Showing posts with label budak comot. Show all posts
Showing posts with label budak comot. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Natural blush.

Bila gelak lebih sikit terus blushing.
Berjalan bawah panas terik terus blushing.
Bila malu terus blushing.
Bila duk depan ramai orang blushing.
Bila geram + bengang blushing jugak.



TQ mr google.



Bukan nak perasan tapi saya pernah lalui semua ni. Bukan sesuatu yang membanggakan pun. Sesekali tidak. Persetan kan semua yang cakap seronok apa ada natural blusher camtu. Tak perlu nak mekap ke apa. Tapi kita yang alami ni rasa takut pulak. Ni semua pasal kulit muka dah jadi nipis, pakai produk itu ini.


Tapi memang ada yang jenis punya kulit muka cam gitu. Halus, mulus dan gebus. Betol-betol punya natural blusher.


Alkisahnya 4 hari lepas, saya pergi beli pencuci muka Safi Balqis Perfect 10 Oil Control, Scrub Apricot dan Toner Safi balqis. Malam tu balik tonyoh dekat muka. Hasilnya? Jeng jeng jeng. I got back my natural blusher. Omaigod! Takut amat, taknak jadi cam dulu lagi. I want a healthy skin biarlah tak selicin orang lain. Sekian.

Sunday, December 26, 2010

Kerinduan pada zaman kanak-kanak

Rindu!! I miss my childhood so much.



Bangun pagi, celik mata terus pikir nak makan apa, nak main masak-masak tak pun permainan yang intelek sikit nak main doktor-doktor eh tak la nak main jual-jual guna pasir sebagai nasik, daun bunga raya dihiris kecil-kecil buat macam ulam gitu, batu jongkong tiga tongkol nak buat ala-ala dapur, tempurung nak buat kuali T T. Dulu duit habis buat beli pisau lipat 20 sen. sekarang ni rasanya dah cecah 50 sen kot tak pun lagi mahal. 


 
Pernah tak time kat sekolah dulu selalu nak compete dengan kawan-kawan siapa lagi advanced (budak-budak memang selalu camtu) ada barang itu ada barang ini. Siapa-siapa yang bawak pensel warna 'LUNA' (bukan Luna Maya okay) wah hebat! Kalu tak silap harga dalam RM 3.50 time tu. siapa yang beli yang ada 24 batang tu gila hebat dan kaya! Pastu kat tempat buka yang lipat tu mesti tulis 'Jangan ambil tanpa kebenaran. Hanya ahli keluarga saja' including me tulis macam tu kikikiki.



Pastu pemadam ni kalau boleh tak nak yang putih biasa ni harga 10sen. Nak yang ada bau oren, nanas, pisang la-mahal woo 30 sen tu. Pastu tiba-tiba mengalah bila ada kawan bawak eraser yang boleh tekan kluar macam panjang tu. Frust!

Eraser yang boleh padam kalau tulis dengan pen. Boleh padam sampai kertas terkoyak-koyak haha

Masuk pulak bab 'glue/gam'. Tak nak la yang warna putih yang macam hingus tu. Nak yang macam glue stick gitu. Kalau guna macam keluar tak nak keluar je gam nya nanti bila dah tampal kat dalam buku tak jadi gelembung. Kalau guna gam yang macam hingus tu bila dah tampal dalam buku tulis yang 50 mukasurat dah rasa macam buku 100 mukasurat pulak. 


 
Ada lagi yang best. Dulu buku karangan dah habis beli buku baru. Buku yang lama kena tampal dengan buku baru. siapa-siapa yang tampal sampai 4 5 buku memang hebat la rajin tulis karangan, mesti pandai. Pastu siapa pakai spek masa zaman kicik-kicik mesti kompem 'ni mesti budak pandai! kuat baca buku,kicik-kicik dah pakai spek'.


 
Then, zaman ber'kakak angkat' pun ye jugak time tu. siapa yang takde kakak angkat memang menyedihkan la nampak sangat tak feymes T T. Kicik-kicik dah pandai pikir camtu. Lagi masuk bab kasut pulak. Darjah 1,2,3,4 pakai kasut sekolah yang tampal tu. Naik darjah 5, 6 say no to kasut macam tu. Nak kasut yang bertali! baru cool. Bag pulak tak nak dah yang zip banyak-banyak. Orang dah pakat pakai bag galas yang ada tulis 'Outdoor' time tu. Memang cool gile.


 
Tu tak masuk lagi bab liquid, pensel dan lain-lain lagi. Pensel tu ada yang feymes yang boleh cabut bila dah tumpul. Cabut yang tumpul masuk kan kat belakang sampai semua tumpul pastu beli yang refill. Ada lagi kan pensel macam tu. Nak google image pun tak jumpa.


 
Conclusion nye nak cakap jadi budak-budak ni best. Tak yah nak pikir masalah duit sangat, mintak dengan parents je sebab ada alasan kukuh kicik lagi tak kan nak keje carik duit sendiri kan. Bangun pagi pegi sekolah main dengan kawan-kawan. Bila dah tua cam sekarang ni nak bangun pun malas. Celik mata je kena pikir itu ini, Nak cari keje la, nak makan apa (makanan yang mahal-mahal tak usah cakap la kena limit to once a month tak pun once a year).


 
~Times really flies away~


mish them so muchhhh..T T


p/s: cam dah lama gile tak makan KFC dan sewaktu dengannya.

ahhhh..nak3!!!

Sunday, October 17, 2010

hooray, bergembira bersama si blackhippo yang besar bapak!

yuhuu

hari ni dapat enjoy-enjoy macam budak kicik sambil berendam dengan badak-badak air (lokasi: Paya Wetland, Dengkil). oopps, bukan berendam air tapi berendam dengan peluh-peluh nak tunggu badak ni timbul (bunyi macam gile pengotor haha). bangun lambat jugak ye badak-badak semua. mungkin hari minggu kot, bangun lambat sikit hee.

penat menunggu
yang ni memang nampak muka kepenatan menunggu

haaaaa...dah nak tengah hari dengan matahari terpacak kat atas kepala badak baru berani memunculkan diri di depan kami..bersiap-sedia la kau badak!


tapi masih berendam
tiba-tiba...jeng jeng jeng..badak semua muncul menyerang kami..


aku datang!
sempat lagi anak buah duk tanye kenapa badak ni lambat berjalan nak boleh sampai ke atas punya la lambat. jawapannya: gile besar kot badak ni. berat die mencecah 385 kilo woo..kena angkut dengan kren ni nak humban dalam lori.

kita geng!
tapi ada gak yang berani dekat-dekat..:D
penat menunggu si badak-badak semua. tapi kami lihat dari jauh je takut nak masuk dekat sebab bau mereka ni busuk..hee..*alasan*



yer, betol kami tak takut. bukti: ni kami lihat badak dari jarak dekat haha
dah penat tengok badak, mari makan kueh badak lalala
ni senyum-senyum badak..boleh?

panas woo..
okay, serius ini last pic..tenet super laju, takde alasan kenapa nak upload gambar sikit kan. wajib banyak kot!


ok badak-badak semua..see u again..:D

Sunday, July 18, 2010

KFC again!!

heee
dalam facebook dah, dalam twitter dah, kt blog belum post lagi..
jap lagi saye dan kuncu2 akan ke KFC makan berketul2 ayam
sebenarnye planning nak makan nasi arab
tapi disebabkan 'my lucky aina fathiah' menang tempat ke-6 pertandingan mewarna, dah dapat kupon free
so, kitorang tukar planning walaupun kupon free tu hanyalah untuk 1 owang jer..
yang lain cuma tumpang tuah cik aina la..kalau bukan sebab dia, tak merasa la KFC hari ni..hohoho
okie, chan chin chow!!

Saturday, July 17, 2010

HAI.. nama  saya Afiqah  Dayana. Hari  ini saya membuat  kerja matematik.Selepas  membuat  kerja  matematik  saya merasa sungguh  penat.Kemudian  saya  melayari  internet.Saya  menonton  cerita  anna  maria  dan  rasukan ablasa.Saya  tidak tahu  berapa  ribu kali saya  menonton  cerita  itu.Tapi  saya  tidak pernah merasa  bosan.Saya  suka  menonton  cerita itu  kerana  pelako  itu  semua  bagus-bagus.Sebab  itu  saya  suka  menonton  cerita  itu .

               SEKIAN  TERIMA  KASIH

Wednesday, July 14, 2010

macam bertih jagung

amat seronok bila dikelilingi kanak-kanak riang
mereka bercakap macam bertih jagung
macam esok dah x de masa nak bercerita
indahnye kalau hidup macam ni
ada banyak masa nak huhahuha

hari tu saya duk dalam bilik bersama kuncu2
Afiqah Dayana & Aina Fathiah

sangat rapat..hari-hari bercakar2..





















baru je umur 9 & 7 tahun
tapi ape yang dowang dk psssstttt3?
aina ni bizi duk senaraikan nama boypren kakak(afiqah)
amboi..kicik2 dah pandai maen2 cinta
kakak pulak dah marah2
bila kakak cakap aina ada pakwe name A (bukan nama sebenar)
taw x ape jawapan yang keluar dari mulut aina?
"tak la. aina dah putus ngan die" 
ewah3..macam owang dewasa
saya gelak jer
dalam hati ni "hrmmm,budak2 skang ni dah advance"


tu belum cakap pasal adik2 nye
adibah maisurah & aqil muhaimin
ramai yang konpius girl or boy..tapi jangan 
tanye die,msti jawap "saya pempuan"








surah yang banyak mulut dan seorang kaki report haha















5 & 4 tahun
mereka ni sangat rapat dan 24 jam asyik gaduh haha
satu bilik kecoh bila surah cakap "rahsia boleh bagitaw kt owang lain"
sekali lagi saye gelak je di penjuru dinding
aina tanye "gelak tu ape?"
gelak pun x taw ke??
sila google ok
yang budak aqil ni memang kelakar la
saye tanye "aqil ngah lukis ape tu?"
aqil jawab "ngah lukis tahik ayam"
wakakaka..tahik ayam pun nk lukis..haissshh..
ada sekali uncle(my bf hee) call
aqil nak cakap
uncle tanye "ngah bwat ape tu?"
die jawab "ngah korek hidung"
adei, memalukan betol..perangai x senonoh hahaha

pape je la haha
saya sangat taw dan paham dah mereka ni
ada character yang sama
cik afiqah, aina, surah & aqil ni suke sangat maen laptop
rasanya bateri kondem ni sebab dowang la kot
lagi, suke sangat makan
memang x payah pikir langsung pasal membazir
mereka ni la TENTERA MAKANAN YANG SEJATI!!

makan!!