Tuesday, February 28, 2012

Contoh soalan-soalan temuduga



Holla!!


For those yang tak tahu apa itu temuduga, it's an interview okay. Temuduga kedengaran terlalu old skul bukan? Okay, come. Sila masuk jangan malu jangan segan. Saya nak share dengan semua orang especially sape2 yang ade interview dalam masa terdekat ni. Bukan senang saya nak share tips yang berguna. Sebelum ni asyik tips entah hape-hape je kan.


  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda?
  4. Apakah yang dapat memotivasikan diri anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda membentukkan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang dapat anda berikan kepada pihak kami?
  8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  9. Mengapakah patut kami memilih anda?
  10. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  11. Apakah yang lebih penting kepada anda: Duit atau jenis perkerjaan?
  12. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda?
  13. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberi keselesaan pada anda?
  14. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan?
  15. Apakah kesulitan yang pernah anda alami dan bagaimanakah anda mengatasinya?
  16. Apakah yang telah anda pelajari dari kesilapan-kesilapan pada masa yang lalu?
  17. Apakah objektif kerjaya jangka masa panjang anda?
  18. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa di Kolej atau Universiti? Mengapa?
  20. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda?


Boleh dapat input? Yang dah di highlight kan itu adalah antara soalan-soalan yang popular la. Kebiasaannya soalan-soalan macam gini selalu ditanya bila kita attend interview untuk government punya. 



Interview untuk government dengan private memang sangat berbeza. Jauh berbeza. Government punya sangat skema. Kalau private pulak very relax terutama sekali kalau pergi interview untuk kerja retail (I've oredi experienced it). That time punya la pakai baju kurung nak pegi interview. Yela, baju kurung! Bila sampai je sana OMG pandang kanan pandang kiri semua pakai baju seluar. Seluar pulak bukan slack okay. Seluar jeans lagi. Sangat berbeza kan? 


Okay, selamat mencuba.




Tuesday, February 21, 2012

Back to being me








Loll~

Monday, February 20, 2012

Mungkin hal remeh temeh saja



Takde elektrik lagi baik daripada takde air.

Pernah tak korang alami benda nih kat sekolah asrama dulu-dulu? Serious memang sangat menyakitkan hati. 

Kalau takde elektrik kat sekolah, tak perlu pergi surau sembahyang berjemaah, tak perlu pergi prep and etc. Ish3, tanduk setan bermaharajalela la masa tu. Tapi yang tak best bila elektrik ade beberapa jam lepas tu mesti dapat berita weh walkman aku hilang la, duit aku hilang rm2. Macam shit gitu.

Kalau takde air pulak, korang boleh bayangkan tak macam mana?  Bagi pelajar perempuan yang belajar kat sekolah ala-ala islamic gitu, pagi-pagi bawak baldi dan barang mandian pergi mandi dekat bangunan akademik. Attire? Haruslah proper. Walaupun pagi buta, pelajar lelaki tengah tidur lena sekalipun, kau harus kena pakai baju kurung atau baju t-shirt lengan panjang bertudung lengkap. Tak main la pakai towel letak atas kepala tutup rambut. Perghh gitu.

Bangunan akademik dengan hostel punya la jauh jugak. Kau mandi 1 jam pun, bila jalan balik ke bilik memang badan berpeluh dan bau busuk semula. baik tak payah mandi kan. Pastu lagi best bila esok tu masuk kelas, pelajar lelaki bising duk lelong spender siapa ni yang jatuh depan kelas? Saiz xxxxL. Serious memalukan. 

Then, after several years........kat flat tempat umah abang aku ni takde air. Dah masuk 2 hari. Aku turun nak pergi angkut air kat pili bomba kat depan blok ni, putus asa aku bila tengok ana-anak kecik tengah basuh kasut sekolah kat situ. Kesian gila. Aku yang nak berak pun tak jadi. Bayangkan kalau orang yang ada anak kecik, sangat susah hati.

Bukan salah siapa pun, salah penduduk kat sini jugak. Kerja siang malam bertungkus lumus cari duit tapi nak bayar bil air pun malas? Sampai tertunggak berbulan-bulan. Padan la muka SYABAS dah potong air. Haaaa, rasakan!! 

Notakaki: Aku tahu korang bukan taknak bayar air, korang banyak duit cuma nye korang ni MALAS nak bayar bil air. Korang pandang enteng saja huhuhuhu