Nama saya Mariani Makhtar. Nama awak? awak? awak? dan awak?
Morning uolsss....
Hari ni cedgu nak bercerita tentang nama. Ada apa pada nama? Ia bagaikan satu bonus bila memiliki wajah seindah nama beserta budi pekerti yang A. Dulu, aku pernah rasa kecewa kenapa nama aku Mariani? Terasa so oldskul kan. Nama pelakon lagi tu. Mak kepada Melissa Saila kan. Mungkin mak dan arwah abah aku minat pelakon Mariani kot masa tu. Bila meningkat dewasa, aku rasa selesa sebab nama aku tu kedengaran sangat sesuai dengan peningkatan usia aku. *Pasrah*.haha
Kenapa tiba-tiba aku terasa nak bercerita tentang benda ni? Sebab tugas aku sekarang ni yang membuatkan aku perlu mengingati nama-nama anak murid, senang aku nak soal nanti. Poyo je kan, nak soal anak murid bagai kan kahkahkah. Tapi nama anak-anak sekarang sungguh hebat. Dan dalam tak sedar aku dah list kan satu dua nama untuk 'bakal anak' aku nanti wakakakaka.
Aku mengajar enam kelas form 1. 1 kelas ada lebih kurang 35 orang. 35X6=210 nama perlu aku ingat. Dalam ramai-ramai, ada la beberapa nama yang sangat menarik perhatian. Contoh;
Indah Permata Sari dan Siti Nurhaliza.
Pernah sekali dua aku panggil nama 2 orang ni nak soal, habis gamat 1 kelas. waaaaaaaaaaaaaa, Siti Nurhalizaaaaaaaa.. Nyanyi sikit nak dengar. Nak reda kan keadaan kelas tu mahu jugak amik masa 15 minit. Adeiii, lepas dari tu aku dah tak soal dah 2 orang ni untuk mengelakkan keadaan bising dalam kelas. Untung la korang ekekeke.
10 - 15 tahun dulu, kalau nama korang adalah Amy Sofea, Haliyana Syakila, Nureleesa Emiera, Nur Batrisya Balqis sungguh advanced kan. Tapi kalau sekarang anak-anak 2012 dilberi nama Siti Halimah, Siti Mashitof itu yang pelik. Budak-budak alaf baru kan, apa yang diorang tahu. Suka membandingkan nama antara satu sama lain. Kadang-kadang aku kesian bila ada yang gelakkan mereka kalau aku panggil nama tu. Padahal, nama diorang la yang ada makna ringkas tapi bagus bukan.
Jadi kepada ibu-ibu bapak-bapak, pilihlah nama yang terbaik untuk anak anda...PEACE!
2 comments:
suka entri ni wpun simple.
ryha pun dulu x suka nama sendiri.
bila meningkat dewasa baru can get used to it.
Kan ryha? I felt d same.
Post a Comment