Wednesday, April 4, 2012

Kelas Memasak #2 : Nasi Beriani Tak Gam



Holla..

Ini last week punya menu, baru hari ni sempat sharing sebab broadband baru je bayar huhu.

Ayam masak merah dan dalca.

Resepi dah di campur aduk, amik resepi dalam buku sikit, amik resepi dalam internet jugak. Nasib baik menjadi teheee.


Menu lengkap Nasi Beriani Tak gam!


Nasi Beriani, ayam masak merah, dalca, acar timun dan papadom.


Kasi boost sikit warna supaya nampak lebih menggiurkan huahuahua


My very first time cooking Nasi Beriani with Aza.



Resepi? Boleh request. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba~~



Sunday, April 1, 2012

Tak suka reunion.



Reunion....

Saya mengaku bahawa saya adalah di antara orang yang paling LIAT sekali untuk attend mana-mana reunion.


Antara sebab-sebabnya ialah;


I am nobody

  • Cuma kadangkala saya berfikir, siapa saya kepada mereka? Kalaupun saya tiada, reunion tidak terjejas sikit pun.

I have nothing to share
  • Takde benda menarik pun untuk dikongsi bersama. Kerja tak seberapa, kereta takde dan bla bla bla....apatah lagi kalau masuk bab-bab pasangan hidup uwekkzz.

Seriously, saya sangat malu untuk berjumpa kawan-kawan lama. Antara topik utama yang akan di tanya mestilah "Kerja apa sekarang?" "Datang dengan apa ni? (KTM jeww)". 


Beberapa bulan yang lepas, saya jumpa 2 3 orang kawan lama yang memang saya teringin sangat nak jumpa. Rindu, mungkin. They're medic students. Bila jumpa seronok dengar diorang borak pasal hal-hal dan masa depan budak medic. Dalam hati rasa menyesal jugak la datang huhu. Balik rumah, terus murung. Kenapa la hidup orang lain indah belaka. 


Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu yang lemah ini. 






Friday, March 30, 2012

Fikir dua tiga empat kali.................



Holla!!

Okay, as mentioned above, beberapa bulan lepas aku ada apply banyak jobs. Walaupun yang ada sipi-sipi je requirements mengena, aku apply je. Orang kata mencuba tu takde salahnya. Dapat ke tak lain pulak cerita. Kalau dapat Alhamdulillah.


Awal bulan Mac aritu, aku and Aza dapat interview kat Planetarium. Jawatan? Pembantu galeri secara kontrak (PSH). Pikir punya pikir punya pikir, lokasi yang sangat jauh tu, malas la pulok nak pegi. Lagipun mesti kerja jadi customer service officer ataupun explain pasal benda itu benda ini kepada pengunjung. Cukup la aku buat customer service masa kerja kat Guardian & Popular dulu. Asyik kena ngadap muka-muka orang kaya yang sombong je. Tak sanggup!


Then, 2 minggu lepas, aku and Aza dapat offer letter untuk interview Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT). Memang sebelum ni kami dah planning macam-macam. Kalau dapat ni best la, daripada takde buat apa, baik masuk program ni. Total masa program ialah 8 bulan. Ada elaun. Tapi bila dapat (walaupun untuk interview je pun), terus terpikir;

 "Betul ke aku nak jadi usahawan?". 
"Bidang pertanian pulak tu!"


Mungkin orang akan cakap, alaaa join je la program tu. Tak semestinya kena jadi usahawan pun. Memang la tak wajib jadi usahawan. Tapi 8 bulan itu sangat lama. Kalau aku cari kerja, bergaji, sah-sah cukup duit boleh kawen. Itu saja. Bye~


Muahehehe


Moral of the story, pikir dulu sebelum nak apply kerja kosong. Nanti kang Allah tarik rezeki. Dia dah bagi rezeki tapi kita asyik tolak jeww. Tak baik!