Friday, December 7, 2012

Perihal "contest", join dan menang.


Holla.. Good news untuk aku dah nampak macam ada banyak masa je nak update belog sentiasa kan. Rajin kemain lagi. Hari ni aku nak bercakap pasal contest/ pertandingan/ gores dan menang serta seangkatan dengan nya.



Apasal aku tepek gambar medal ni? Nak challenge orang ittew lah hehehe..



Dulu masa usia remaja, aku bukan tak percaya pada pertandingan or contest cuma kurang percaya. Bagi aku ia satu trick. Yang paling aku ingat contest Power Root Ali Cafe/ Long Jack Orang Kampung/ Kacip
Fatimah bla bla bla. Beli je barang diorang, tangok kat penutup botol/tin ada tak "Tahniah, anda memenangi percutian ke Ostrolia". Abang aku cakap tak payah la beli bazir duit. Memang ada tu ada, tapi satu negeri mungkin ada satu tin je yang ada hadiah. Mungkin tin tu ada kat kawasan Pasir Putih, kalau kita beli 50 dozen kat Pasir Mas sekalipun tetap tak ada kan? Owh, kalau pikir balik betul jugak kan? Siapa yang untung? hehehe.


Aku jarang gila join contest sebenarnya. Ada beberapa sebab la kenapa aku jarang berbuat demikian. Dulu masa kecik aku duk kat kampung, kampung nye jauh dari bandar. Kalau ma dan abah ada kerja penting kat bandar contoh nak pergi bank ke baru aku tumpang sekaki. Boleh kira beberapa hari je dalam sebulan aku pergi bandar. Kaitan nya mariani? Kaitannya, dulu aku pernah nak join Teka Silang Kata Berita Harian. Jadi, hari-hari kena beli la sebab ada nombor siri. Semangat ni nak join, kalau tak silap hadiah dia lumayan jugak la beribu-ribu kot duit untuk dimenangi kachinggg. Sampaikan kirim kat jiran suruh beli surat khabar ni sebab diorang sekolah kat bandar. Aku je sekolah ceruk kampung hewhewhew. Tapi nak beli surat khabar pun tak cukup duit jugak, so hasrat tu berkubur macam tu je.


Jadi aku memang kurang layan la benda alah ni. Paling terbaru pun aku hantar entry kat Majalah Mingguan Wanita dengan gambar-gambar bersama boipren dan gepren. Ada jugak kawan aku mesej eh ada hantar gambar eh kat Mingguan Wanita. Tapi yang best nya aku tak tahu edisi ke berapa, nak cari balik stok lama kat kedai manalah ada. Aku senyap je lah sambil tunggu saguhati dari pihak karangkraf. Haram dah 7 8 bulan lebih tak muncul2 menjelma. Haish, aku memang kurang bernasib baik lah.


Dua tiga hari lepas, aku ada perasan satu contest kat fesbuk. Contest giveaway dari Samsung. Senang je main share gambar dan bagitahu warna henpon kegemaran. Eh? Senang giloooooo tapi aku seriously segan la nak share. Segan ohhh. Jadi aku biarkan diorang je yang share. Aku harap ada yang menang, masa tu biar aku meleleh air liur nak dapatkan henpon tu jugak T_____T.



Pendek kata memang ada terasa nak join mana-mana contest tapi ade je halangan iaitu malas!. Tapi bila sorang kawan aku eh eh nak rahsia jugak ke? Ish tak boleh reveal kat sini siapa hewhewhew, dah menang contest yang satu tuh aku terus wahhhh memang betul-betul wujud heh hadiah tu? Takde yang tipu lah? Terus semangat berkobar-kobar rasa nak join any contest yang senang-senang aje lah, yang tak memudaratkan duit poket aku hihihihihi..  Doakan aku ye Yatt, mane tahu rezeki aku pulok pasni.. :P










1 comment:

mynameisYAT said...

Hahaha. Aku pon segan nak share yang menang HP kat fb. Kawan2 share & tag aku, aku x allow pon. ;p

Mek, aku mmg minat join contest dr zaman sekolah rendah. To be honest, banyak gile yg aku dh menang. Alhamdulillah.

Nnt aku share kt blog. and utk pngetahuan ko, aku xjoin contest yg guna byk modal or brg yg aku xguna. Aku xkan beli brg tu semata2 nak join.