Setelah hampir dua bulan berkerja secara luar biasa, at last aku berjaya dapatkah hadiah untuk diri sendiri. Hari ini, 12 Oktober 2012, aku berjaya mendapatkan MC sekali lagi. Tak tahu la kenapa lately aku senang sangat ditimpa sakit. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku susah nak sakit atau demam. Sistem imunisasi kebal lah katakan.
Atau mungkin sebenarnya aku tak sakit, cuma emosi dan mental je lemah. Siang hari aku masuk kerja dari pukul 8.30 a.m sampai pukul 6.00 p.m. On the way balik, aku singgah kat kedai nak fotostet kertas soalan. Dan dan sampai pukul 7.00 malam. Sampai je kat rumah, terus mandi, solat sebab nak rush pergi ajar tuisyen pukul 8.15. Makan?? Ahh, kadang-kadang sempat aku makan. Kalau tak sempat, aku postponed makan bila balik tuisyen nanti. Tapi bila balik lewat malam, aku lupa nak makan ececece.
Dah 3 minggu berterusan macam ni sebab budak-budak dah nak PMR. Kalau sebelum ni tuisyen selang sehari, sekarang hari hari tuisyen. Itu yang agak penat. Jadi aku macam dah hilang kualiti masa untuk diri sendiri. Sampaikan satu tahap aku berdoa mintak nak sakit. Jadi aku boleh berehat kat rumah di kala orang lain sedang berkerja. Dapat berehat pada hari berkerja tak kan sama dengan berehat pada hujung minggu. Ya Allah, maafkan diri ini sekiranya aku menganiaya diriku sendiri.
Upper Respiratory Tract Infection??? Nama kemain hebat tapi sebenarnya batuk jeww uhuk uhuk uhuk.
RM 40.00! Mahal dari kebiasaan. Biasanya sebelum ni RM 30 jeww, mungkin sebab tadi dia tanya awak ada drive nak pergi mana0mana tak hujung minggu ni? Eh, mestilah ada dokter. Nak dating. Okay, saya bagi awak dua ubat selsema la. 1 untuk siang, 1 untuk malam. Yang malam ni mengantuk sikit. Choyyy!! Aku ni ubat buat perkasam jew. Jangan harap aku nak makan!!
Harharhar.. Dokter dah tulis kat situ habiskan !!! Tak sempat nak sentuh lagi, maklumlah gigi dah tak sakit, buat apa nak habiskan. Ye dokk???
Okay, izinkan saya beradu. Bye~
2 comments:
Byknye obatttttttttt!! Tu la gigih sangat.. Aku suh resign dr jd PM takmo..
Time muda xde komitmen ni la nk kerah tenaga.nti dh ada anak susah pulok. Nasib baik laki iols sporting,bkn jns yg suke msg 24 jam..ekekeke
Post a Comment