Yesterday has gone, today is okay, tomorrow will be
better.
Hello uolss.. sebelum tahun 2012 berlalu pergi, aku nak abadikan kenangan hari terakhir 31.12.2012 di dalam kalendar belog aku. Sukacita nya aku nak maklumkan yang belog aku ni dah berusia 3 tahun. Happy birthday! Waaa, tak percaya. Banyak benda yang dah tercoret kat sini secara sengaja ataupun tak sengaja. Kadang-kadang aku baca balik apa yang aku tulis, ahh tersenyum sorang-sorang teheeee. Malu!
Preparation for New Year?
Tadaaaa..Planner Diary lah konon kan? teheeee. Awaaaas hokkay! Aku dah tulis segala perancangan untuk upcoming January. Aku berharap sangat semoga tahun depan hidup aku akan lebih teratur dengan adanya planner diary ni. Semua aku dapat free, banyak lagi yang free tapi tak larat nak punggah balik rumah. Semua aku letak dekat office.
Celebration?
Takde pun nak celebrate, duk diam-diam dalam bilik curik masa tuk diri sendiri. Memanjakan diri yang penat berkerja. Serius penat sungguh, kualiti masa tu dah hilang. Petang tadi kat office adalah bos belanja Secret Recipe. Kenyang sampai malam sebab sorang-sorang punya portion memang dapat kek yang gemuk dan debab.. Thanks bos. Wish our company akan lebih maju dan maju dengan harapan bonus nanti dapat la dalam 20 ribu sorang. Voleyyy gitteww?
Harapan?
Well, terlalu banyak harapan aku untuk tahun 2013 ni. Untuk aku senaraikan semua haishh sangatlah mustahil sebab aku malas nak taip. Malas??? Alaaa takpela, malam terakhir untuk aku bermalas-malasan. Esok aku dah kena rajin, azam baru la katakan sobbbss.
Esok; semoga aku menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ini dan semalam. Insyaallah.
2013; I just wanna be a better person and the best that I can be.
Goodbye 2012; tahun yang penuh kenangan, cukup segala rempah. Walau apa yang terjadi, kenangan tetap kenangan, sesuatu yang akan dikenang dan perlu belajar daripadanya, bukan semata-mata sesuatu yang harus dilupakan atau ditangisi.
***Tiba-tiba aku rindukan abah... T______________________T.. Al-fatihah, semoga abah tenang kat sana.
2 comments:
Jeles.. aku nak cari jurnal xjumpe2. Ade yg gedabak, itam plain je.. adehhhh
nanti aku bagi kat mu, ada banyak..tp biasalah yg supplier bagi jew.
Post a Comment