Holla!!
Camane holiday uols semua? Ada orang pegi bercuti kat Banjaran Alps tak? Untung-untung dapat jumpa abe Yuci dan Lisa Surihani. So sweeet. 2 minggu ni aku amat la busy. Busy khatam semua kisah dan video perjalanan cinta yuci & lisa surirumah ni. I wish perjalanan cinta aku pun macam ni jugak wakakakaka.
Okay, untuk tahun ni aku dah tanam satu azam. Apa azam aku? Aku nak buat perkara-perkara yang membolehkan aku membuat persediaan menempuhi alam perkahwinan kelak. Mungkin tak lama lagi (bluweeekkk) Aku pun taknak kalah ngan Yuci & Lisa.
Perkara pertama ;
MEMASAK
Aku teringin nak register and join kelas memasak. Tak kira la berbayar ke tak, mahal ke tak. Tapi kalau boleh aku nak yang free aje. Boleh giteww? At last, aku terpaksa akur disebabkan beberapa perkara. Ada 2 kekangan. Pertama adalah kekangan masa. Yang kedua ni memang masalah besar iaitu kewangan. Yer, aku memang tengah pokai ni tapi kalau jalan-jalan pergi karaoke, tengok muvie duit tak pernah TAK ade wakakaka.
Jadi, aku amik inisiatif sendiri. Terlebih dahulu aku nak say thanks so much to Kak Nana (ex-housemate merangkap merchandiser Malay section masa keje kat Popular dulu) sebab bagi aku free buku 1 Hari 1 Resepi . Resepi terbaik dari Chef Hanieliza.
Untuk tahun 2012 ni aku ada cuba beberapa resepi BARU. Kenapa aku highlight kan BARU? Sebab aku dah muak masak telur kicap, sotong kuah hitam, ayam masak merah bla bla bla. Tapi masakan yang selalu aku buat tu pun sampai sekarang tak pernah sedap wakakaka. Takpe, practice makes perfect rite?
Menu apa yang baru tu? Mungkin takde beriani kambing, nasi kerabu, nasi arab cuma menu yang simple saja.
Ikan kembung 3 rasa |
Orang yang kaya mesti akan masak ikan siakap 3 rasa. Memandangkan ini percubaan pertama, aku guna ikan kembung saja sebab boleh jimat kos, kalau tak sedap takde la rugi sangat hehe. Result ; Serious takde rasa 3 rasa iteww. Rasanya macam ayam masak merah yang selalu aku masak gagagaga. Nak resepi boleh request okay.
Ayam Halia |
Second trial ni memang bagi semangat kat aku untuk terus memasak sebab menjadi. Okay la kot untuk aku makan. Orang lain? Maap la, aku takkan jamu kot sampai la aku yakin haha. Ayam Halia. Nak resepi boleh request. Insyaallah menjadi.
Ayam Percik atas dapur |
Okay, antara masalah aku jugak adalah tak cukup kelengkapan. Memang boleh melunturkan semangat. Jadi aku bakar ayam atas dapur je. Feeling die tak same ngan bakar atas api kat luar rumah.
Ada lagi beberapa menu yang aku cuba tapi kadang-kadang aku lupa nak snap gambar banyak-banyak.
Lepas beberapa siri menu masakan yang kurang menjadi, aku rasa down lalu aku beralih arah buat kek dan pencuci mulut.
Kek Coklat Kukus lapik atas kertas bungkus nasi keh3 |
Puding Swiss Roll |
Aku ni memang kurang pandai nak capture gambor main dengan angle sana sini untuk menampakkan sesuatu makanan tu nampak cantik dan sedap. Hahaha. Mungkin sebab camera henpon ni sangat la hazab.
Mungkin apa yang aku buat ni adalah menu simple, eleh baru nak belajar masak ke? Yup, mengisi masa lapang yang terluang teheee.
Sape-sape nak resepi, sila request yer. Aku ingin menolong orang-orang yang ingin belajar memasak sebab menu yang aku buat ni adalah menu yang hanya perlukan bahan-bahan yang sangat simple dan mudah didapati selain dari JIMAT KOS.
Selamat mencuba!
3 comments:
hahahaha. kelaakar la ko! newey, congrates la sebab rajin. hehehe
aku ingat nk bukak kedai makan.. maryani chicken rice shop kokokokok... aza pun dh try masak nasik ayam guna resepi aku yg plg simple..haha.. nti kalu aku berjaya bukak kedai makan n time tu ko takde keje lg, aku hire ko jadi tukang basuh pinggan okay.. ;P
aku bagi gaji degree lagi..gagagaga
nak sangat okeyh!! hahaha
Post a Comment