Thursday, January 26, 2012

Biar mereka je la yang explore


Holla....


Okay, this year tahun naga kan? So, aku masih menunggu apa benda tuh? Orang kata 'luck'. Luck ape ntah kan. Taknak berusaha tapi nak harapkan sesuatu tu jatuh dari langit (lebih kurang la).


Aku lahir tahun 1988 (tahun naga ehem). Sebetol nya lewat 80-an kan. So, no wonder la kalau kelompok2 yang lahir tahun tu dikira agak moden jugak la. Tapi aku ni tergolong dalam kategori yang mana satu? Nak kata moden takde la sangat tapi nak kata so-oldskul pun tak jugak. Mungkin dalam sesuatu hal sajorkk..


Okay, yang atas tu cuma intro saja. Takde kaitan dengan benda yang akan aku type lepas ni. Bosan barangkali duk kat rumah macam ni. Manusia kan suka tak bersyukur. Time kerja duk mengeluh bila nak cuti. Bila cuti, bosan.


Aku kan suka share benda2 kat belog sebab tak ramai yang baca. Kat facebook? Biar je la diorang conquer. Diorang tu sape? Remaja2 sekarang ni la. Zaman kegemilangan aku dan kelompok ku sendiri dah berlalu beberapa tahun lepas. 


Sebab tu Disember tahun lepas aku paksa adik suruh buat account facebook. Tak nak bagi ketinggalan zaman. Yela, umur dah nak masuk 18. Tengah tunggu SPM. Masa lapang macam ni la kena buang sikit2 kepada benda yang tak berfaedah bukan? harharhar. Tapi sekejap je die mengadap fb ni sebelum di offer sambung belajar kat UTP. Belajar rajin-rajin ye dik. Jangan jadi macam aku, belajar malas. JOBLESS.


Sebenarnya aku nak share yang aku beli handphone baru. Yer, handphone! Sesuatu yang macam bukan diri aku sendiri. Mungkin aku dirasuk ape ntah sampai boleh pergi beli telepon baru. Sebelum ni aku pakai henpon biase jew. Perlu tanya lagi ke? 


NOKIA 3310 la kan. Time tu kalau sape pakai 3315 (keypad bersambung) memang hebat. Masa tu kat matrik hahaha. Tahun 2006 kooooottt. Tahniah2. Bila dapat masuk UTM, aku memang dah semat dalam pikiran. Dapat je ptptn, aku nak beli henpon! Tapi aku tahan keinginan aku sampai masuk tahun ke-2. Mungkin sebab takde boyfriend time tu. Tak kisah ada henpon ke tak. heh heh


Tadaaaa~






Aku beli henpon ni. Kelaas jugak kan. Padahal time tu orang duk gebang pasal nokia music express ape ntah. Aku tak peduli mana sangat benda alah ni. Asalkan aku tak perlu guna charger nokia lubang besar, aku dah cukup bangga. Kah kah kah! Yang ni aku nak marah dekat Khalila (my roomate) sebab berjaya mempengaruhi aku. 


Baru-baru ni, mungkin aku dah kena tulah (sumpahan) sebab aku benci kerja kat kilang batu seramik ngan bangla n Vietnamese tu. Nset aku sekali lagi jatuh kat jamban situ. Dan dan petang tu jugak lepas balik kerja aku redah jem pegi beli henpon baru. Esok tu tahu tak ape jadi? Aku tak pergi keje. Malas. And officially resign. Huarghhh..


Aku beli henpon apakah? Tadaaaaa~






Samsung Galaxy Y

Aku beli sebab ada promotion. Kalau takde promotion, aku nak beli samsung corby jeww. Lagi murah. Tapi sebab taknak out-to-date kan, aku beli ni. Tak payah nak sorok harga sebab semua tahu kan RM449. Kah kah kah. Itu je yang aku mampu. 

Seminggu aku guna henpon tu, aku godek2 sorang sorang dalam bilik. Sampai kan mak, abang, kakak aku call aku tak angkat. Bukan sengaja tak nak angkat or malas nak bercakap. Tapi aku tak tahu macam mana nak angkat. Huarghhh..Puas aku tekan kat gambar phone kaler hijau kat screen tapi tak dapat. Owh rupanya kena swipe ker? Memalukan. Tak cukup ngan itu, aku ingat jari aku ni dah cukup runcing, halus n kecik. tapi setiap kali aku nak taip mesej asyik terkena hurup lain je. Ni yang aku rimas nak pakai touch screen.

Sekarang aku tengah berkira-kira nak tukar henpon touch screen ni dengan adik. Sebab aku lemas. Rimas nak explore benda canggih ni. Biar mereka je la yang explore. Orang-orang muda. Bukan aku.

Sekian.


13 comments:

mynameisYAT said...

hehehe. aku pon dah tukar hp samsung galaxy ace. aku trade in nokia n97mini.

bestla weh. jgn tuka. nnt kite bole ber'viber' calling2 n sms2 free. haha

aku punye prob same dgn ko. bab call. tp bkn ak x angkal call, tp dlu aku xtau cmne nk end call. abes kdt. hahaha!

mynameisYAT said...

samsung aku gna sekarang jauh lebih best + canggih drpd nokia n97mini dulu.. byk kekurangan n97 tu..

mynameisYAT said...

sepupu aku pakai sme cm ko. galaxy y. baru 1 hari beli n pakai, dia nak let go.. sbb xpndai guna + leceh katenye. tp disebabkn xde buyer, dia guna jgk. skrg dia kata best pulak.. haha

Zahira said...

Mar yani, hehehe, memula pakai mmg la rasa nyampah touch screen ni sbb asyik tertekan huruf lain hehe, tp lama2 ok la, jd biasa..

Mar Yanie said...

yat...tp terasa up-to-date la sikit gn touch screen ni. memula aku nk beli samsung ace jgk. ms tu 800+++ kan. takut lari bajet, aku beli yg ni jer.


zahira...hahaha..kadang2 tensyen taw! siyes tensyen..lebih2 lg time tu kite cepat. rs nk campak jer enset tu..

Mar Yanie said...

yg leceh nye hurup die kan berterabur mcm keypad komputer. klu dulu, mata tgk tv tp tangan laju je menaip sbb hurup teratur. skang ni kne pokus betol2..klu tgk citer omputeh jenuh la nak paham. nk tgk subtitle lagi pastu nk taip msg lg.. hakhakhak

mynameisYAT said...

hahaha. btol weh! kalo dlu sambil drve bole rply msg pjg.. tp skrg ni juz bole rply ok, yup, dah, otw.. hahaha.

kdg nk cpt jd lmbt. nak copy paste pun xjadi. ade lg yg xsmpat explore..

Mar Yanie said...

aku dh stop m'explore..cukup skadar dpt msg, mms, call, dgr radio, masuk kan lagu. yg internet smue tu x payah. aku lg selesa guna laptop. screen lg besar, puas hati. bhahahahahahaha

x kira lg GPS. aku x reti guna.. kah3

mynameisYAT said...

gps pon smpai skrg aku xreti. baik ikot signboard. hahaha. eh, tp mms aku xmenjadi la. gane ek?

Mar Yanie said...

same problem ngan aku.mula2 dulu aku x ley send n receive mms jgk. kne wat manual. nti sape2 yg nk anta mms kne bgtaw dulu, br kau on.

kalo nset aku ni, step die camnih.

1.go to setting
2.pilih wireless n network
3.pilih mobile networks
4.Tick kat 'use packet data'

then, ko tunggu kejap ade kuar H kat atas tepi bateri or line. ko carik je kat bahagian atas.

bile ko x nk guna, kne off. sbb aku ade tnye org kedai tu kenapa. die cakap klu x off nti autometik die akn connect ngan intenet. intenet yg berbayar. mahal giloss. maybe x sedar. tibe2 ko cek kedit tinggal ckit. jgn nak mnangis bagai. haha

Mar Yanie said...

mula2 aku x caye jgk betol ke die akan autometik connect internet. aku biar lama jgk la br off packet data tuh. tibe2 aku dapat emel kat gmail. So? ape ko expect? mmg die otometik connect la weh. sdey aku.

Mar Yanie said...

tp ingat..sape2 nak anta mms, kne inform dulu. then ko on die pnye packet data. sama jugka klu ko nk anta mms, on dulu.

bile x guna, off.

tp aku xtaw la sama x ngn nset ko tu.

Anonymous said...

Hey great website! Does running a blog like this require
a massive amount work? I've no knowledge of computer programming but I was hoping to start my own blog in the near future. Anyways, should you have any suggestions or tips for new blog owners please share. I understand this is off topic however I simply needed to ask. Thank you!

Also visit my web blog; htc incredible s ceni