Sunday, June 3, 2012

Mendalami tugas seorang "engineer"



Apa rasanya jadi seorang engineer? 



Apa yang mereka belajar heh? Susah ke? Keje diorang wat ape jek? Repair wire? Repair satelite? 


Kalau cekgu, aku tahu la jugak kan. Tension tak usah cakap la. Kalau cekgu lelaki sah-sah kena jadi garang sebab dah diberi tugas jadi cekgu disiplin. Garang kat luar kelas je, tapi kalau masuk dalam kelas 'gatal' yang amat. Itu students aku yang cakap, bukan aku ngeh3.


Kalau dokter pulak? Dengar-dengar bizi memanjang. Masa untuk family pun tak cukup. Betul ke tak, diorang je boleh jawab kan. 


Agak-agak para engineer ni ada masa tak untuk bersosial? Ada masa nak reply mesej awek tak? Poket tebal tak? Itu yang kita nak tahu. 




Parah dah mariani ni kah!kah!kah!







Saturday, June 2, 2012

Maxis vs celcom



Holla....


Iolss tengah confused nak pakai line mane satu. Maxis atau celcom? Nak pakai dua-dua? Pakai satu pun tak terjaga. I mean tak sempat nak topap. Pokai maaakk..tsk tsk tsk..


Dah 7 tahun aku pakai line maxis. Jangan tak tahu line celcom, digi, umobile pun aku ada pakai jugak suatu ketika dulu tapi silih berganti macam tu je. Maxis tetap dihatiku. Dulu aku pakai DIGI sebab......atas sebab yang sangat bodoh. Nak kacau ex-boypren. C'mon la Mariani, tak pernah habis dengan kenangan kau ngeh3. Lepas 2 3 bulan baru aku realize bodohnye aku ni tukar-tukar sim card sampai bateri henpon kondem. Time tu nak beli dua henpon tak mampu. Tu pun setakat pakai henpon 3310. Korang boleh imagine kan camne kalau henpon nokia 3310 kondem? Nak call orang pun kene ready awal-awal lagi cucuk charger.


Pastu konon aku merajuk, nak menjauhkan diri la. Aku pakai celcom kejap. Yela, konon je semua tu. Takut bekas pakwe contact aku kat no maxis. Kalau dia accidentally contact aku pastu tak dapat, aku nak dia tahu la aku dah move on kan. Padahal HARAM dia langsung tak contact aku wei. Sadis kan? Aku memang malang dalam percintaan sobs sobs sobs.


Ada satu masa tu aku kuar outing kat Giant Taman U. Ada orang promot no UMOBILE. Time tu aku memang gila-gila. Skang ni je baru matured ahakss. Aku & Aza beli no umobile. Kalau tak silap RM5 kot. Pastu ada airtime RM5 jugak dalam tu. Aku beli sebab boleh call free dengan sama line as long as no tu bertopap. Takleh expired. Aku beli je sebab dah mampu ada dua henpon kan. Then, gila tak gila nak menunjukkan yang aku dan aza ni single-mingle, kitorang berkomunikasi melalui telepon walaupun duk sebelah bilik. Free call la katakan. Nak ajak bergosip call jap "Aza, datang bilik sekarang" hahahaha. Senang, pantas, cekap.


Tapi nombor maxis aku tak pernah bertukar. Time single dulu kan, aku boleh kumpul kredit sampai RM60 sebab asyik topap tapi cepat sangat expired kan. Sampai la muncul Youth Club yang airtime kekal sampai tahun 2013 khenn. Aku memang poket tebal la time tu orang duk gigih topap aku boleh relax guna kredit yang aku kumpul sebelum ni ehehehe.


Kejap, aku nak cite apa sebenar nye nih? Owh, aku dah decide nak guna celcom. BUKAN sebab nak melarikan/menjauhkan diri. KAlau jauhkan diri sekalipun, ade orang amik kesah ke mek? ahahaha. Aku baru perasan yang family aku semua guna no celcom hahahaha. Baru perasan hokay. Pastu kawan-kawan baik aku pun guna celcom.


Pada pandangan mata kasar aku la, maxis ni macam sesuai untuk budak-budak yang masih belajar je. Orang yang guna celcom pulak lebih kepada yang dah berkerjaya walaupun bergaji kecik kehkehkeh. Okay, aku dah beli no celcom dah pun cuma tunggu nak beli henpon cikai satu lagi. Dah jumpa nokia paling simple RM88. Voleyy la kan. Tapi aku still on maxis sebab semua urusan kerja, dalam resume, jobstreet aku dah letak info no maxis.


Sorry yatt, aku tak taw model ape,aku curik pic ko. Kat sini RM88. ;D  Aku suka cadar hello kitty ittew


P/s; lagi satu katakan lah kalau ada orang suka aku tu adalah pengguna celcom, so tak payah aku nak menggigihkan diri beli no celcom. Nampak sangat la kan kau ni gelojoh. Kena relax and cool. Peace.


Friday, June 1, 2012

June, please be nice...



Holla, It's June already.. Kejap je kan pejam celik pejam celik dah setengah tahun dah. Kenapa aku nak rasa happy sangat ni? hehehe. Sebab time new year haritu aku terlupa nak set azam baru, jadi aku amik kesempatan nak re-set azam aku untuk tahun ni. Belum terlambat lagi kan? Tapi azam aku 2 3 tahun lepas tak tercapai lagi, so aku carry forward la ke hadapan teheee..


P/s; Aku nak update belog, tapi terlalu banyak idea sampai tak tahu mana satu patut di post dulu. Tak boleh pikir sebab aku ada benda/orang yang lagi penting yang aku harus pikir ekekekeke.. Serious aku tengah angau.. Gile hape aku nih. Meroyan..lalalalalala~


June, harap-harap yang baik sajorkkk okay. Jangan nakal-nakal dengan aku.