Perangai tak senonoh ni memang ramai yang suke buat walaupun tau ianya tak senonoh. Makin dilarang, makin dibuat. Agaknya seronok kot buat perangai camni..hehe. Antara contoh2 terdekat:
1. Melompat-lompat macam kera kene belacan terutama time ade awek2 lalu lalang. Kalau berkumpul ramai2 kat bus stop nampak awek lalu macam tu la perangainya.
2. Pastu perangai menghurung macam semut jumpa gula, nak-nak kalau awek yang rajin melayan diorang ni. Berkerumun keliling awek tu, konon2 nak tunjuk siapa paling hensem atau lubang hidung sape yang paling kembang..haha
3. Kalau kambing tak mandi, sah2 satu dunia tau kambing tu binatang. Tapi tu la, ramai pulak yang nak meniru kambing yang memang tak reti2 mandi.
kambing x mandi pun cun |
4. Makan tu perlu dan memang best. Nak-nak pulakdapat makanan kegemaran. Berhenti sebelum kenyang tapi ade jer yang makan tak reti2 nak berhenti sampailah penuh nak termuntah2.
5. Yang ni lagi teruk daripada binatang. Binatang pun tak sanggup buat macam ni-buang anak kat tepi longkang, kat tong sampah!!
Renung-renungkan dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment