TERAPI PATAH HATI
Ketika jatuh cinta;
Kita berasa hidup kembali, lahir kembali dan diutus kembali ke alam yang indah dan penuh pesona
Ketika patah hati;
Kita berasa dunia ini berakhir lebih cepat daripada jadualnya.
Ketika jatuh cinta;
Berubah cara pandangan kita, berubah cara pemikiran kita dan berubah perasaan kita terhadap segala sesuatu yang kita temui.
Ketika patah hati;
Kita berasa tidak bersemangat
Ketika jatuh cinta;
Kita mimpikan satu suara yang pernah kita dengar, kita senyum kerananya dan kita rindu akannya.
Ketika patah hati;
Kita berharap tidak akan bertemu dengannya lagi seumur hidup kita.
Ketika jatuh cinta;
Kita lebih suka malam, lebih suka berjaga sepanjang malam, lebih suka dengan bulan.
Ketika patah hati;
Tidur pada awal waktu menjadi pilihan yang menyenangkan.
Ketika jatuh cinta;
Kini mawar memiliki peranan yang amat besar, kedinginan udara berada pada kedudukan yang istimewa dan telefon pun kini menjadi barang yang paling dicari.
Ketika patah hati;
Mawar ialah bunga yang menimbulkan trauma, kedinginan ialah teman yang buruk dan telefon lebih kerap mati daripada hidup.
Ketika jatuh cinta;
Kita lebih memahami hidup, memahami diri dan memahami orang lain.
Ketika patah hati;
Tidak peduli dengan apa yang ada lerana memikirkan diri sendiri pun sudah mengambil masa yang lama.
Ketika jatuh cinta;
Kita gembira segembiranya, kita mimpi semimpi-mimpinya dan kadang kita merindu serindu-rindunya.
Ketika patah hati;
Kerinduan itu masih ada tetapi rindu untuk kembali ke masa hidup sebelum kenal dengan dia
Ketika jatuh cinta;
Tiba-tiba muncul hobi-hobi baru, kegemaran-kegemaran dan keasyik-asyikan baru.
Ketika patah hati;
Tiada hoobi baru, hobi lama pun sudah lupa.
Ketika jatuh cinta;
Kebiasaan keburukan kita kian terhakis, kita mula berubah dan berubah
Ketika patah hati;
Kebiasaan lama masih berulang.
Ketika jatuh cinta;
Kadang-kadang kita merasa bahagia tanpa sebab, menangis tanpa sebab dan sedih tanpa sebab.
Ketika patah hati;
Bahagia, menangis, sedih penyebabnya satu saja iaitu si dia.
Ketika jatuh cinta;
Kita lebih gemar berfikir, merenung dan juga sering cemas.
Ketika patah hati;
Sama, cuma kadarnya lebih cenderung kepada penyesalan dan kesedihan.
Ketika jatuh cinta;
Kita selalu ingin membayangkan gambar wajahnya, suaranya dan perkara-perkara yang disepakati bersama.
Ketika patah hati;
Mungkin ingin menghapuskan semuanya tetapi tidak mampu.
Ketika jatuh cinta;
Setiap kata memiliki harga, semua yang penting adalah penting dan kini kita memiliki rasa bahagia yang berbeza dari biasa.
Ketika patah hati;
Bahagia itu berubah semuanya.
petikan dari buku Terapi Patah Hati by Salahudin Abdul Razak dan Rusydi Ramli Al-Jauhari
2 comments:
SUNGGUH, Benar-benar belaka. (taip komen belek bibir) HAHA
kah3...bibir ko dh mungil..dun worry..:D
Post a Comment