Friday, July 24, 2020

Bagaikan Meranap Harapan Pemburu Kerja

Assalamualaikum,

Terima kasih pada semua yang masih intai-intai penulisan ku di sini. Kalau baca tajuk tu bunyi agak kejam kan tapi tunggu. Aku cuma nak kongsikan pengalamanku masa jadi panel temuduga baru-baru ini. 

Sebelum sesi temuduga berlangsung, bahagian HR telah adakan ujian komputer terlebih dahulu kepada calon-calon yang terlibat. Dari 7 orang calon, 3 orang berjaya melepasi ujian tersebut dan dipanggil temuduga. 

Fuhhh, benar lah orang kata HR ni kejam! ataupun bersifat hati batu. Kenapa aku cakap macam tu? Kalau tak bersifat hati batu, semua calon yang datang tu semua kita bagi lulus haha. Malangnya hanya ada satu kekosongan jawatan sahaja. So, may the best person win!

Jadi panel ni semua benda kita kena ambil kira kan personaliti, pengalaman kerja, termasuk lah hal peribadi seperti komitmen (loan kenderaan), kalau bujang bila jangka akan kahwin dan lain-lain lagi.

5 Jenis Temuduga Yang Biasa Dilakukan | Kerjaya Hunt

1st calon.

Pengenalan diri bla bla bla. Pengalaman kerja: saya bekerja sebagai pembantu am, status kontrak dan bergaji hari. Tiada caruman KWSP/socso. Untuk makluman, saya sedang menghitung hari untuk tamat kontrak kerja sekarang.

Panel   : Adakah anda akan disambung kontrak?
A     : Tidak, kerana kilang shut down, input dah takde dan tiada keperluan kakitangan lagi.
Panel  : Anda masih bujang kan, bila agak-agak akan kahwin?
A        : Insyaallah perancangan tahun hadapan.
Aku   : *Dalam hati aduh sedih la pulak, nak kahwin tapi kontrak kerja akan tamat tak lama lagi. Mesti dia sangat sangat perlukan kerja kan.

Calon ke-2

Pengenalan diri bla bla bla bla. Saya pernah kerja di syarikat XYZ di Kuantan sebelum bertukar kerja di tempat lain. Sempat PJJ dengan isteri selama hampir setahun. Di tempat kerja baru pun hanya bertahan selama 1 tahun sebab kilang shut down. Majikan nak kurangkan pekerja. Sekarang saya buat kerja secara part time.

Panel    : Boleh tahu kerja part time apa?
B        : Saya kerja mesin rumput. 1 - 3 kali seminggu. Kalau tiada kerja, saya jaga anak kat rumah. Isteri saya bekerja.
Aku   : ** Menangis dalam hati. Mesti naluri seorang suami tu nak cari pendapatan untuk keluarga, bukan isteri yang menanggung kerja. Mesti dia sangat sangat mengharapkan pekerjaan ni.

Calon ke-3

Pengenalan diri bla bla bla. Saya berkelulusan Diploma Sains Komputer, Sekarang saya kerja di kedai telefon, basic gaji RM900. Saya dah 3 tahun mencuba nasib hantar resume di syarikat ini dan ini kali pertama dipanggil temuduga. Saya berharap kali ini akan ada peluang untuk saya.

Aku    : ** Kelu lidah. Jangan kita menilai orang yang ada degree/ diploma memilih kerja, Kita tak tahu mungkin diorang ni dah bermacam-macam cara dah usaha mencari kerja.

Kerja di bahagian HR ni, tak semua faham keadaan kita. Orang lain boleh menilai  dari segi luaran. Nampak bagus dan sebagainya, kenapa tak ambil je? Namun, kami perlu pastikan calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk melancarkan urusan kerja di syarikat supaya tak timbul masalah kelak.

Cuma aku ada sedikit pesanan;

1. For those yang dapat kerja melalui orang tengah (kabel) termasuklah aku sendiri, jangan rasa rendah diri. Memang orang akan pandang serong tapi kalau itu dah tertulis rezeki untuk kita, pasti kita akan dapat. Ada juga kes guna kabel tapi still tak dapat juga. Mana-mana yang dapat kerja dengan cara ni kena ingat satu benda ni. Orang fikir kita mungkin telah merampas peluang orang lain, jadi buat la kerja sehabis daya dan tunjukkan lah pada orang yang kita boleh lakukan kerja tersebut berdasarkan kapasiti kemampuan kita sendiri, bukan semata-mata kabel!

2. Kepada calon-calon yang gagal temuduga, itu bukan bermakna korang gagal selamanya. Mungkin jawatan yang dimohon tidak sesuai dengan kemampuan diri anda. Means that ada kerja yang lebih layak untuk korang. Kutip la pengalaman temuduga yang sangat berharga ni. Bak orang kata, kegagalan mematangkan kita dan dari kegagalan juga akan medatangkan kejayaan.

Lastly, ku doakan kepada para pemburu kerja

"Jangan pernah berhenti memburu kerja and all the best!"

Till we meet again!



No comments: