Saturday, August 28, 2010

oh Malaysia tanah airku..

saya tak pernah nak jadi macam Siti Amalina Che Bakri. dapat 17A1 dalam SPM, terima offer dari universiti luar. mengharumkan nama negara. saya? nak amik 10 subjek pun tak larat tapi saya bangga dapat belajar kat Malaysia je (alasan haha).

saya tak pernah dapat A dalam subjek sejarah dulu (SPM dapat okay! walaupun nasib je) tapi saya selalu hafal fakta-fakta sejarah negara sebelum masuk exam. saya tahu kisah Rosli Dobi, Tok Janggut, Perdana Menteri. siapa cakap saya tak suka sejarah. buku teks sejarah la yang selalu jadi peneman saya sebelum tido (asal baca sejarah je mesti tetido hehe)


memang sesuai la untuk mengulit tido kiki



saya tak pernah mewakili negara dalam sukan SEA, komanwel, asia apatah lagi sukan olimpik. tapi saya selalu ikut perkembangan sukan negara. saya tahu sekarang ni pemain badminton negara sedang berjuang untuk kejohanan dunia. kalau mereka baca blog ni, selamat berjuang wira-wira Malaysia! (keh keh keh).

datuk..maen elok-elok yer

saya tak pandai menyanyi macam Siti Nurhaliza. saya tak dapat bagi sumbangan pada negara. setakat nyanyi dalam toilet, wakil tadika masuk pertandingan nasyid 20 tahun dulu ada la. tapi tu bukan menyumbangkan suara tapi men"sumbang"kan suara.

saya tak pernah menyertai mana-mana kempen besar yang diadakan kat negara ni. bukan tak mahu tapi takde duit nak pergi, takde kawan nak teman, parents tak bagi bimbang keselamatan. tapi mereka tak tahu saya sokong dalam hati.

walaupun saya tak pernah buat semua tu.......

TAPI

saya beli barangan buatan Malaysia dan thailand (murah) 
saya belajar kat Universiti Teknologi Malaysia (sebab tu saya jawab SPM biase2 je, kalau dapat tinggi taknak pegi belajar kat oversea hak hak)
saya pinjam duit PTPTN (ada kaitan ke)
saya gembira dilahirkan di Malaysia

saya sayang Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53!
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


boom boom boom (eyh, tak baek main mercun!)


 

14 comments:

Cik Anis said...

saya pun sayang malaysia,,hehe..even sy selalu beli brg kt padg besar..^^

Mar Yanie said...

kak anis..ni mesti yang thailand punye..hak3..

Nurul Ain said...

selamat menyambut hari kemerdekaan..=)

Mar Yanie said...

ain: selamat2 jgk..merdeka raya!

hikmah128 said...

Malaysia dihatiku,,selamat mnyambut merdeka! ;)

Mar Yanie said...

hikmah: selamat hari merdeka raya!!! ;)

amira zakiah said...

merdeka!!!!cuti2

Affan Ruslan said...

Salam.
Hehe. Adeh, tersenyum pulak baca entry ni.
hehe.
teringat buku sejarah tuuu :D

Anonymous said...

slmt merdeka!

Mar Yanie said...

amira:yeye cuti cuti cuti!!
affan:op kosh la..buku tu dah jadi sejarah..hehe..
uruchimaru:slamat hari merdeka raya!!

(: syai_sharif :) said...

yeahh SEJARAH A+! erkk :S

Mar Yanie said...

syai: sob3..tu sejarah lama..tak nak ingat dah..kalau bley undur kompem nak bwat d besh, biar dapat 120% (A++++) tiap kali exam..heee

adrinaqamarina said...

terbaek! :)

Mar Yanie said...

@adrinaqamarina: yeay..merdeka!!