Sudah sebulan aku menjejakkan kaki kat sini. Hari-hari aku berjalan melalui lorong-lorong gelap lagi suram bertemankan bau-bau yang kurang menyenangkan. Setiap kali aku berjalan keseorangan, kaki menghayun laju bagai tak berpijak di bumi.
Aku terpaksa telan kebusukan, kejijikan, dan bermacam lagi. Aku sudah tidak suci lagi. Tidak sesuci 'Kasih yang suci' antara Seth tan dan Nora Elena. Tiba-tiba aje.
Novel hangat; Nora Elena. |
Tinggal kurang dari 24 jam lagi, aku dapat merasakan hayat aku di dunia ini semakin singkat. Aku dapat menjangkakan di manakah kedudukan aku selepas ini. Mungkin di dalam tong sampah. Kejam! Sesudah 5 tahun aku berjasa, namun aku bakal di buang begitu saja. Adil kah begini?
Aku sedar kudrat aku semakin lemah. perisai-perisai ku juga makin hilang. Tiap kali berjalan, ada saja perisai yang gugur. Ahhh, lemahnya aku. Aku mahu hidup lama lagi!
Aku tahu kenapa tuan sangat bencikan aku. Sebab aku ni jijik. Sape suruh memandai pijak tahik kencing hanjing dan b*abi? Jijik sangat! Tapi aku lakukan semua ini demi keselamatan tuan ku juga. Aku tak mahu dia disimbah asid kalau berjalan di tepi jalan. Jadi, aku harus berjalan melalui restoren-restoren yang menyajikan daging b*bi.
Kenapa aku benci 30 Jun? Nak tahu kenapa? Sebab tuan aku akan dapat gaji. Dia pasti akan menggantikan aku dengan yang baru. Beginilah nasib aku sebagai sepasang kasut. Aku sedih kerana tak dapat berjasa lagi kepada tuan ku sobsss.
Tak sanggup nak seksa diri pakai kasut camni. |
Tapi mungkin mungkin mungkin nak try pakai yang ini.
Agak stail jugak lo. |
Peace!
2 comments:
dah macam kaki unte pun ade gua tngk victoria tu
ni la mangsa fesyen..terlalu menyeksakan..
Post a Comment