Thursday, August 4, 2011

Allah SWT menjawab apa yang diucapkan ketika solat.

Allah S.W.T telah berfirman
Aku membahagi solat antara Aku danhamba-Ku menjadi dua bahagian dan hamba-Ku berhak memperolah apa yang dimintanya.

Setiap kali kita membacakan surah Al-Fatihah dalam solat dengan penuh khusyuk, percayalah Allah S.W.T maha mendengar lalu menjawab apa yang kita ucapkan.




"Segala puji hanyalah milik Allah, Tuhan semesta alam". Allah menjawab "Hamba-Ku telah memuji-Ku"

"Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang". Allah menjawab "Hamba-Ku telah menyanjung-Ku"

"Yang menguasai hari pembalasan". Allah menjawab "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku"

"Hanya kepada Engkau la kami sembah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan". Allah menjawab "Ini antara Aku dan Hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak memperolehi apa yang dimintanya."

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat". Maka Allah berfirman " Inilah bagi hamba-Ku dan hamba-Ku berhak memperolehi apa yang dimintanya".

Wednesday, August 3, 2011

Harapan Ramadhan.

By Raihan & Man Bai


Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat
Ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kuenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatmu Oh Tuhanku
Ku tempuh jua......






Amin...

365 resepi ketuk-ketuk ramadhan.

Baru masuk hari ke-3 puasa, mesti akak-akak, makcik-makcik yang setia kat dapur tu tengah pening-pening nak masak apa untuk berbuka hari ni kan? Tu perkara biasa yang berlaku. Takde hal la setakat 1 2 resepi, ni haa 365 resepi bakal di sajikan. Eh3, bukan kat sini tapi kalau beli buku masakan dari chef terkenal, Chef Hanieliza, kompem meletop. Suami-suami anak-anak dah tak demand nak pergi bazaar ramadhan lagi.


Bersandarkan motto 'Gerenti Jadi', memang tak tipu langsung!


Ramai yang complaint susah nak dapatkan buku ni. Okay, buku ni dijual ekslusif kat Popular Bookstore kat semua outlet di Malaysia. So, kalau nak beli, tak payah susah-susah pergi kat mana-mana kedai buku MPH ker, Muda Osman ker, My News ker, terus pegi kat Popular. Harga RM 39.90. Very the worth it okay, rm 39.90 for 365 resepi. Gila-gila berbaloi.


Resepi-resepi dia memang best, tak tertumpu pada masakan ayam, seafood, sambal, or tradisional punya masakan je. Tapi ada jugak western, puding, dessert dan segala bagai kat dalam ni. Ramai jugak yang review buku ni, die punya sukatan ingredients memang betul-betul tepat. Kalau dia cakap 2 sudu sos, memang betol. Kalau 10 gelas air pun ikut jer hehehe insyaallah menjadi. Tak macam  sesetengah buku masakan tu.


Lagi satu, kenapa korang kena beli buku ni? sebab lepas ni dah tak payah nak pikir nak masak apa. Dah cukup setahun resepinya eheh3. Nama lagi 1 Hari 1 Resepi. Kan? Kan? Dan yang terbaru, Chef Hanieliza ada kuarkan lagi satu buku baru, 50 Hidangan Penambat Selera.


RM 17.00 sahaja.


Sekian dari dapur saya. Bertemu lagi di lain hari..Selamat berpuasa..:D