Thursday, June 30, 2011

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil



Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?


Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen

Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

pencuci muka yang tepi sekali sebelah kiri.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha


Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pembuangan toksik-toksik dalam badan ke. Bila dah semua buang, jerawat dah tak timbul lagi kan. Tapi saya kerja mengadap customer hari-hari. Malu jugak kan. So, saya amik keputusan nak stop pakai bio essence ni. 


Hati ku kembali pada Safi Balqis Perfect 10. Nasib baik dah okay semula muka ni. Menangis woo bagai dapat muka baru beb. Pasni saya tak nak beli yang mahal-mahal. Lagi satu tak nak beli produk-produk international ni. Sebab produk dia semua disesuaikan mengikut kulit-kulit orang eropah kan. Contoh Safi Balqis, terang-terang produk tempatan. Sesuai untuk kulit-kulit orang kampung macam macam macam saya ni. teheee


Virgin Coconut Oil


VCO

Belum habis makan lagi, tak dapat nak bagi review keh keh keh. Tapi first time dapat mak ai besarnya pil dia. Tapi skang ni telan macam tu je tak perlu minum dengan air. TIPU! hahaha


Till then, tata.


Wednesday, June 29, 2011

Aku tak suci lagi




Sudah sebulan aku menjejakkan kaki kat sini. Hari-hari aku berjalan melalui lorong-lorong gelap lagi suram bertemankan bau-bau yang kurang menyenangkan. Setiap kali aku berjalan keseorangan, kaki menghayun laju bagai tak berpijak di bumi.


Aku terpaksa telan kebusukan, kejijikan, dan bermacam lagi. Aku sudah tidak suci lagi. Tidak sesuci 'Kasih yang suci' antara Seth tan dan Nora Elena. Tiba-tiba aje. 


Novel hangat; Nora Elena.

 
Tinggal kurang dari 24 jam lagi, aku dapat merasakan hayat aku di dunia ini semakin singkat. Aku dapat menjangkakan di manakah kedudukan aku selepas ini. Mungkin di dalam tong sampah. Kejam! Sesudah 5 tahun aku berjasa, namun aku bakal di buang begitu saja. Adil kah begini?


 Aku sedar kudrat aku semakin lemah. perisai-perisai ku juga makin hilang. Tiap kali berjalan, ada saja perisai yang gugur. Ahhh, lemahnya aku. Aku mahu hidup lama lagi!


Aku tahu kenapa tuan sangat bencikan aku. Sebab aku ni jijik. Sape suruh memandai pijak tahik kencing hanjing dan b*abi? Jijik sangat! Tapi aku lakukan semua ini demi keselamatan tuan ku juga. Aku tak mahu dia disimbah asid kalau berjalan di tepi jalan. Jadi, aku harus berjalan melalui restoren-restoren yang menyajikan daging b*bi.



Kenapa aku benci 30 Jun? Nak tahu kenapa? Sebab tuan aku akan dapat gaji. Dia pasti akan menggantikan aku dengan yang baru. Beginilah nasib aku sebagai sepasang kasut. Aku sedih kerana tak dapat berjasa lagi kepada tuan ku sobsss.


Tak sanggup nak seksa diri pakai kasut camni.

 Tapi mungkin mungkin mungkin nak try pakai yang ini.


Agak stail jugak lo.


Peace!


Thursday, June 23, 2011

Selamat berumur 23 tahun.



Holla!!




Makin tahun makin besar nombornye. Tapi umur hanyalah sekadar nombor. Yang penting hati sentiasa muda kikikikiki. Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan dan peluang untuk terus celik di muka bumi ini.


Perubahan? Takde!! Kan dah cakap, nombor je berubah. Yang lain tak berubah pun. Cuma mungkin lepas ni kena lebih matured lebih-lebih lagi dalam membuat keputusan. Yer, saya memang selalu gagal dalam bab ni. Selalu buat keputusan membabi buta.


Okay, stop for now. Mahu menikmati hari bahagia ni dengan tidur secukupnya. Thank you bos bagi cuti hari ni...=P


mengidam kek Secret Recipe..aduh,meleleh air liur..slurrppp...

*duit takde, diam je la kat umah ni..T T