Tuesday, May 29, 2012

Kawan saya kena sakit tiroid.



Hai uolss..harap semua happy sentiasa ye.


Hari ni dokter Mariani nak berkongsi sedikit sebanyak tentang penyakit tiroid. Tiba-tiba concern pasal sakit tiroid. Kenapa? Sedih sebab one of my friends, yati disahkan menghidapi penyakit tiroid. Kalau dengar terms "tiroid" ramai yang anggap owh mesti bengkak pada leher, mesti sakit bahagian tekak bla bla. Mungkin macam tonsil kan tapi it's beyond that. Saya sangat bersimpati pada Yati. Semoga awak tabah ye, kuatkan semangat.


Soalan pertama yang berlegar-legar kat kepala saya ni "Sejak bila awak sedar yang awak ni sakit?". Kedua "Macam mana awak dapat sakit ni? Memang keturunan ke?". So, lepas bertanya itu ini itu ini dan hasil carian Mr Google, ini dia.....


Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Ia boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga membahayakan kesihatan. Yati cite tiroid ni sejenis penyakit yang tak diketahui punca. UNKNOWN. Haish, pasni saya akan  usulkan pelajar-pelajar biology buat research pasal ni. Ia berlaku secara tidak sedar dan bukan sejenis penyakit keturunan.


Macam mana awak mula sedar yang awak sakit? Apa yang membuatkan awak nak pergi jumpa doktor?  Bermula dari simptom nervous dan gelisah, terketar-ketar. Banyak lagi simptom-simptom sakit tiroid ni. Ada antara simptom tersebut buat aku kecut perut. Jum tengok;

Simptom-simptom penyakit tiroid.

  • bengkak di leher
  • degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • kitaran haid tak teratur
  • lemah
  • kuat berpeluh
  • mata menjadi besar
  • mood tidak menentu
  • muscle cramp
  • rambut tidak kuat
  • sukar tidur
  • sukar bernafas
  • tak tahan panas
  • tekanan darah naik
  • osteoporosis, sakit tulang belakang
  • tremor atau menggeletar
  • turun berat badan walaupun makan banyak


She's look so tired, berpeluh, pucat. Kesian Yati tapi demi kawan2 tetap gigih menjayakan reunion kan.

Saya doakan awak cepat sembuh ye Yati sayam. Saya tumpang sedih bila doktor suruh awak hold niat nak kawen dalam tempoh 2 tahun sebab hormon tak stabil lagi kan. TAPI lama nyeeeewwww..hehehe.Takpelah yati, boleh tunggu saya kan. Nanti 2 tahun lagi kita kawen. Awak bini pertama saya jadi madu nye bahahaha.


P/s; Orang yang ada panggilan nama start ngan huruf "Y" ni memang ada masalah dengan muka ke? Yati? Yatt? Yani? Kehkehkeh. Untuk pengetahuan semua, Yati adalah seorang pe"resdung" tegar...:D




Monday, May 28, 2012

Ya Allah, hebatnya dugaan-Mu.



Ya Allah, di kala ini aku rasa cukup lemah.
Beriku petunjuk Mu Ya Allah.
Engkau maha mengetahui 
akan perkara-perkara ghaib.
Sesungguhnya aku memohon 
kalau itu perancangan yang terbaik buatku,
Maka Engkau permudahkan jalan ke arah situ.
Sekiranya sebaliknya, 
maka Engkau palingkan aku jauh-jauh.
Aku tak mampu, aku hamba yang lemah.





Friday, May 25, 2012

Macam-macam pesen



Lokasi; Pasar Malam Taman Putra Perdana
Masa; 6.00 pm - 7.00 pm.



Balik dari kerja tadi, aku jalan-jalan meredah selautan manusia kat pasar malam. Sepanjang jalan aku tergelak *dalam hati*. Gila kau nak gelak sorang-sorang, nanti orang kata gila pulok. Aku gelak tengok macam-macam pesen (fesyen) yang wujud. Dari hal gaya pakaian, pasangan comel kepada makanan yang dijual kat pasar malam. Macam-macam ada.



Akhirnya pukul 7 malam sedar tak sedar kat tangan aku dah ada 6 plastik kaler oren. Mee sup, kerangka ayam, air kelapa, nasik kerabu, penapis ayak tepung, apam balik. Masuk je dalam kereta aku on lagu Jar of Heart tiga empat kali sampai muntah.. Okay bye~


P/s; Entry kosong dari aku..entah hape-hape jew..