Friday, June 12, 2020

Tahun 2020 Yang Penuh Cabaran

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ku kembali lagi ke sini setelah sekian lama menyepi. Syukur masih lagi diberikan peluang untuk terus menjalani hidup di atas muka bumi ini.

Pejam celik pejam celik dah separuh tahun kita berada pada tahun 2020. So far, apa achievement kita setakat ni? Berapa progress dari senarai azam 2020 yang dah berjaya kita capai? 

Well, semua orang tahu pasal pandemik Covid-19. Pastinya ada antara kita sedang hadapi saat-saat sukar dalam kehidupan buat masa sekarang kan. Yup, semua orang terkesan dengan situasi ini tapi dengan cara yang berbeza. 

Apa-apa pun, bersyukur lah kita sebab dalam kita diuji dengan kewangan dan lain-lain, kita masih dilindungi dari terkena penyakit Covid-19. Benar lah orang kata tak semua yang kita nak kita akan dapat pada masa yang sama. Allah tarik bahagian ni, tapi Dia bagi kat bahagian yang lain pulak.

Ok, this is my first post on 2020. Harap ku dapat kembali dengan post2 yang lebih menarik dan yang pasti harus konsisten hahaha. 


Tuesday, September 12, 2017

1st 'Comeback' Post on 2017


Assalamualaikum..

This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan bukan hangat-hangat tahik ayam.

Seriously, skill mengarang aku dah tumpul. Bila baca balik post2 yang lama, memang aku tak sangka yang aku punyai masa untuk taip post yang panjang berjela dulu. Haaa ni pun dah menunjukkan masa orang bujang dengan masa orang yang dah kahwin ni tak sama.

Betul la orang kata dah kawen ni nak dapatkan "me-time" pun susah. Pagi sibuk dengan kerja kat office, petang balik rumah memasak, malam pulak masa untuk family suami & anak2. Kadang tu aku yang terbungkang tidur dulu sebelum diorang hahaha.

Now, aku rasa macam nak start berblog macam dulu-dulu. Mesti korang tertanya-tanya kenapa ye tiba-tiba nak buat comeback? *macam la ada orang baca post kau ni, bajet blogger terkenal pulak kiki*

Aku rasa dengan berblog ni la akan jadi tempat aku release tension, tempat untuk aku meluangkan masa alaa orang cakap "me-time" kan.

So, awas ye. Nantikan next entry!! *harap-harap ini bukan 1st & last entry untuk tahun 2017* hahahaha

Okey, jumpa lagi.

Sunday, January 24, 2016

Nur Fathiyyah binti Muhd Syafiq



Assalamualaikum,


Alhamdulillah, sekarang saya dah memasuki usia 4 bulan dan nama diberi adalah Nur Fathiyyah binti Muhd Syafiq yang membawa maksud 'Cahaya Pembukaan/ Kemenangan'. Semoga kehadiran saya memberi sinar baru kepada ibu dan baba. Insyaallah.






Bai bai..