nak tanya "mana yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa qada?"
okay, jawapan nye sudah tentu puasa qada!
bukti dari hadis Kudsi yang sahih bahawasanya;
....dan tidaklah hampir kepadaku seorang hamba-Ku dengan apa jua pun, maka yang lebih Ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu (wajib) ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya... (Riwayat Al-Bukhari)
tapi semuanya bergantung pada keadaan yang mungkin berbeza kan. contohnya; ada orang kena qada puasa 30 hari (nifas), berbelas hari (haid), eloklah dia mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu kerana puasa sunat Syawal yang singkat berbanding Qada (sepanjang tahun).
walaupun puasa qada boleh dilakukan sepanjang tahun, jangan pulak lengah-lengah kan.kita tak tahu sempat ke tak nak qada semua tu. kita perlu tahu jugak darjat puasa qada adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar daripada sunat Syawal.
Puasa qada = hutang ibadat dengan Allah SWT
Puasa sunat = tambahan pahala
isu menggabungkan puasa qada dan sunat Syawal memang popular dan saya pun selalu jugak buat hee. tapi menurut Zaharuddin Abd Rahman (dipetik dari akhbar Metro), bagi mereka yang mampu, sihat tubuh badan, tidak elok menggabungkan kedua-duanya sekali. Rasulullah SAW pun tidak pernah menganjurkan kepada sahabat untuk menggabungkan puasa-puasa ini. maka pastinya ia bukan amalan yang terpilih kerana pilihan Rasulullah adalah yang terbaik.
ada jugak timbul hujah-hujah yang macam ni:
- kalau seseorang boleh gabung puasa qada dan sunat, maka sudah tentu lepas ni timbul pulak ada yang nak gabungkan solat wajib dan sunat.
- ada yang kata bahawa amalan yang sunat tak boleh ditunaikan sebelum amalan wajib.
p/s; semua ni dipetik dalam akhbar metro..;)
20 comments:
hehhe.. nice info..
btol la.. kite kene dahulukan pose qada sebab tu hutang kite yang wajib bayar.. baru kite le wat pose sunat.. if kite pose sunat dulu saklipun.. pose qada tetap kene buat jugak.. sebab niat da lain2..=)
jalan jatuh..betol2..selalu jek bwat gabung puasa seblum ni..sob..kite yg mampu badan sihat patot wat satu satu..
bagus info ni, btol2 berguna...
cik itam..yer..same2 beringat..
dik....akak share post ni pada fb akak :)
thanks for sharing..nice
baruuuu paham
thanks yani :D
akak tocang..boleh3!!
kamil ace..dah ganti qada belum? hehe
tina..dah terbiasa gabung sekaligus kan..sob3..br tahu..
haritu dengar khutbah jumaat , boleh gabung puasa qada dengan sunat . Tapi lebih elok jika di asingkan
toya: ade byk mazhab.ade yg kata boleh. ade yg kata x boleh. ade gak yg kata kne qada dulu bar boleh bwat sunat. macam2 versi kan.tapi kita yg mampu n tubuh badan sihat, ape salahnye bwat asing kn..
abes tuh..pompan x dapat ler pose nam ea?
ferra..bergantung pd keadaan..ade sy tulis yg nifas dan haid..kalau kita rasa x sempat, bley wat puasa sunat..tapi saya tak tahu jugak..hee..;)
selama nie memang dok ganti posa sekali ngan posa nam....... baru tahun nie ramai bloggers timbulkan isu nie, kata tak digalakkan. omaigod!!!!
owh macam ni ke..sebelum ni asyik gabung je..
tp kalu nak pose sunat enam gak kne pose sunat dulu la..kalu pose ganti dulu tak sempat plak nak pose sunat kan..
sofia: betol kan..banyak sgt owang cite pasal ni sekang. banyak yang tak thu ni..
ain: ye kot..kalu pose gati dulu, x sempat la..huhu
masa untuk buat.hee.
fobia..jum!
Salam ...
ini topik walaupun bagi saya agak remeh tapi bagus juga diberitahu sbb ada gak yang tak tahu. Itulah ..time belajar pendidikan islam .. tido! dan diajar tak mo diamalkan.
Sah-sah benda wajib kena didahulukan dari yang sunat; dah kena ganti tu wajib dibuat sebab asalnya wajib ... tapi andai dibuat di hari yang sunat puasa - sudah tentu ada ganjaran lipat ganda - wajib pasti sunat pun dapat (kebanyakkan ulama berbeza pendapat mengenai hal ini).
Oh ya .. jangan lupa fidyahnya juga wajib dibayar! Bukan takat ganti puasa je.
--- wanita muslim mencuri pakaian ----
http://hasrulhassan.blogspot.com
incik hasrul..sape tido dalam kelas ni??? haish..tu la, tido lagi. kang dah tak tahu..hehe..thanxx for the info..tapi mmg byk pendapat kan..
emm.....TERBAEK !!!
>SLM KENALAN<
Post a Comment