okay, tak nak buang masa bebel panjang-panjang. sebenarnya saya baru balik dari Kolej Mara Banting untuk sesi 'microteaching' subjek biologi. saya yakin ramai jugak kan yang dapat. so, sekarang tak boleh cakap banyak, tak boleh menyesal, apa yang kamu dah buat redha je la. ada rezeki, ada la kan.
ini bukan pengalaman pertama saya di suruh mengajar depan 'pelajar tua aka panel'. first time dulu masa mula-mula nak apply degree. konon nak mintak course science and education.
memang di panggil interview disuruh mengajar tapi saya bukan pegi mengajar masa tu tapi lebih kepada membodohkan diri depan panel. yela, bayangkan tak prepare pape pun, tak expect pun akan disuruh mengajar. then, biasala bila dah gelabah kita terus pilih tajuk sesuka hati dan jeng jeng jeng tajuk yang saya pilih tu sangat la susah dan saya sendiri tak paham. padan muka! lepas habis mengajar terus panel cakap tunggu je la keputusan ye, kamu ni speaking pun tergagap-gagap lagi banyak err err err. kemudian saya dapat offer degree in biology, itu pilihan ke-7 tak silap saya. U see betapa teroknya saya masa tu kan. haha
jenuh yang senang macam tu pun ade murid angkat tangan nak tanya..haha |
pastu bila dapat peluang dipanggil untuk sesi 'microteaching', saya terus nak buat yang terbaek (tapi azam dalam hati je). kalau nak tahu baru semalam buat slide power point. bahan-bahan nak mengajar pun baru cari semalam. kalau ada alat untuk cek kesungguhan tu rasanya tak sampai 25% kot haha.
tapi saya rasa bersyukur sangat sebab saya penah jadi cekgu ganti walaupun tak sampai 2 bulan. lepas tu dikelililngi kakak-kakak yang comel eh bukan kakak-kakak yang juga cekgu. saya amik nasihat mana yang patot. see, pengalaman itu sangat berharga kan?
sampai je kat KMB tadi terjumpa member-member lama pastu terus cari port sesuai untuk tanya sebenarnya kita nak ajar apa weh? gila!! sampai nak masuk bilik nak mengajar pun tak tahu lagi apa nak buat? hahaha. memang terbaek!! pastu kawan-kawan saya cakap 'eh, kau takpela penah ada pengalaman mengajar'. tapi saya rasa SAMA je bila saya masuk bilik ataupun sebenarnya kena mengajar dalam makmal tiba-tiba sebut makmal mesti dah boleh bayangkan nak kena buat eksperimen kan? eskperimen okay!!
saya mengajar tak ubah macam rancangan masakan. okay buka gas, kita akan panaskan kacang. GOOD!! memang nasib baek takde radas yang pecah!! bila dah keluar dari makmal tu fuuuhhhh lega sangat kot dan dalam hati ni lantak la panel nak gelak bahasa inggeris tunggang langgang, yang penting ini lagi bagos dari pengalaman yang kat atas tadi..:D
so, sekarang dah lega. saya tak nak pikir lagi dan tak nak berharap sangat nanti kecewa pulak. pengajaran; pengalaman itu memang sangat berharga kan?? lebih berharga dari OLAY. kerana dirimu begitu berharga. :P
7 comments:
betul2..pengalaman mendewasakan diri. kite sama la yani, rasa malas je nak update blog. huhu nak cakap busy tak pun.
tina..yer,takde modal nk update belog.takut orang borink plak..:P
nyesal plop x mitop ari tu.. :((
anyway..semoga berjaya terpilih :)
tema, xpo la.mintak x KPLI?
ak pun mls nk update blog. ko update, ak bc je la.hehe
wess, ak rs sendi2 ak longgar bc post ko ni. tkotnye microteaching. seb bek ak xg test aritu ;p. ko ade pngalaman ok gak. klu ak xtau la cmne.. fuhhhh
yatt..mane de..same jer,masuk jer bilik terus rasa saket perot segala bagai..aku speaking tunggang langgang wey mengalahkan budak darjah 1.wahaha
x mitop..sero mcm xdop aura cikgu jah..sbb tu x mitop..hehe ;p
yanie mitop ko?
Post a Comment