Sunday, July 31, 2011

Reminiscing the Ramadhan.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Rindu by Hijjaz



Selamat berpuasa..Mr google.




Menjelang Ramadhan, benda yang paling rindu sangat-sangat adalah Bazaar Ramadhan. Tettttt. Tarawikh should come first laaa. Tapi yang sedihnya, tahun ni tak dapat nak tarawikh kat masjid/surau sebab jauh. Takde transport. Lagi satu kerja shif tak menentu, kadang-kadang shif malam mahu balik pukul 11 p.m ni. Apa-apa pun, still hoping Ramadhan kali ini lebih bermakna lebih bagus dari yang sebelum nya. Jangan kejar yang sunat aje tapi make sure yang wajib (Solat 5 waktu & puasa) betul-betul terjaga.


Sama jugak ngan bazaar Ramadhan. Kat area sini takde bazaar ramadhan sebab ini kawasan orang cina. Mahu kena naik transport jugak. Tapi saya tahu ada hikmah. Allah S.W.T taknak bagi saya membazir tahun ni. Ye la, bila pergi bazaar je, itu nak ini nak, pastu tak habis. Membazir!


TAPI....betul-betul rindu bazaar ramadhan kat UTM!! arghhh, serious best. Petang-petang jalan kaki dengan zara and d gangs (zaman di mana kaki merupakan transport utama bagi kami) teheee. Sahur dengan roti jer tapi cukup kenyang. Tahun lepas punya bazaar ramadhan dekat Dengkil lagi sadis. That time, itu la bazaar yang saya dan kakak pertama kali jejak dan bazaar tu jugak la kali terakhir kami jejak. Sebab serik terbeli nasik tomato yang bau masam. Takde rezeki. Then kami terpaksa sharing-sharing makan tapi alhamdulillah kenyang.


Apa yang saya masih ingat, saya tak pernah bersahur, berbuka seorang diri. Kalau tak dengan kawan-kawan pun, mesti dengan family. Tapi this time, terpaksa berdikari. Tak terpikir macam mana nak berbuka puasa kalau kerja shif petang. Kat tempat kerja pulak ramai cina. Some of them tak pernah tahu apa tu puasa, apa tu solat. T T.


Ya Allah, permudahhkanlah hari-hari ku dalam melakukan ibadah di bulan Ramadhan kali ini. Amin....


SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

Saturday, July 30, 2011

Annoying.

Apa perasaan bila disapa dengan ayat-ayat yang very annoying?

Pagi-pagi nak pergi kerja (dengan keadaan kelam kabut bangun lambat nak rushing), sampai kat pintu guard;

Pokcik guard bangla : Baru nak pergi kerja ker?

Aku yang kelambatan : *masam*

Pokcik guard bangla : Amboi, sombong nyer dierrr..

Aku yang kelambatan : Eh, tak nampak ke aku pakai baju kerja, baru nak kuar, takkan dah nak balik keje kot!  *tapi mampu berkata-kata dalam hati jer*


Lagi rasa annoyed bila pokcik polis tak sedar diri pakai baju uniform polis tapi perangai mak ai tak mencerminkan ciri-ciri seorang polis pun.

Pokcik polis tak sedar diri : Awek tu, jalan sorang jer? Meh naik moto, saya hantarkan. Bahaya tu jalan sorang-sorang,

Aku yang kebengangan : Eh, tolong malu sikit dengan pakaian yang kau pakai tu. Mencemarkan nama baik polis jer.  Sepatotnya, tunjuk la contoh yang elok. *Again, cuma berkata-kata dalam hati*.



Situasi ni pun boleh mengundang amarah yang amat sangat. Jalan jammed, kereta bersusun sepanjang jalan. Sempat lagi tu turunkan cermin, dan.........

Pokcik pemandu kereta : Hai awak, kesiannya jalan panas-panas macam ni.

Aku yang kepanasan : So? Ada menyusahkan kau ke kalau aku jalan tengah panas? Tak guna tenaga kau pun. Damn! (Sape tak marah kan?)




Bila terlalu ramah tapi tak kena dengan tempat boleh mengundang kemarahan orang jugak tahu tak? Sila ambil perhatian okay!

Friday, July 29, 2011

FAKTA atau AUTA?.

Budak-budak zaman sekarang ni punya pemikiran jauh lebih advance dari kita dulu-dulu.


Situasi 1 :

Si ayah :  Nak beli buku yang mana satu ni? Upin-ipin ke transformer?
Si anak :  Kalau kita dah pegang buku tu, kita mesti kena beli yang itu.

*AUTA!!!*



Situasi 2 :

Si adik  : Adik suka warna biru. Adik nak beli bag kaler biru ye mama.
Si emak : Boleh.
Si anak  : Mama, nanti adik nak beli pisang kaler biru jugak taw!


???????