Saturday, June 11, 2011

Wajah kesayangan hamba.


Holla!!

I'm back! Baru je beberapa hari pergi training kat Ikano Power Centre tak bawak laptop urrgghhh rasa nak gila tak dapat online. Sebab bila balik hostel, saya takde kawan. Balik jer terus mandi dan tido. Borink. Housemate pulak jenis berpuak-puak macam tak terima je kehadiran para trainee kat situ. Amboi mentang-mentang la kat sana tempat standard orang-orang kaya kan. Sombong kemain lagi. T T


Terasa lama gile tak mengadap laptop, sambil isi masa lapang yang terluang ni eheh godek-godek file dalam ni. Jumpa pic lama-lama tetiba rindu beberapa wajah sobs.



Afiqah, Surah & Aina

Okay, kalau ikut kan saya sebenarnya tak pernah menganggur. Tak pernah! Sebab walaupun takde kerja profesional yang ada gaji bagai, saya still kerja tapi jadi bibik je la. Not bibik yang biasa-biasa je. Ini SUPER BIBIK okay. Cuma yang rasa terkilan, kerja-kerja camni kita takleh nak update dalam resume part working experience sobs. Kalau boleh update, memang dah lama letak kat resume, at least dapat apply jadi cikgu tadika ker. Kan?





Until now, saya dah ada 8 orang anak buah. Another 1 is waiting untuk keluar dari perut. Bayangkan betapa expert nye saya dalam bab-bab menjaga budak-budak kicik. Ceywah, promote2!! It's not that la, jujurnya saya sangat suka pada budak-budak. Huh, another typical reason untuk nampak baik kan? Tapi ini jujur okay. 





Saya paling suka babysit budak-budak yang baru nak belajar bercakap sebab macam-macam ragam. Dan paling seronok bila mereka ni pandai sebut-sebut perkataan baru yang kita ajar. Kalau orang tanya, sape yang ajar ni? Tak bangga ker kalau nama kita disebut heh3. Dan jujurnya saya memang tak berapa gemar nak jaga baby yang baru lahir sampai la umur 3 4 bulan sebab takde two-way-conversation. Kita bercakap takde respon. Tak seronok. Kan?


Surah and Aina



 

Aqil Muhaimin


And the only woman in blue baju kurung, my mom.


Mesti ma sedih bila semua anak-anak dan cucu-cucu duk jauh tambah-tambah lagi sejak dah keseorangan lepas arwah abah takde. Lesson yang saya belajar, jangan lupa untuk telepon ma sekerap yang mungkin. Walaupun takde kredit, miscall je ma or mesej je ma suruh call balik hehe. Don't let her feeling alone. Syukur ada abang sorang kat kampung jaga ma.


*P/S: walaupun saya bergelut untuk adapt dengan environment kerja tapi saya cuba bertahan sebab nak bantu ma n berjasa pada dia sebelum dia menutup mata. Al-fatihah to arwah abah. T T


4 comments:

iszieylyanziy said...

bestnya ada anak buah

mar yanie said...

seronok isz..:)

apik pehe said...

huhu..ramainyer anak buah..hehe

mar yanie said...

ramai2 la baru meriah..:P