woh..pagi-pagi lagi dah blurr..kenapa?
hee..pagi tadi telah diadakan Program Diskusi Ilmu Isra' & Mikraj
bertempat di dataran SMK Banting
semua pelajar islam, cikgu-cikgi dan kakitangan diwajibkan hadir
camne la saya boleh tak taw pape ni
tu la, sampai sekolah, masuk bilik guru, sujud kat meja sampai masa ke kelas tuk mengajar
tak ada nye nak jalan-jalan pergi beramah mesra ngan cikgu-cikgi yang lain (tak senonoh betol la hehe)
bukan tak nak tapi malu (malu itu separuh dari iman)
banyak sangat yang saya dapat hari ni, maklum lah walaupun duk di kerusi bersama kalangan cikgu-cikgi, saya tetap berada dalam dunia sendiri..first time kot fokus mendengar ceramah agama..kalu kat U dulu, bukan tak nak fokus tapi banyak halangan (kawan2 yang sangat suke menghasut ekeke). alasan la!
hari ni saya dapat mendengar satu cerita yang amat menarik tertarik. Cerita tentang kejadian Israk & Mikraj:
Tersebutlah alkisah pada suatu hari Bumi dan Langit sedang berborak-borak. Tiba-tiba berlaku pertelingkahan antara mereka.
Langit : Wahai Bumi, tunjukkan kehebatanmu. Apa yang kamu ada?
Bumi : Aku ada manusia, haiwan, sungai, telefon bimbit, coklat cadburry,
Ferrero Roche, Kit Kat (eh3, kenapa banyak makanan) Aku ada banyak lagi,
segala jenis bom. Engkau?
Ferrero Roche, Kit Kat (eh3, kenapa banyak makanan) Aku ada banyak lagi,
segala jenis bom. Engkau?
Langit : Aku lagi hebat. aku ada matahari yang menyinari kamu dan seluruh isi
pendudukmu, tanpa matahari macam mana korang nak hidup. Ada lagi ni,
aku ada berjuta-juta bintang Engkau ada? setakat Bintang RTM,
Bintang Kecil, Bintang Tiga tak mampu nak menandingi bintang-bintang
yang aku ada.
aku ada berjuta-juta bintang Engkau ada? setakat Bintang RTM,
Bintang Kecil, Bintang Tiga tak mampu nak menandingi bintang-bintang
yang aku ada.
Bumi : Ok, FINE! aku ada Nabi Muhammad S.A.W..Engkau ada?
Langit : Erk..erk..@#!!$&*%
Mendengarkan nama Nabi Muhammad S.A.W, langit serta-merta tunduk mengalah. sejurus selepas itu, langit pergi berjumpa Allah S.W.T, merayu supaya Nabi Muhammad dinaikkan ke langit. Lalu Allah S.W.T meminta malaikat Jibril membawa Nabi Muhammad S.A.W datang menghadap. Betapa hebatnya hamba Allah ini sehinggakan langit tunduk.
satu lagi cerita yang menarik adalah perbualan antara malaikat Jibril dan Allah S.W.T.
Jibril : Ya Allah, benarkah aku adalah makhluk paling indah yang engkau
jadikan?
jadikan?
Allah S.W.T : Ya, memang benar. Aku jadikan kau seindah-indah kejadian.
Tiada siapa yang dapat menandingi keindahanmu. (even Snow White pun)
Tiada siapa yang dapat menandingi keindahanmu. (even Snow White pun)
Jibril : Ya Allah, bersyukurnya aku.
Lalu selepas itu, dalam setiap sembahyang nya Jibril pasti akan sujud lama tanda bersyukurnya kepada Allah S.W.T. Nak taw berapa lama Jibril sujud? setiap kali sujud bersamaan dengan 20ribu tahun. 20ribu tahun ye kawan2. bukan 20 ribu minit.
ok,sambung lagi perbualan tadi
Allah S.W.T : Wahai Jibril, aku taw kau telah sujud kepadaku tanda bersyukur.
tapi akan ada satu masa,muncul umat akhir zaman di mana mereka
semua ni sungguh lalai,leka dan sebagainya.tapi kalau mereka
sembahyang cukup 2 rakaat, aku lebih menyukai mereka berbanding
kamu yang sujud bertahun2 lamanya kepadaku.
tapi akan ada satu masa,muncul umat akhir zaman di mana mereka
semua ni sungguh lalai,leka dan sebagainya.tapi kalau mereka
sembahyang cukup 2 rakaat, aku lebih menyukai mereka berbanding
kamu yang sujud bertahun2 lamanya kepadaku.
Jibril : bertuahnya mereka ini. Jadi apa ganjaranmu kepada golongan ini?
Allah S.W.T : Aku janjikan sebuah syurga kepada mereka.
Jibril : Boleh aku pergi melihat keadaan syurga itu.
Allah S.W.T : Ya,boleh.Pergilah.
Lalu Jibril terbang mencari di mana syurga itu.setelah jauh perjalanan, Jibril berehat dan bertanya "Jauh lagi ke Syurga itu?". Allah S.W.T menjawab perjalananmu itu baru sampai 1/10 perjalanan ke syurga tersebut. Ye kawan2, lihatlah betapa agungnya mereka diletakkan.
terasa insaf masa dengar.harap ia akan terus berkekalan..sekadar renungan pada hari jumaat yang mulia ini..hehe..time to go home!
No comments:
Post a Comment