Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Ewahhh, dah pandai pakai peribahasa gitteww. Hai, Assalamualaikum semua. Aku selalu ingat mak aku selalu pesan, sabar sabar sabar. Jangan ikut hati, kelak merana diri. Nak tunggu hidup ni betul-betul stabil memang makan masa panjang. Macam mak aku, sekarang je baru boleh hidup senang bila anak-anak dah besar. Tanggungjawab mak dah lepas, kalau dulu nak beli baju raya untuk diri sendiri setahun sekali pun susah sebab nak dahulukan baju anak-anak. Tiba-tiba rasa sedih, rasa macam aku ni dah tua rupanya. Sikit lagi masa mak dah boleh totally lepaskan tanggungjawab jaga aku untuk seseorang yang bergelar suami. Waaaaah kauu..
Pic source form Mr Google. |
Kadang-kadang eh bukan kadang-kadang memang selalu datang perasaan cemburu dalam hati bila tengok kawan-kawan dapat kerja bagus, gaji bagus berbaloi ngan qualification, dapat beli kereta besar-besar. Terfikir mengapa lah perjalanan hidup orang selalu baik. Pastu cepat-cepat aku hilangkan perasaan tu sebab seolah-olah aku menidakkan dan mempersoalkan rezeki yang Allah bagi. Aku lupa yang Allah tu sesungguhnya Maha Adil dan Bijaksana. Mungkin rezeki aku belum muncul lagi, mungkin sikit masa lagi, esok atau lusa. Ya Allah, harap aku dapat bersabar menunggu saat itu.
Jadi bila aku pikir balik, dua tiga tahun yang pertama dalam alam pekerjaan ni merupakan proses pembelajaran iaitu fasa di mana kita menimba ilmu, mencari pengalaman, mengenal ragam-ragam manusia dan macam-macam lagi. Cuba untuk bertahan selama dua tiga tahun dah cukup menggambarkan bahawa kita berjaya melepasi fasa yang boleh dikira kritikal dalam hidup ini. Ada orang tak mampu bertahan, baru je kerja terasa banyak sungguh halangan dan cabaran, terus berhenti taknak kerja. Rugiiiii. Orang tua selalu cakap, kalau dah lepas dua tiga tahun yang penuh cabaran, lama-lama kita dah lali dengan situasi ini campak je mana-mana kita boleh survive. Insyaallah, ayuhlah kita semua BERTAHAN!
There are so many ways/ skills how to survive. Go and learn it! It will be effective one day. |
Dah kumpul pengalaman at least setahun dua, kita dah boleh dianggap senior haaaa time tu lah baru kita boleh demand sikit nak up gaji ke ape kan. Kalau kena kes company yang sungguh kedekut nak up gaji dan bonus macam company aku ni yerrr diulang macam company aku ni yang sungguh tahik hidung masin, this is the best time to blaaaaah dari sini!!! Aku ni tunggu masa je tengah cari kerja sesuai, cari peluang for better offer, environment yang condusive, aku akan cabut lari. Harap masa tu, no extend dah macam last time aku buat dengan company lama. Diorang mintak aku extend keje sebab nak cari pengganti, aku ikut je. Last last aku sendiri makan hati hari-hari.
Memang dah lumrah, manusia takkan menghargai bila ada depan mata. Bila dah takde depan mata, baru terasa kehilangan bagai. So babaiii. Maksud aku bukan menghargai kita yang kerja bagus ke ape kan, diorang akan terasa kehilangan sebab dah hilang sorang pekerja yang korang boleh suka-suka bagi arahan dan tak pernah membantah, yang boleh dipijak-pijak dan macam-macam lagi. Aku sangat berharap di saat-saat terakhir ini, aku dapat bertahan dan berkerja dengan seikhlas yang mungkin. Insyaallah.
Diorang penyeri hidup aku bila aku rasa serabut. It's true how children can put away our stress even for 5 min only. More than enough! |
P/S: Allah sayang pada orang bersabar. Ingatlah bahawa sesungguhnya sabar yang paling tinggi nilainya adalah sabar ketika ditimpa musibah, sabar ketika diberi ujian dan dugaan. Amin.
2 comments:
Perkataan "bersyukur" mungkin nampak biasa, tapi itulah yang akan menmbah rezeki kita nanti. It's ok, dear. Setiap org ada rezeki tersendiri. Mana Mar tau kalau2 ada yg jeles dgn life Mar. Org lain ada kereta besar, rumah besar - tapi sesaknya dorang nak mebayar hutang dan nak survive, mana mereka pernah bagitau orang. Masa untuk Mar stabil akan sampai jugak. Allah Maha Adil. Ingatlah, rezeki tu tak terhad pada kerja bagus, bonus byk, kereta mewah dll. Masa lapang (tak sibuk), kesihatan yg baik, family bahagia, ketenangan jiwa pun rezeki juga.
tq ryha..betul semua tuh..Insyaallah, akan datang masa tuk kita nanti..:)
Post a Comment