Wednesday, November 12, 2014
Mana Yang Lebih Perlu Dibelai Dan Disentuh?
Assalamualaikum..
Aku sangat tertarik dengan nota Dari Tinta Nuri Supian dalam ruangan majalah Mingguan Wanita baru-baru ni. So, aku pinjam ayat-ayat beliau untuk dikongsi di sini. Semoga bermanfaat,
I have Touch A Dog.
Kempen yang memeningkan kepala especially para ibu bapa , pasti jenuh nak menjawab persoalan dari anak-anak yang masih kecil yang belum mengerti apa-apa 'sejauh mana boleh dan tidak boleh memegang anjing?'.
Tak boleh ke kita biarkan saja dalam fikiran anak-anak kita yang beragama Islam bahawa memegang anjing itu TAK PERLU. Anjing itu tak boleh dipegang sesuka hati tanpa sebab yang munasabah. Sebelum ini mereka kan sudah terbiasa 'jangan sentuh anjing'.
Sebelum ni takde program-program sebegini, nahh sekarang mak ayah pulak yang naik pening penjelasan manakah yang terbaik untuk meyakinkan anak-anak di bawah umur tentang sentuh dan belai anjing.
Pasti ibu bapa bimbang mengenai pemahaman anak-anak kecil yang terlibat sama dalam program tersebut. Adakah mereka tahu dan paham apa itu samak? Anak sekecil itu pasti otaknya berfikir anjing itu boleh dipegang. Bila dah besar nanti 'Oh, aku pernah pegang anjing, aku tak takut dan aku boleh pegang anjing'. Sudah tentu mereka sendiri bercelaru mana yang betul mana yang tidak betul.
Berbuat baik pada binatang itu memang dianjurkan dalam Islam tapi tidak perlulah sampai memegang dan membelai dengan manja sedangkan kita tahu kedudukan anjing itu sudah sah najis (bila dua-dua berkeadaan basah) dan membawa kepada haram.
Alangkah baiknya kalau kita menganjurkan kempen menyentuh, membelai dan menyayangi ibu bapa, orang tua yang mana sudah tentu memberikan pahala berlipat kali ganda serta pahalanya mengalir ke syurga.
Ya Allah, lindungilah kami dari azab neraka Mu. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam kenal dan salam singgah...
tentang entry saya mmeilih untuk tidak memberi sebarang pendapat
شركة مكافحة حشرات بصفوى
شركة طيوب للمجارى بالظهران
Post a Comment