Ya Allah, ya tuhanku, pada waktu ini, aku sedang sakit. Sekiranya sakit ini
adalah azabmu kerana dosa-dosa yang aku lakukan, ampunkanlah semua
dosaku. Sekiranya sakitku ini adalah ujian daripadamu kerana mahu menguji
kesabaranku, berikanlah kesabaran kepadaku. Aku yakin engkau tidak
memberikan ujian yang melampaui batas kesanggupan hambamu
Minggu lepas adalah minggu yang sangat tough bagiku. Tidur malam tak lagi lena seperti malam-malam sebelum ini tsk tsk tsk. Tapi aku dinasihatkan oleh doktor sila kurangkan menangis. Kaitan?
Sebenarnya, minggu sebelum raya haji lagi aku dah rasa sakit. Tapi aku cuba ignore perasaan sakit ku. Eh, no no no. Rasanya mungkin aku belum bersedia untuk dengar ayat "Awak menghidap penyakit bla bla bla". Aku suka anggap sakit/demam sebagai perkara biasa yang mana setiap manusia akan dapat mengikut musim nya.
Tapi bila tidur malam ku terganggu, aku rasa sangat sakit hati. Rugi woh!Pastu minggu lepas masuk je gaji aku pergi servis gigi untuk kali ke-2 dalam masa 2 bulan. Kaya annn? Lagi kaya kalau korang dengar statement aku ni "Aku salah pergi tampal gigi yang tak sakit". Phewww.
Sakit gigi is one thing yang memang aku carry forward dari beberapa bulan lepas lagi. Tapi sakit yang aku alami sekarang adalah sakit telinga. Sakit telinga??? Cehhh, itu pun nak gebang ke?? Tapi hanya aku yang tahu sakitnya macam mana. T________T .
Masa tampal gigi, dentist dah membebel kat aku bla bla bla. Kalau rasa sakit jangan tangguh-tangguh. Kalau dah tahap kritikal camne? Dokter ingat sakit telinga aku ni berpunca dari sakit gigi, rupanya bukan. Aku punya reason lagi dasyat "Eh taklah dokter, saya pernah sakit sebelum ni, bukan first time, mungkin sebab saya tido sambil sumbat earphone pastu terpenyek". Hrmmm. Pastu dapat tips free dari dokter macam mana tido dengan betul.Thanks.
Keesokkannya, perasaan takut yang menguasai membuatkan aku gagahkan diri pergi jumpa doktor. Semalam doktor gigi, diorang tak belajar pasal telinga. Nak tanya kat doktor pakar cinta, diorang belajar pasal hati jeww uhuk3.
Masuk je bilik doktor terus cek telinga, mulut dan hidung. Yup, aku disahkan memang ada masalah. Blocking dalam hidung which is bukan hanya refer pada taik hidung hokkay!! Dengar je blocking, mesti nak pikir benda tuh je! Choyyyy!! I have no resdung, no allergy to dust. Tapi kenapa? Doktor cakap mungkin aku banyak menangis. "Aku suka menangis?". Memandai je doktor ni assume aku camtuh. Huh!
Pastu kebetulan apakah ini? Kakak aku pun sakit telinga jugak. Tapi aku bersimpati pada dia yang mungkin lagi sakit dari ku. Sampaikan tak boleh berdiri lama, rasa macam nak rebah sebab keseimbangan tekanan udara pada kedua-dua belah telinga mungkin dah terjejas. T______T. Tak dapat buat keje, at last my mom is here now! Datang tolong tengok-tengokkan cucu sebab kakak aku tak larat nak bangun. Masa pergi rumah dia itu hari wahhh iron dah guna iron wap yang macam kat butik tu. Abang ipar aku beli sebab takde sape nak gosokkan baju kerja dia. Kesian. Anak-anak pergi sekolah baju kronyok kromok sekali.
2 bulan lepas masa ajar Afiq & Aqmal subjek sains, aku sempat remind memori pasal keratan rentas telinga. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu telinga luar (cuping telinga, salur telinga), telinga tengah (gegendang telinga, oksikel telinga, jendela bujur, tiup Eustachio) dan telinga dalam (koklea, saraf auditori, salur separuh bulat).
Curi kat google. |
Cuping telinga ----> salur telinga ----> gegendang telinga (bergetar bila dihentam oleh gelombang bunyi) ----> oksikel (menguatkan getaran) ----> jendela bujur ----> tiub Eustachio ----> Koklea (menukar getaran bunyi kepada impuls saraf) ----> saraf auditori (hantar impuls ke otak untuk ditafsir) ----> salur separuh bulat.
Tiub Eustachio dan salur separuh bulat adalah part yang sangat penting kalau korang masih ingat. Tiub Eustachio berfungsi mengawal tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga. That's why, kalau air termasuk dalam telinga, kita akan rasa dengung kan. Tekanan udara tak seimbang. Lagi satu salur separuh bulat yang berfungsi untuk mengawal keseimbangan badan.
Semoga korang belajar something dari sini dan jangan lupa segera jumpa dokter kalau ada sakit-sakit atau demam. Ya, mati itu pasti tapi sudah cukup ke amalan kita? Sharing is caring~
1 comment:
aperkah sakit kau yg sebenarnye?? konpius. tulaaaa,, asek cakap aku kanser payudara jek!!!
Post a Comment