Friday, September 14, 2012

Survival lonely ranger~



Hello belog..sumpah rindu!


Dulu aku ada sorang kawan (maksudnya skang dah tak kawan), selalu mengadu cakap lonely ranger, makan sorang-sorang, takde kawan nak hang out, pergi kedai tapau nasik makan kat bilik sambil ngadap lappy kesayangan. Aku pulak bajet good gitu bagi nasihat, kesian.....pergi lah cari kawan, kang lama-lama jadi kera sumbang, dah tak tahu nak berkawan macam mana. Beberapa ketika tu, aku sangat happy bila dia ikut arahan. Finally, dia jumpa jugak kawan baru :). This is a happy ending story...ouchhh..


Jadi bila hal ni berlaku kat diri sendiri, aku rasa takdelah teruk sangat pun. Sebenarnya ini membuatkan kita rasa sangat ekslusif. Awwwww. Semua salah aku jugak, suddenly aku jadi lonely ranger lepas amik keputusan untuk menjauhkan diri dari my colleague, mokcik fadilla, atas sebab-sebab tertentu. Adakah ini harga yang perlu aku bayar selepas buat keputusan tersebut? Mungkin! dan aku rasa sedikit pun tak menyesal huarghhhhh *gelak jahat*. Hanya aku dan Azma je yang tahu. Siapa Azma dalam cerita aku kali ni???


Rahimah's Kitchen; based on Terengganu Traditional Food.


Setiap kali aku keluar, terus pecut pergi kat satu restoren ni. The one and only yang ada kat kepala ni, Rahimah's Kitchen. Perghhhh, siang hari waktu lunch begini begitu berani aku makan kat restoren. Memang waa cakap waa kaya la beb makan kat tempat mewah cenggini. Hanya Azma yang tahu kih3. Jadi kali ini aku nak cerita tips survival untuk lonely ranger.



Interior; Pantry yang sangat wowww.

Tips survival untuk lonely ranger.


Makan kat restoren mewah, bukan kedai makan biasa-biasa tuh.

Ini memang wajib! Tahu tak kenapa? Kau dah makan sorang-sorang, elok lah pergi makan kat restoren sebab meja banyak available. Kalau pergi makan kat kedai makan biasa dah la ramai orang, kena kongsi meja makan panjang pastu kalau full house kena tunggu kat belakang orang then tanya "abang dah siap makan ke? adik nak makan pulak ni". Malu! Malu! Malu! sebab kitew cowang cowang jer taw takde kawan, mesti orang tengok oloooolooo, kecian nya dia.


Pilih bermacam-macam jenis lauk.

Beb, dah nama pergi restoren kan! haruslah berlagak lebih, pilih 2 jenis lauk, sayur pun. Air pulak haruslah carrot susu, fresh orange. Takdelah nampak cikai sangat kan tsk tsk tsk. Ini lah harga yang kau perlu bayar sebab kau dah buat keputusan untuk taknak rapat dengan mokcik fadillah tu, padan muka kau mariani.


Ingat, bukak galaxy tab letak atas meja.

Ada kaitan heh? Sambil makan tu jangan la pokus sangat kan. Sesekali tengok la galaxy tab tu konon-konon busy teheeeee. Nanti orang tengok pun, owh dia ni berkerjaya hebat ni, makan sorang-sorang, busy pulak tuh. Nasib baik la dah tukar kepada galaxy tab kan? hiks *poyo*.


Berjalan dengan penuh gaya.

Dari cara nak pilih makanan, nak pergi basuh tangan kena ada gaya. Ingat! Jangan gelojoh. Itu penting demi mengekalkan status ekslusif diri awwwww. Puhliss, watch out your step. Jangan gelencohss sana sini. Gelencohss means terpeleok kaki gagagaga. Nanti orang lagi kesian tau kat kiteww.


Jadi uolss, jangan la terkejut kalau pergi kat kaunter tanya berapa kak????...... RM 13.90 untuk nasi putih, dua jenis lauk dan sayur, plus air juicy kau tuh dah jadi RM17. Hokkay!!!!!! Kaya tak waaaa?? Kaya kan??  Pastu darab pulak dengan 5 hari berturut-turut, pedehal lah setakat RM100 je seminggu.


Oh, lupa nak reveal siapa Azma. Dia tuh la yang beria-ia ajak aku pergi makan steamboat kat sini masa bulan puasa haritu sampaikan mokcik fadillah asyik tanya aku jadi tak nak berbuka kat sini? Mokcik, kalau jadi pun kitorang taknak ajak! huarghhhhh. Last-last, terpaksa ajak boipren jugak, dating kat sini *bluweeekkk*. Sorry Azma kalau aku gebang & poyo lebih. Hanya mung dan aku je tahu keh3.





Arghhhhhh, kalau dapat makan ramai-ramai ngan kengkawan ni mesti best lah tapi aku pesan awal-awal aku hanya amik part makan je la. Tukang grill, kipas-kipas asap ni malas ahhhhh.



Ahhha, well done. Mariani dah tahu camne nak guna application photo dalam phone dia.

Pastu nak melalut ke lain sikit lah. Hey, ini belog waaa la, suka hati la kan.


Laksa Penang, perghhhhhhhhh.....



Goshhh, sampai termimpi-mimpi kuah kacang nih. My feveret eva.



Ini cream puff yang dibuat secara bermalas-malasan special untuk Azma.  Rasa dia pun macam malas-malas jugak kikikiki.

Peaceeee! kang aku dah pandai meng'edit' photo nampak makin murah. ;)

Okay, setakat ini dulu lah coretan untuk minggu ni. Entah bila pulak aku dapat membebel/melalut kat sini. Mungkin next week, nak cerita kisah Broga Hills aku.;)

Goodnite uolsss..



5 comments:

The Dark Justice said...

haha.makan tapau dlm bilik depan laptop..mcm kenal je..

mar yanie said...

Ko kan camtuh????????????

mar yanie said...

Ko kan camtuh????????????

tamsilankendiri said...

mokcik fadilla ke yg mu dok meroyan kt twitter tu? ce citer.

mar yanie said...

mokcik fadillah is another thing to handle.. nti aku wassap..