Sunday, April 8, 2012

Lipstick Collagen Treatment




Penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah. 

Melembapkan bibir yang kering dan merekah.

Sesuai untuk bibir yang gelap






Memandangkan aku ni suka sangat kalau orang lain nampak cantik dan bahagia, so aku sharing info pasal Lipstick Collagen Treatment ni untuk kali ke-2 sebab sangat teruja akan keberkesanannya.

Dan aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kebahagiaan ini dengan semua orang. Oh, bahagianya~ *so annoying rite*.

Jadi, sape2 yang berminat nak mencuba TOLONG JANGAN RAGU-RAGU. Gunakan sekarang!

Harga RM25. Sape yang susah benar nak dapatkan lipstick ni takpe. Jangan risau, beauty consultant (aku) ini akan tolong korang uhuk3.

Harga masih sama RM25, pos pun FREE untuk 5 orang yang pertama. (Aku berani bagi free pos sebab aku tahu  tak ramai yang nak beli. Ataupun sememangnye takde? keh3.)


Okay, ASAP yer..sementara stock masih ada..




Okay, yang ini pic yang lekat dekat kotak belakang lipstick ni. Terbaik kan???




Thursday, April 5, 2012

Dapatkan bibir yang mungil


Holla!!

Sorry la kalau tajuk kat atas tu menakutkan korang semua keh keh keh. Ada ke orang tak tahu bentuk bibir yang mungil tu macam mana? Haaa, macam Kilafairy ni. Meh zoom in sikit.




Teruja??? Meh aku nak sharing satu produk terbaru. Takde la terbaru sangat cuma aku baru je guna. Nampak kesan yang memberangsangkan, so aku sharing la sikit demi kecantikan kita bersama yeww heee.




Lipstick Collagen Treatment
Keluaran D'Herbs


Apa yang menarik ngan lipstick ni? 

Sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan. No problem bro.

Aku dah pakai seminggu. Alhamdulillah. Sesuai dengan kulit aku kot. Bila pakai automatik bibir jadi pink, tak menggelupas. Lagi satu tahan lama.

Ni info yang aku dah google, senang cerita aku tolong copy paste untuk korang semua teheee.


  • Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
  • Melembapkan bibir yang kering dan merekah.
  • Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
  • Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Harga RM 25.00 tunai. Okay la, berbaloi..



Aku selepas pakai lipstick collagen treatment. Uwekkkk!!
BYE~~~





Interview 15 minit saja, kena reject.



Holla....

2 hari lepas, saya pergi UPM atau lagi tepat Institut Pertanian Serdang, located dekat dalam UPM la. Ada interview untuk join satu program. Ye, PROGRAM...bukan nye interview mintak kerja. Sesampai je sana, hujan lebat yang amat sangat, jalan tak bape nak clear. Alhamdulillah, dalam kul 12.30 sampai. Interview pukul 2.30 p.m. Amacam? Berkobar-kobar kan nak pegi interview? keh keh keh


Saya, yang tengah isi borang sebelum masuk dalam bilik interview.


Sesudah solat zohor, berlari-lari redah hujan bagai. Last-last pukul 2.45 pm sampai kat IPS. OMG, lewat 15 minit!! Bad impression dah kat situ. Tapi bila mereka nampak yang saya tengah basah kuyup, tersenyum je. Nasib baik paham kan. Nasib baik ada Aza, dia yang bersusah payah meredah hujan untuk aku. Thanks so much. Oh ye, Aza pun dapat interview jugak cuma hari je lain. Jadi saya dulu yang di interview.


Kusyuk tengah jawab soalan.

Then, aku diberi borang untuk diisi. Kat dalam tu ada soalan-soalan yang berkaitan dengan Usahawan Belia Tani la. So, selamat la aku menjawab dengan hentam keromo nye. Malas nak pikir. Lepas dah isi, aku & Aza bersembang-sembang, bergurau-gurau dan macam-macam lagi untuk tenangkan hati yang gundah gulana ni. Kenapa? Sebab calon sebelum aku tu dah masuk bilik interview dekat hampir sejam tak keluar pun. Fuhhh, soalan apa yang ditanya tuh?


Tadaaaaaaa....

Sejam kemudian, keluar la calon sebelum aku tuh. Cepat-cepat aku bangun jalan kedek-kedek masuk dalam bilik mesyuarat. Tok tok tok tok (bukan bunyi pintu tapi bunyi kasut gedik aku ni) haish, bising betol kasut ni. Lepas pass file resume, aku kembali ke kerusi dan duduk dengan yakin nya. 5 min kemudian, baru Pokcik-pokcik tu tanya, tinggal kat Puchong ye? "Ha'ah". Awak belajar kat Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan? Makna nya awak belajar kejuruteraan jugak la? Aiseyyy, kenapa la FBB ni tukar nama? Aku senyum je la. Entah, masa saya last year baru tukar nama fakulti (tipu). Pokcik tu menambah lagi "Nasib baik awak habis belajar awal, kalau tak mesti kena belajar engineering kan" keh keh keh.


Diam......


"Hmmmm, saya rasa saya tak salah menilai. Apa yang saya akan cakap ini adalah untuk kebaikan awak. Saya rasa awak tak layak untuk program ni. Bukan untuk down kan semangat awak tapi awak boleh dapat kerja yang bagus lagi daripada join program ni. Kalau awak join program ni, belum tentu awak dapat jadi usahawan. Awak sanggup bertani? Angkat cangkul? Kulit hitam. Saya takut mak awak tak kenal anak sendiri nanti. Saya nampak personaliti awak sebagai seorang cikgu (padahal dah tengok kat resume aku ni jadi cikgu ganti)" Uweeekkk, nak jadi penilik nasib la konon.


Tapi, aku bersyukur sebab tak ditawarkan untuk join program ni sebab apa yang diorang cakap tu memang aku dah pikir masak-masak. Aku sendiri tak pasti dengan keputusan yang aku buat ni dan yang paling penting aku memang kurang berminat heheheheh.

15min je interview. Boleh kira berapa banyak je ayat yang keluar dari mulut aku. Aza yang duk tunggu kat luar pun terkejut. Lepas tu, pokcik-pokcik tadi siap pesan awal-awal kat Aza pikir masak-masak sebelum datang interview hari Khamis (hari ni). Tanya kawan awak apa yang kami tanya tadi.


Last sekali, Aza mengambil keputusan untuk tak pergi interview. Aku rasa ini adalah keputusan yang tepat. BRAVO!!


Kau datang interview untuk Program Pertanian tapi pakai baju kaler pinky. Ceh, patot la orang reject.


Makan petang perot dah lapar, nasib baik Yati belanja. Sejuk balik hati ku ngeh3.


Okay la, itu sajewww.