Skip to main content

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil



Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?


Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen

Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

pencuci muka yang tepi sekali sebelah kiri.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha


Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pembuangan toksik-toksik dalam badan ke. Bila dah semua buang, jerawat dah tak timbul lagi kan. Tapi saya kerja mengadap customer hari-hari. Malu jugak kan. So, saya amik keputusan nak stop pakai bio essence ni. 


Hati ku kembali pada Safi Balqis Perfect 10. Nasib baik dah okay semula muka ni. Menangis woo bagai dapat muka baru beb. Pasni saya tak nak beli yang mahal-mahal. Lagi satu tak nak beli produk-produk international ni. Sebab produk dia semua disesuaikan mengikut kulit-kulit orang eropah kan. Contoh Safi Balqis, terang-terang produk tempatan. Sesuai untuk kulit-kulit orang kampung macam macam macam saya ni. teheee


Virgin Coconut Oil


VCO

Belum habis makan lagi, tak dapat nak bagi review keh keh keh. Tapi first time dapat mak ai besarnya pil dia. Tapi skang ni telan macam tu je tak perlu minum dengan air. TIPU! hahaha


Till then, tata.


Comments

mOon jOhari said…
mOon pakai olay tOtal effect dh 3 tahn...takmo yang lain dh....
atiq atikah said…
waiting for vco reveiew !haha
mar yanie said…
moon...okay ke olay tu? ramai gak yg pakai olay..
mar yanie said…
atiq..nk review kasi vco free dulu 1 botol..keh3
Nobita Sensei said…
mungkin bio essence pakai sarang burung baka taiwan. dengar cerita sarang burung baka belgium lebih mujarab.
mar yanie said…
nobita..ini betol ke main2? heh3..ok la, nti cuba..:P
cik ery said…
betol ke bio essnce 2 tak best?alaaa.bru nk try, ari 2 smpt testing kt tgn toner ngn krim dye..mcm best je...
fara said…
tapi saya pakai dah 6 tiub ..tapi sy pakai pencuci je..mg ok...dulunya muka sy masalah..sampai pg jumpe doctor kulit...lepas sy stop guna product doctor kulit sy,sy pun try bio essnce bird nest ni..mg ok..alhamdulillah..
Minda Melayu said…
hahaha kelakar pun ada.pakai je kosmetik BUATAN MELAYU lagi berkesan dan suci :-)
slm...saya baru beli satu set bio enssnce ni.minta2 sesuai dgn kulit saya...
nurazura anis said…
kawan i pon try bio essence then muka die jd cm u, jerawat kecik2 naik, muka npk menggerutu, before this ok je kulit dia.

tp mom die gune ok, maybe tgk jenis kulit kot. kulit org tua x berminyak maybe sesuai.

tok muda cm kwn i maybe x sesuai, sbb oily skin... terus i takut nk gne product ni sbb i pon oily skin.
Anonymous said…
X sesuai la cm 2 lau de bintik kecik naik..dlu pki safia rania gold x nek pn..

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…