Holla....
2 hari lepas, saya pergi UPM atau lagi tepat Institut Pertanian Serdang, located dekat dalam UPM la. Ada interview untuk join satu program. Ye, PROGRAM...bukan nye interview mintak kerja. Sesampai je sana, hujan lebat yang amat sangat, jalan tak bape nak clear. Alhamdulillah, dalam kul 12.30 sampai. Interview pukul 2.30 p.m. Amacam? Berkobar-kobar kan nak pegi interview? keh keh keh
Saya, yang tengah isi borang sebelum masuk dalam bilik interview. |
Sesudah solat zohor, berlari-lari redah hujan bagai. Last-last pukul 2.45 pm sampai kat IPS. OMG, lewat 15 minit!! Bad impression dah kat situ. Tapi bila mereka nampak yang saya tengah basah kuyup, tersenyum je. Nasib baik paham kan. Nasib baik ada Aza, dia yang bersusah payah meredah hujan untuk aku. Thanks so much. Oh ye, Aza pun dapat interview jugak cuma hari je lain. Jadi saya dulu yang di interview.
Kusyuk tengah jawab soalan. |
Then, aku diberi borang untuk diisi. Kat dalam tu ada soalan-soalan yang berkaitan dengan Usahawan Belia Tani la. So, selamat la aku menjawab dengan hentam keromo nye. Malas nak pikir. Lepas dah isi, aku & Aza bersembang-sembang, bergurau-gurau dan macam-macam lagi untuk tenangkan hati yang gundah gulana ni. Kenapa? Sebab calon sebelum aku tu dah masuk bilik interview dekat hampir sejam tak keluar pun. Fuhhh, soalan apa yang ditanya tuh?
Tadaaaaaaa.... |
Sejam kemudian, keluar la calon sebelum aku tuh. Cepat-cepat aku bangun jalan kedek-kedek masuk dalam bilik mesyuarat. Tok tok tok tok (bukan bunyi pintu tapi bunyi kasut gedik aku ni) haish, bising betol kasut ni. Lepas pass file resume, aku kembali ke kerusi dan duduk dengan yakin nya. 5 min kemudian, baru Pokcik-pokcik tu tanya, tinggal kat Puchong ye? "Ha'ah". Awak belajar kat Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan? Makna nya awak belajar kejuruteraan jugak la? Aiseyyy, kenapa la FBB ni tukar nama? Aku senyum je la. Entah, masa saya last year baru tukar nama fakulti (tipu). Pokcik tu menambah lagi "Nasib baik awak habis belajar awal, kalau tak mesti kena belajar engineering kan" keh keh keh.
Diam......
"Hmmmm, saya rasa saya tak salah menilai. Apa yang saya akan cakap ini adalah untuk kebaikan awak. Saya rasa awak tak layak untuk program ni. Bukan untuk down kan semangat awak tapi awak boleh dapat kerja yang bagus lagi daripada join program ni. Kalau awak join program ni, belum tentu awak dapat jadi usahawan. Awak sanggup bertani? Angkat cangkul? Kulit hitam. Saya takut mak awak tak kenal anak sendiri nanti. Saya nampak personaliti awak sebagai seorang cikgu (padahal dah tengok kat resume aku ni jadi cikgu ganti)" Uweeekkk, nak jadi penilik nasib la konon.
Tapi, aku bersyukur sebab tak ditawarkan untuk join program ni sebab apa yang diorang cakap tu memang aku dah pikir masak-masak. Aku sendiri tak pasti dengan keputusan yang aku buat ni dan yang paling penting aku memang kurang berminat heheheheh.
15min je interview. Boleh kira berapa banyak je ayat yang keluar dari mulut aku. Aza yang duk tunggu kat luar pun terkejut. Lepas tu, pokcik-pokcik tadi siap pesan awal-awal kat Aza pikir masak-masak sebelum datang interview hari Khamis (hari ni). Tanya kawan awak apa yang kami tanya tadi.
Last sekali, Aza mengambil keputusan untuk tak pergi interview. Aku rasa ini adalah keputusan yang tepat. BRAVO!!
Kau datang interview untuk Program Pertanian tapi pakai baju kaler pinky. Ceh, patot la orang reject. |
Makan petang perot dah lapar, nasib baik Yati belanja. Sejuk balik hati ku ngeh3. |
Okay la, itu sajewww.
3 comments:
baca cter ko... teringat lak company ak pun penah intervew org gak dan ada sorg tu kami (sebenarnya boss ak)reject sebab dia datang dengan penuh bergaya sekali dan sangat elegan... tapi kerja production... boss ak kata... orang cmni ssh nak wat keja berat2...
memang betol jgk.tp certain2 intrview kn kne jaga penampilan jgk esp governemnt pnye. personaliti pn ade markah jgk.tp jgn la smpai personality overshadow intelligent plk kan.
kne jaga 1st impression la... klu jawatan tu cam memerlukan kita bnyak berfikir... kne la dress, bercakap dan berkelakuan macam kita nampak cerdik...
kalau jawatan tu memerlukan kita bnyak kerja keras... sama la... cara kita bercakap dan berkelakuan kena nmpak macam kita boleh diharap...
Post a Comment