Friday, January 8, 2021

Bahan Bacaan Awal Anak-Anak dari Mommy Happy Group!



Holla!! Assalamualaikum semua.


Dah lama tak menjengah masuk dalam blog. Sesekali ada peluang ni apa salahnya kan?? Okey, direct to the point. Ada tak mommy2 kat sini yang ada anak dalam lingkungan umur 5 tahun tapi tengah risau pasal anak masih tak kenal huruf dan tak tahu membaca lagi??


"Eh, anak baru umur 5 tahun, relaks lah sampai masa nanti pandai lah tu."

"Jangan paksa paksa diorang, bagi diorang menikmati zaman kanak-kanak dulu, main puas-puas"


Mesti dah selalu dengar kan ayat kat atas tu? Sebenarnya kita ni takde lah fikir sangat tapi bila ada orang share anak-anak sebaya anak kita atau lebih muda dari anak dah pandai baca, pandai bercakap, speaking zappppp terdetik perasaan risau tu sedikit sebanyak kan??? Macam-macam persoalan menerjah. Adakah anak kita dah termasuk dalam kategori lambat? 


Apa yang perlu kita buat???buat??? buat???


Well, macam aku ni takde lah nak terus push anak supaya boleh membaca time tu jugak sebab aku masih percaya yang anak-anak ni ada level point dia bila dia akan bersedia untuk capai sesuatu achivement. Yar, anak-anak ni masing-masing ada kelebihan. Mungkin lebih kat sini kurang kat bahagian lain dan vice-versa. Kita sebagai mak ayah kena mainkan peranan untuk polish & support setiap kelebihan mereka kan. Bukan asyik cari kelemahan je.


Semua kerisauan dan persoalan pasal perkembangan serta kebolehan anak ni sebenarnya bagus jugak dijadikan sebagai starting point untuk make a move


So, sejak dari tu aku dah mula google, stalk FB & IG kawan-kawan untuk cari kaedah terbaik untuk ajar anak membaca, buku apa yang bagus dan bla bla bla. Maka bermulalah try & error beli bahan-bahan bacaan, alat bantu mengajar dan macam-macam lagi lah. Walaupun keluar kos sedikit sebanyak tapi aku anggap semua tu akan jadi pengalaman yang sangat berharga. Senang nanti nak ajar anak no 2, 3, 4, 5..... eh eh eh ramai pulak anaknya teheee...


Okey, setelah sesi try & error akhirnya aku dah jumpa bahan bacaan yang sesuai dengan anak aku iaitu buku-buku keluaran Mommy Happy Group! Sekali tengok macam sama je dengan buku-buku lain tapi entah kenapa dalam banyak buku yang dibeli, buku ni yang paling menarik minat anak dan nampak dia pun senang nak catch up. Itu lah nak cakap anak-anak ni memang tak boleh nak expect apa yang diorang nak. Honestly, aku pun suka buku ni, tulisan yang agak besar dan warna menarik. Nampak catchy gitteww.



Okey mommy semua, beli buku sahaja tak cukup tau. Maksud aku, kita ni pun kena persiapkan diri dengan ilmu mengajar. Kenapa? Sebab silibus dah banyak berubah kan sekarang. Memula tu aku ingat kacang je nak ajar anak membaca sekali mak aihhh berpeluh dan sikit lagi nak jadi singa sebab anak tak boleh nak follow cara kita. 


Then, aku pun mula search Youtube haaa baru la jumpa kaedah phonic. Tak pasal pasal dengan aku sekali dah hafal lagu phonic Abu Ada Ayam. Bagus sangat sebab anak boleh belajar cara sebut dan bunyikan huruf dengan betul. Uolss boleh cuba klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=-FPD_b_Zuik .. 




Masa belajar pulak aku had kan 10 minit je per sesi. Kalau anak cakap "Ibu, saya nak baca lagi. Seronok la" haaa baru aku ajar. Kalau diorang taknak, aku rasa macam no point jugak push sedangkan hati diorang dah teringat anak patung, mainan lego dll. Tambah juga ibunya dah malas nak ajar hahahaha.

Ini antara buku-buku lain yang aku dapatkan dari Mommy Happy Group..







Okey, sekian dulu perkongsian ku untuk kali ni. Disclaimer: Aku tak kata yang buku ni 120% bagus. Ia betul-betul bergantung pada minat anak-anak kita. Jadi, carilah apa yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita spend sedikit duit untuk benda-benda macam ni. It's way better than kita spend data internet untuk anak-anak tengok video kat phone.

Okey, stop dulu. Till we meet again!!


Friday, July 24, 2020

Bagaikan Meranap Harapan Pemburu Kerja

Assalamualaikum,

Terima kasih pada semua yang masih intai-intai penulisan ku di sini. Kalau baca tajuk tu bunyi agak kejam kan tapi tunggu. Aku cuma nak kongsikan pengalamanku masa jadi panel temuduga baru-baru ini. 

Sebelum sesi temuduga berlangsung, bahagian HR telah adakan ujian komputer terlebih dahulu kepada calon-calon yang terlibat. Dari 7 orang calon, 3 orang berjaya melepasi ujian tersebut dan dipanggil temuduga. 

Fuhhh, benar lah orang kata HR ni kejam! ataupun bersifat hati batu. Kenapa aku cakap macam tu? Kalau tak bersifat hati batu, semua calon yang datang tu semua kita bagi lulus haha. Malangnya hanya ada satu kekosongan jawatan sahaja. So, may the best person win!

Jadi panel ni semua benda kita kena ambil kira kan personaliti, pengalaman kerja, termasuk lah hal peribadi seperti komitmen (loan kenderaan), kalau bujang bila jangka akan kahwin dan lain-lain lagi.

5 Jenis Temuduga Yang Biasa Dilakukan | Kerjaya Hunt

1st calon.

Pengenalan diri bla bla bla. Pengalaman kerja: saya bekerja sebagai pembantu am, status kontrak dan bergaji hari. Tiada caruman KWSP/socso. Untuk makluman, saya sedang menghitung hari untuk tamat kontrak kerja sekarang.

Panel   : Adakah anda akan disambung kontrak?
A     : Tidak, kerana kilang shut down, input dah takde dan tiada keperluan kakitangan lagi.
Panel  : Anda masih bujang kan, bila agak-agak akan kahwin?
A        : Insyaallah perancangan tahun hadapan.
Aku   : *Dalam hati aduh sedih la pulak, nak kahwin tapi kontrak kerja akan tamat tak lama lagi. Mesti dia sangat sangat perlukan kerja kan.

Calon ke-2

Pengenalan diri bla bla bla bla. Saya pernah kerja di syarikat XYZ di Kuantan sebelum bertukar kerja di tempat lain. Sempat PJJ dengan isteri selama hampir setahun. Di tempat kerja baru pun hanya bertahan selama 1 tahun sebab kilang shut down. Majikan nak kurangkan pekerja. Sekarang saya buat kerja secara part time.

Panel    : Boleh tahu kerja part time apa?
B        : Saya kerja mesin rumput. 1 - 3 kali seminggu. Kalau tiada kerja, saya jaga anak kat rumah. Isteri saya bekerja.
Aku   : ** Menangis dalam hati. Mesti naluri seorang suami tu nak cari pendapatan untuk keluarga, bukan isteri yang menanggung kerja. Mesti dia sangat sangat mengharapkan pekerjaan ni.

Calon ke-3

Pengenalan diri bla bla bla. Saya berkelulusan Diploma Sains Komputer, Sekarang saya kerja di kedai telefon, basic gaji RM900. Saya dah 3 tahun mencuba nasib hantar resume di syarikat ini dan ini kali pertama dipanggil temuduga. Saya berharap kali ini akan ada peluang untuk saya.

Aku    : ** Kelu lidah. Jangan kita menilai orang yang ada degree/ diploma memilih kerja, Kita tak tahu mungkin diorang ni dah bermacam-macam cara dah usaha mencari kerja.

Kerja di bahagian HR ni, tak semua faham keadaan kita. Orang lain boleh menilai  dari segi luaran. Nampak bagus dan sebagainya, kenapa tak ambil je? Namun, kami perlu pastikan calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk melancarkan urusan kerja di syarikat supaya tak timbul masalah kelak.

Cuma aku ada sedikit pesanan;

1. For those yang dapat kerja melalui orang tengah (kabel) termasuklah aku sendiri, jangan rasa rendah diri. Memang orang akan pandang serong tapi kalau itu dah tertulis rezeki untuk kita, pasti kita akan dapat. Ada juga kes guna kabel tapi still tak dapat juga. Mana-mana yang dapat kerja dengan cara ni kena ingat satu benda ni. Orang fikir kita mungkin telah merampas peluang orang lain, jadi buat la kerja sehabis daya dan tunjukkan lah pada orang yang kita boleh lakukan kerja tersebut berdasarkan kapasiti kemampuan kita sendiri, bukan semata-mata kabel!

2. Kepada calon-calon yang gagal temuduga, itu bukan bermakna korang gagal selamanya. Mungkin jawatan yang dimohon tidak sesuai dengan kemampuan diri anda. Means that ada kerja yang lebih layak untuk korang. Kutip la pengalaman temuduga yang sangat berharga ni. Bak orang kata, kegagalan mematangkan kita dan dari kegagalan juga akan medatangkan kejayaan.

Lastly, ku doakan kepada para pemburu kerja

"Jangan pernah berhenti memburu kerja and all the best!"

Till we meet again!



Saturday, July 11, 2020

How Much Was Your First Salary?




Assalamualaikum,



Holla! Seperti tajuk di atas, let's encourage our youths please...


Umur 22 tahun, kerja di Guardian Pharmacy, Giant Seri Kembangan sebagai Supervisor selama 3 bulan (Dis 2010 - Feb 2011). Masa tu betul2 fresh graduated dan dalam misi memburu kerja, ada isteri kepada kawan abang yang duduk menyewa blok sebelah rumah Flat Teratai di Puchong Perdana offer kerja ni. Tanpa ragu-ragu, sis terus ambil peluang sebab nak cari duit poket kan.




Basically, kat Guardian branch ni ada 6 orang staff semuanya iaitu 1 orang Manager, 2 orang Supervisor dan 3 orang Sales Assistant yang berkerja secara bergilir (shift). Shift pagi bermula pukul 9.00 pagi - 6.00 petang. Manakala shift petang pula bermula pukul 2.00 petang - 11 malam. 

1 orang Supervisor akan handle salah satu shift. Masa mula-mula kerja, bos dah brief pasal customer service - what to do & don't. Setiap bulan akan ada seorang Mistery Shopper menilai kami, bagaimana servis yang kami berikan, body language dan macam-macam lagi. Sudah tentu kami tak kenal siapa Mistery Shopper itu. Tugas kami hanyalah perlu sentiasa senyum sampai telinga dan memberi layanan yang sama rata tidak kira beza pangkat, bangsa, warna kulit bla bla bla. 

Akhir bulan akan keluar result siapa yang terkena. Unfortunately, I was chosen!! Dengan komen sebegini "Tidak senyum kepada pelanggan dan tidak membantu pelanggan mencari produk". Puas aku duk pikir mana satu la Mistery Shopper ni ek, dan dan time aku tak senyum jugak la yang dia nak muncul. Mungkin aku tengah gaduh ngan boyfriend ke masa tu, huh!

Well, team mate aku ada 2 orang yang sentiasa berkerja dalam shift yang sama. Diorang ni sebagai Sales Assistant merangkap cashier jugak lah. Kadang-kadang bila diorang rehat, aku kena cover di bahagian front cashier. Bermacam-macam ragam manusia yang aku jumpa tapi ini adalah pengalaman yang sangat berharga. Banyak benda yang aku belajar dekat sini. 

Pertama : Aku belajar cara berkomunikasi dengan betul. Secara jujurnya aku seorang yang sangat pemalu dan pendiam dengan orang yang aku tak kenal. Tapi kerja kat sana, aku perlu berkomunikasi dengan strangers. Yang selalu buat aku nervous kalau ada mat dan minah salleh aduii speaking sampai terbelit lidah dan berterabur gigi. Kalau aku tak faham sangat, aku akan cakap "Sorry, pardon?" sambil meletakkan tangan di tepi telinga. Konon kan kahkahkah. 

Kedua : Perlu ada ilmu. Aku tak diberi tunjuk ajar secara detail pun mengenai produk-produk yang dijual. So, for the first two weeks memang agak struggle bila customer tanya itu ini itu ini. Aku akan jawab sekejap ye, saya tanya kawan dulu. Sampai satu tahap eh sampai bila aku asyik nak bergantung kat orang. Starting dari situ aku study produk-produk yang ada. Aku bukan study satu per satu tapi sambil2 susun barang, belek-belek la kejap label, baca ingredients dan instructions. Tambah menarik, ada jugak customer yang sudi share pengalaman diorang pakai produk. Dalam masa yang sama, aku turut dapat ilmu. Tak kurang juga, habis duit aku beli produk sebab hari-hari duk baca dan tengok haishhh tergugat jugak la wei. Ini memang parah! Yang paling terharunya bila customer datang for the next time tu terus cari aku. Means that, dia selesa la kan dengan kita. Awwww. 

Ketiga    : Keyakinan diri. Baca balik point yang kedua tadi. Bila kita ada ilmu, kita akan rasa yakin untuk berdepan dengan orang dan sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan.

Keempat    : Orang lain boleh buat, kenapa kita tidak boleh? Pernah selepas 2 hari kerja aku rasa gave up dan nak resign sebab kena marah dengan customer. Aku tengok team mates aku tu relax je, kena marah pun buat tak tahu je lah. Kata diorang, " Kami kena hadap jugak lah kena marah ke apa ke sebab takkan nak berhenti kerja. Kami ni ada SPM je, lain lah hangpa masuk U. Senang nak cari kerja lain". Bila keluar ayat ni rasa tercabar la jugak kan. Benar lah orang kata, diorang ni memang tough sebab diorang pikir diorang tak banyak pilihan. Macam kita yang ada kelulusan akademik ni bila kena marah, sentap dan mula lah pikir aku ada degree wei, aku kerja sini pun sementara je bukan nak kerja tetap. Ego kan bunyi? Eh terasa ke tu? teheee. 

Kelima    : Tak sama dengan alam persekolahan. Bila kerja shift macam ni, jangan expect untuk rehat beramai-ramai dengan kawan. Rehat kena bergilir, makan sorang-sorang, pergi toilet pun sama. 

Keenam    : Jaga solat. Seriously, aku terkejut dengan environment kerja. Memang totally tak sama dengan zaman belajar. Di tempat kerja, bermacam-macam ragam manusia. Ada yang kerja bagus, kejar sales, baik dengan bos tapi bila masuk bab solat kadang-kadang berlalu begitu saja. Bukan nak cakap kita ni bagus. Tak! Cuma aku ni cuba untuk jaga solat. The struggle is real!

Berapa gaji saya pada masa itu? #RM1200. 

Berapa nilai pengalaman & ilmu saya? Sangat berharga.

Kepada adik-adik di luar sana yang baru habis belajar, selamat datang ke alam pekerjaan. Tak mudah dan tak juga susah. Jangan terlalu memilih kerja, yang penting cari pengalaman. Bila jumpa ramai orang, lagi banyak pengalaman yang akan membuatkan kita lebih tough dan tak mudah ditipu. Insyaallah, pasti Allah bantu kita!

Terima kasih kerana sudi membaca. Till we meet again!