Friday, April 13, 2012

Don't let your personality overshadow the intelligence



Sesekali nak berbahasa omputih, tak kisah la kan walaupun ayat tunggang langgang kan? teheee

Holaaa!!!

Mukaddimah; Pandangan dan persepsi orang terhadap kita memang berbeza-beza. Kalau ada 100 orang yang berlainan, memang akan ada 100 jenis perangai dan ragam yang berlainan. Jadi hari ni saya mahu mengajak korang semua untuk meluahkan pendapat/ idea macam mana nak handle beberapa situasi. Contoh;

Kita pergi interview, pakaian dan A, termasuk personaliti dah A tapi tahap pengetahuan masih lagi cetek, cara nak berkomunikasi masih lagi lemah, end up dengan "Awak tak sesuai untuk kerja ini".

Don't judge a book by its cover.

Selalu sangat kita dengar quote kat atas ni, jangan menilai seseorang dengan melihat pada luarannya. As for me, sangat penting okay untuk menilai orang terlebih dahulu. Contoh; kalau kita baru jumpa seseorang, dan terus kita judge dia sebagai seorang yang sangat sombong. Bila kita ajak berborak "Wah, baik hati nya, wah peramahnya". Bukan ke macam tu bagus? ehehehe.

Sometimes, saya terpikir macam mana ada sesetengah orang ni memang mempunyai personaliti yang cukup kuat. I mean, pakai biasa pun dah nampak elegen (ewahh), pakai biasa pun dah nampak karismanya, cara berjalan dah nampak macam terlebih yakin. Ada okay orang macam tu (excluding me). Aku memang takde ciri tu, kalau nak cantik memang kena taruk mekap tebal, pilih baju mahal je aku ni baru nampak kemas sikit kehkehkeh.

Jadi bila first impression orang dah pikir macam-macam pasal kita macam mane ek? Macam mana nak handle benda ni? Macam mana nak elakkan personaliti tu daripada menutup kita punya kebijaksanaan?

Thanks.....;)



3 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

menarik persoalan ko ni yani...
tertarik untuk ak nak diskas... hehe...

mybe supaya dri kita x direjek trus tnpa dorg nilai kebijaksanaan kita... cara kita berpakaian dan berpersonaliti kne jaga kot...
try jd cam ahli politik... walaupun kebanyakan dorg x taw pape... tp dr cra dorg bercakap dan perwatakan dorg... kita leh percaya jek... huhu

Mar Yanie said...

aku mmg tngu komen dr ko yen sbb idea ni tercetus bile ko komen kat belog aku aritu..
tp pd pendapat aku, setiap kl interview mesti ade markah untuk personaliti kan. aku cuba untuk dpt kan full mark for pakaian, aura n etc..tp tu la,kadang2 terlebih bergaya smpai menutup kepandaian..huhu..

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

mmg ada markah untuk personaliti tapi personaliti tu mesti berpadanan dengan karier yang kita mintak...

tapi dulu pun kita akan belajar kursus 'how to get yourself employ' dan ak pernah belajar sai 'grooming and dinner etiquette'...

pakaian jangan terlampau menonjol sangat sebab takut akan beri impression yang x bagus...

pemilihan warna pun sama gak... kalau x salah ak... bagi perempuan... jangan melebihi 4 warna dalam satu sepasang pakaian dan laki2... elakkan pakai kemeja hitam... dan kasut mesti berkilat atau bersih...

bila ko terlampau berfesyen sangat... mungkin penemuduga pikir ko ni datang untuk kerja model kot...

just jangan terlampau simple dan jangan terlampau bergaya...

lagi satu... seminit pertama, penemuduga dah judge ko dah... dari cara berpakaian, cara berjalan, cara bersalam, cara duduk dan cara ko bercakap...

orang kata 'dont judge a book by its cover' kan, tapi based pada trainer ak dulu... penemuduga terpaksa judge calon tu dari rupa luaran sebab dorang x cukup masa nak tahu personaliti sebenar kte... so kalau boleh, gambar dalam resume mesti profesional, pakai kemeja dan kalau boleh, photoshop apa yang patut bior kasi lawa dan hensem...