Saturday, December 15, 2012

2012; You and me; are the champion.



Tajuk nak howtt je kan, macam baru menang Piala Suzuki AFF.


Walaupun bulan December ada setengah bulan lagi nak berakhir, aku mengambil keputusan untuk mengimbas kembali perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2012. Aku berkira-kira yang lepas ni life aku akan jadi so hectic, mungkin takde masa sangat nak bersenang-lenang di hujung minggu mengadap laptop, update belog. 


Tinggal beberapa hari je lagi anak sedara aku Ikhwan nak masuk tadika. Ikhwan ni aku dah anggap macam anak sendiri, pergi mana-mana selalu je turut bontot. Sampaikan nak kuar dating ngan boipren pun dah takde privacy #eheheh. Jadi, dari kelengkapan alat tulis, baju, kasut, beg sekolah, botol air aku akan uruskan. Nak isi borang daftar pun aku uruskan. Saja nak tolong ringankan beban abang aku, apa salahnya kan. Tahun depan, aku rasa bertambah lagi kerja aku nak pergi hantar Ikhwan ke sekolah sebelum pergi kerja. Well, bukan ke orang cakap "practice makes perfect"? Yeahh, too cliche but TRUE!



Aku ni jiwa sentimental betul, tengok anak sedara grad tadika je pun dah rasa sebak. Bukan apa, cuma macam tak percaya sekejap nya anak sedara aku membesar dan aku pun makin tua tsk tsk tsk.



So, apa pencapaian aku, korang dan yang lain sepanjang tahun 2012 ni? Apa yang aku ada untuk gebang kat orang? Haishhh, jangan cepat mengeluh pliss. Kita ni kalau nak buat analisis, kena buat betul-betul. Kena be fair kepada diri sendiri. Jangan asyik nak bandingkan pencapaian kita dengan orang lain je. Sampai bila-bila pun kita takkan rasa puas hati, gembira. Tak kasihan kat diri sendiri ke?


2012, 1 tahun hampir berlalu. 1 tahun tuh orang cakap sekejap je macam pejam celik pejam celik. Bila masa nak beli kereta? Bila masa nak beli rumah? Bila masa nak tunang? Bila masa nak kawen? Bila masa nak kerja gaji nya 3 4 ribu? Mana sempat nak achieve semua benda dalam satu tahun kan? So betul lah 1 tahun tu sekejap je??


Tapi kita tak boleh menilai semua tu dengan mata kasar je. Ada orang dapat kerja bagus, gaji bagus tapi mungkin belum ada jodoh tapi tak bermakna dia gagal mencapai matlamat kan? Jangan disebabkan 60% dari wish list kita tak tercapai, kita dah buat conclusion bahawa tahun 2012 ni tahun yang kurang cemerlang. Adil ke camtu?


Sebenarnya ramai yang terlupa, 1 tahun tu ada 365 hari yang mengisi nya. Being able to survive for 365 days? Bukan ke itu satu pencapaian yang patut kita banggakan untuk diri sendiri? Ada ketika kita jatuh, ada ketika kita bangun berjalan laju, ada kala kita sedih dan ada kala kita bersuka ria tapi masih lagi mampu untuk hidup. Setiap hari pasti ada cabaran dan dugaan nya. Jadi, apa salahnya kalau kita amik sedikit masa, renungkan dan compliment diri sendiri atas pencapaian ini.


Macam aku, walaupun aku takde benda sangat nak bercerita pasal life/pencapaian tuk tahun ini, aku cuba sematkan dalam pikiran ni eh tahun ni Allah dah bagi aku peluang untuk attend exam/interview yang besar, maksud aku kerja kerajaan yang orang gila-gila sangat nak dapatkan tuh. Bagi aku, tahun 2012 ni adalah tahun yang sangat mematangkan aku, melahirkan aku seorang yang boleh berfikir secara rasional. Ehh, apa yang aku melalut ni??? Pendek cerita, ini tahun aku tak main-main. Aku sangat passionate/ berazam kuat untuk masa depan walaupun masa depan aku masih lagi kabur-kabur teheeee. 


Tahun di mana aku berkerja tanpa henti (tak menganggur), aku jalankan tanggungjawab bayar PTPTN, oh itu satu pencapaian besar hokkay dan...dan...dan...ada lagi lah. Biar kita simpan unutk diri sendiri je lah. Macam orang cakap, tak perlu gebang sangat, orang lain pun ada pencapaian membanggakan jugak. Tak perlu tunjuk kebahagiaan macam kita je yang paling terbahagia kan (#memetik ayat-ayat hikmah @amiemokhtar).









Then, peace yooooo!!




3 comments:

mynameisYAT said...

skejap sgt ms berlalu.. mcm baru je bbrapa hari lepas aku mengalu-alukan kdtgn 2012, tulis wish list & so on.. smoga 2013 tahun kerjaya untuk kte mek! amin....

Mar Yanie said...

AMIN AMIN AMIN..aku mendoakan yang baik2 utk kita esp career..dan jugak masalah rupa.. >__<.. semoga kita jumpe jln penyelesaian..ayuh!!

Peringatan; tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam.

tamsilankendiri said...

amin amin amin...