah nak dapat kerja kan. Lelaki pulak semakin bijak, nak yang berkerja jeww heh heh heh. 


Okay lah, nak sambung google resepi jap sambil-sambil buat proposal untuk research. Apakah? Nak sambung master ke Cik Mariani? Nampak gaya cenggitu la hai...Kat mana? Kat UTM la, mana lagi khen...daaaaa~

Comments

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…