Monday, December 31, 2012

Preparation & Celebration; New Year 2013


Yesterday has gone, today is okay, tomorrow will be 

better.




Hello uolss.. sebelum tahun 2012 berlalu pergi, aku nak abadikan kenangan hari terakhir 31.12.2012 di dalam kalendar belog aku. Sukacita nya aku nak maklumkan yang belog aku ni dah berusia 3 tahun. Happy birthday! Waaa, tak percaya. Banyak benda yang dah tercoret kat sini secara sengaja ataupun tak sengaja. Kadang-kadang aku baca balik apa yang aku tulis, ahh tersenyum sorang-sorang teheeee. Malu!


Preparation for New Year?



Tadaaaa..Planner Diary lah konon kan? teheeee. Awaaaas hokkay! Aku dah tulis segala perancangan untuk upcoming January. Aku berharap sangat semoga tahun depan hidup aku akan lebih teratur dengan adanya planner diary ni. Semua aku dapat free, banyak lagi yang free tapi tak larat nak punggah balik rumah. Semua aku letak dekat office.


Celebration?




Takde pun nak celebrate, duk diam-diam dalam bilik curik masa tuk diri sendiri. Memanjakan diri yang penat berkerja. Serius penat sungguh, kualiti masa tu dah hilang. Petang tadi kat office adalah bos belanja Secret Recipe. Kenyang sampai malam sebab sorang-sorang punya portion memang dapat kek yang gemuk dan debab.. Thanks bos. Wish our company akan lebih maju dan maju dengan harapan bonus nanti dapat la dalam 20 ribu sorang. Voleyyy gitteww?


Harapan?

Well, terlalu banyak harapan aku untuk tahun 2013 ni. Untuk aku senaraikan semua haishh sangatlah mustahil sebab aku malas nak taip. Malas??? Alaaa takpela, malam terakhir untuk aku bermalas-malasan. Esok aku dah kena rajin, azam baru la katakan sobbbss.


Esok; semoga aku menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ini dan semalam. Insyaallah.


2013; I just wanna be a better person and the best that I can be.


Goodbye 2012; tahun yang penuh kenangan, cukup segala rempah. Walau apa yang terjadi, kenangan tetap kenangan, sesuatu yang akan dikenang dan perlu belajar daripadanya, bukan semata-mata sesuatu yang harus dilupakan atau ditangisi.


***Tiba-tiba aku rindukan abah... T______________________T.. Al-fatihah, semoga abah tenang kat sana.




Saturday, December 29, 2012

2013 punya pasal...



Sumpah aku sangat bizi, ehh sangat malas!!


Tinggal berapa detik lagi menjelang tahun 2013. Semakin dekat nak masuk tahun baru, semakin membuak-buak perasaan malas. Malas yang macam mana tu?


Malas nak pergi kerja, malas nak masak, malas nak berblog, malas nak bertwitter (hekk elehhh). Ni 2013 punya pasal lah. Sebab kepala hotak ni dah set "Okay, tahun 2013 ni baru buat betul-betul, buat bersungguh-sungguh. Tahun untuk aku berubah!!!". Jadi sebelum masuk tahun baru, kita kena enjoy dengan perasaan/sikap lama.


Every weekend keluar joli-joli ngan kengkawan sebab masuk tahun baru ni dah taknak dah jadi remaja sangat. Buat abis duit dan masa jew. Sekarang ni makan nasik pun beli kat kedai, masuk tahun baru kita start memasak setiap hari.


Ayat aku untuk diri sendiri

"Kita tengok sampai tahap mana kau akan bertahan Mariani?? Nak berubah konon dari tahun-tahun sudah lagi gebang ptuihhhh"


*Sigh*

Friday, December 21, 2012

Puding Roti Cinta Hati.



Pefeeeling Shilala nak berchenta hati bagai... Takpe kan? Teheee..




Dah agak lama aku pendam keinginan nak buat puding roti tapi perasaan malas tu mengatasi segalanya. Betul la orang kata, orang perempuan ni takde istilah tak pandai masak, tak pandai kena belajar. Yang betul-betul ada malas memasak! Yup, aku mengaku! Harharhar


Kadang-kadang bila time rajin tu datang, ada je halangan macam bahan-bahan tak cukup lah, roti takde lah bla bla bla.. Alasan semata-mata kan? Finally beberapa hari lepas, perasaan membuak-buak tu datang tiba-tiba lepas tengok seplastik roti gardenia atas meja. Aku tanya akak aku ni roti expired bila? Hmmm, dah seminggu lebih beli. 


Hokkay!! Ini lah peluang nya. Aku guna roti Gardenia yang dah beberapa hari expired. Yayy!! Jimat kan? Roti gardenia boleh dipercayai sikit berbanding roti lain. Walau dah expired, tekstur dia tetap lembut. Bagi aku, selagi tak tumbuh kulat atau cendawan, still boleh makan lagi hewhewhew. 


Sa, tadaaaa...Ini la hasilnya......




Puding Roti Expired Berkismis Hangit!!

Bye~