Friday, July 3, 2020

Pengalaman Terkena Breast Abscess


Assalamualakum,

Holla!!

Alhamdulillah, menjelma lagi sis kat blog ni teheee.

This time, sis nak share pengalaman yang paling tak dapat dilupakan mungkin juga pengalaman pahit yang pernah sis hadapi dalam hidup iaitu terkena 'Breast Abscess'.




For those yang tertanya-tanya apa itu breast abscess ni, ia semacam ada nanah di bahagian breast atau under aerola disebabkan infection pada susu. Simptom bermula apabila breast membengkak (engorge), mula demam sampai menggigil satu badan, infected area akan bertukar warna merah dan peritnya tidak terkata. Kalau dibiar lama susu boleh jadi akan bercampur dengan nanah.

BREAST ABSCESS – FAQ's - Amrita Clinic

Pengalaman setiap orang tak sama kan, sis terkena breast abscess ni masa dalam pantang anak ke-3. Ceritanya bermula begini.....

Secara jujurnya sis sangat penat melalui proses melahirkan anak dan pantang untuk kali ke-3 ini. Kemungkinan masa tu sis belum ready sebab anak lahir 3 minggu awal dari due date dengan kerja kat pejabat tak sempat nak hand over betul-betul kat oficemate. Tak sampai 1 hari discaj dari hospital, kena warded semula sebab bacaan jaundice anak tinggi. Berkampung lagi selama 2 hari kat wad. Tambah menyulitkan keadaan lagi bila anak pula sejenis high demand baby yang boleh kata menangis je. Celik mata menangis, letak bawah menangis, kita pangku peluk ke dada pun menangis, tidur pulak toksah cakap sekejap sangat. Keadaan badan kita masih lemah lagi kan, jadi emosi sedikit sebanyak terganggu. Masa ni Ya Allah tak boleh nak luah kat orang perasaan stress tu. Duk dalam wad sorang-sorang jaga anak dengan keadaan macam tu, nak tinggal sekejap pergi toilet pun tak sedap hati sebab anak menangis yang tahap meraung tu. Masa tu breast dah mula membengkak.

Dan ceritanya bersambung lagi bila pulang ke rumah. Kitarannya masih sama, anak menangis menangis menangis sampai ibunya pun menangis sama haha. Tiba-tiba satu hari tu badan rasa menggigil-gigil, haa ni tak bukan sah la kena bengkak susu. Sebelum ni pun sis dah terbiasa kena bengkak susu. Cuma kali ni pelik sebab terperasan ada satu ketulan kecil kat area breast. So, sis terus ke Klinik Ramli, Gua Musang nak jumpa my favourite doktor Dr Adaviah tapi masa tu doktor takde, yang ada nya doktor ganti. Nak tak nak kita jumpa jugak lah. Beliau consult dan bagi ubat antibiotik. Pulanglah sis ke rumah dengan misi memperhabiskan ubat antibiotik. Unfortunately, ketulan kat breast tak surut malah makin membesar. Then, pergi lah daku ke klinik lain pulak. Ceritanya pun sama, doktor terus bagi ubat antibiotik yang lebih kuat katanya. 

Selang beberapa hari, keadaan masih tak okey malah bertambah sakit sampai nak menyusukan anak pun dah tak boleh. Nak tidur mengiring tak boleh, berdenyut-denyut. It worsen bila affected area tu tak boleh contact dengan apa-apa pun sebab dah sakit sangat. Sis kembali ke klinik yang sama sebab takut. Dalam fikiran ni toksah cakap lah bermacam-macam benda menerpa. Cancer ke ni? bla bla bla.. Doktor cek dan terus cakap ini satu proses kulit nak pecah dan akan keluar nanah. So, tunggu ia pecah masa tu picit dan nanah tu akan keluar habis. Pastikan nanah keluar dan bersihkan betul-betul. Doktor ajar cara-cara nya. So, sis pun angguk faham. Tak terbayang pun proses tu sangat menyakitkan haha.

Duk sehari lepas tu, sis pergi ke klinik 1st tadi dan Alhamdulillah Dr Adviah ada. Terus sis masuk dan cerita semuanya apa yang dah berlaku. Doktor agak terkejut dan terus suggest suruh pergi kecemasan sebab tak boleh buat apa dah ni melainkan operate buang nanah. Sis masa tu rasa tak percaya bila dengar perkataan operate. Takkan sampai kena operate??? Doktor cakap kalau awak nak tunggu ia pecah tak tahu bila. Memang takde harapan nak tunggu pecah sendiri. Masa tu terus terbayang anak kecik kalau aku masuk hospital ni macam mana dengan anak. Doktor pun remind juga supaya jaga kesihatan diri dulu baru boleh jaga keluarga. Terus sis menangis kat situ.

Selepas buat perkiraan dengan suami, akhirnya kami decide untuk ke Hospital KPJ Perdana hari tu juga. 3 jam perjalanan ke KPJ. Sesampai je kat sana dah pukul 5 petang, terus daftar dan masuk ke wad kecemasan. Doktor datang cek semua dan ada juga lah doktor consult kemungkinan kalau buat operation ni takkan di cover oleh insurans sebab melibatkan post-natal. Sis dah tak boleh hadam dah, biar je la boleh claim insurans ke tak. Janji sis nak cepat-cepat habis proses paling menyakitkan ni. Diberitahu juga yang doktor akan in-charge operation ni adalah Dr Hamid which is LELAKI. I've no choice. 

Pukul 6.30 petang, sis ditolak ke wad. Dalam perjalanan ke wad, nurse banyak la jugak tanya. Ni anak pertama ke? Tak, anak no 3. Semua terkejut sebab kata diorang kebiasaannya berlaku untuk anak 1st. Lepas tu ada la sorang nurse bercerita pengalaman dia jugak. Masa tu dah seram sejuk seram sejuk daku mendengarnya. Tak lama kemudian, Dr. Hamid datang ke bilik dan tanya apa yang dah berlaku. Akhirnya doktor info yang operation akan dibuat pada esok hari pukul 10 pagi dan sedikit briefing mengenai operation. So, kena start puasa serta-merta. Memang sis pun tak lalu makan dah memikirkan sakit ni dengan memikirkan anak lagi.  

Pukul 10 pagi esok bersiap-siap lah ku untuk ditolak ke bilik OT. Fully bius dan sis terlelap. Pukul 12 tengahari tersedar dan semua settle. Alhamdulillah syukur. Terlalu banyak nikmat yang harus ku syukuri. Dikurniakan suami yang sangat supportive di saat ku hadap semua ni, Allah kurniakan kesihatan dan kemudahan pada mak untuk jaga cucunya, pada masa yang sama kakak iparku pun baru dapat anak juga, disusunya anakku yang kelaparan menangis mencari susu ibu.

Allahu, menangis bila teringat pengalaman ni. 

Selepas pulang ke rumah, jadi rutin selama seminggu untuk habiskan ubat antibiotik dan cuci kat bahagian operate. Cuci sendiri je kat rumah. Pastikan sediakan kelengkapan RinsCap Normal Saline Sodium Chloride Irrigation Solutiongauze swab dan wound dressing adhesive (pelekat).




Gambar ihsan google



Sekian mengenai pengalamanku terkena breast abscess. 

Moral of the story:

"Jaga kesihatan diri sendiri dulu, baru boleh jaga keluarga kita dengan baik"

Be positive and always stay positive. Insyaallah semua akan baik-baik sahaja. 

Till we meet again!

14 comments:

Ainun Natasha said...

Terima kasih kerana berkongsi.
Boleh saya dapatkan cara untuk contract puan? Nak bertanya sedikit berkaitan abscess. Ibu saya ada tanda2 nya. Tq much appreciated 😊

Ainun Natasha said...

Terima kasih kerana berkongsi.
Boleh saya dapatkan cara untuk contract puan? Nak bertanya sedikit berkaitan abscess. Ibu saya ada tanda2 nya. Tq much appreciated 😊

Ainun Natasha said...

Terima kasih kerana berkongsi.
Boleh saya dapatkan cara untuk contract puan? Nak bertanya sedikit berkaitan abscess. Ibu saya ada tanda2 nya. Tq much appreciated 😊

Mar Yanie said...

Hi Ainun Natasha.. Assalamualaikum, mungkin saya dah terlewat respon. Boleh pm saya di FB Marya Ni https://www.facebook.com/marya.ni.50/ .. Harap saya dapat bantu dari sharing pengalaman.

Anonymous said...

Sis berapa total operate? N berapa lama untuk sembuh

Mar Yanie said...

Hai anonymous. Saya rasa saya dah terlewat respon tapi takpe saya share jugak untuk rujukan orang ramai yang mengunjungi blog saya. Kos operate dan lain2 semuanya RM 4700++. Alhamdulillah, dalam tempoh 2 -3 minggu saya dah fully sembuh dan dapat breastfeed anak seperti biasa. Perlukan positif mind set dan juga sokongan orang sekeliling untuk dapatkan kembali kekuatan tuk breasfeed anak.

Awang said...

Saya ada ketulan kecil, pergi check di hospital Assunta, pakar bedah doktor lelaki India, Dr Krishnan
Dia check pakai tangan je, dia kata benda tu fibroadenoma
Suami mintak nak masuk temankan tapi tak dibenarkan, kalau suami masuk dia mesti cemburu punya 😂
Dah lah bukak habis tudung, baju dan bra, disuruh berbaring, kedua2 tangan doktor menguli uli tetek saya macam uli tepung😂
Yang malunya bila puting tetek pun dia picit2, geli lah😂
Ada nurse saja temankan

Awang said...

Lepas check berbaring, kena duduk pulak, disuruh angkat tangan, check ketiak bagai, check sekali lagi kedua2 belah tetek, pastu disuruh tunduk membongkok sedikit doktor nak tengok kondisi tetek
Kalau suami saya tengok mesti mengamuk😂

Mar Yanie said...

I feel you!! Saya pun dapat doktor pakar lelaki. Tp suami saya redha kalau betul itu adalah pilihan yang terbaik. Semoga Allah ampunkan dosa2 kita atas asbab usaha nak breastfeed anak dan juga nak jaga kesihatan diri sendiri.

Ct said...

Puan boleh buka fb..sy ade pm puan

Ct said...

Salam..sy ade pm puan di fb..harap puan sudi jawab..tq

Anonymous said...

Hi. Sy ada pm puan di fb.

Awang said...

Saya Cikgu Syamsurina dari Parit Buntar, bulan lepas saya pergi check ketulan dekat klinik LPPKN Parit Buntar.

Terkena doktor lelaki jugak, Dr Vijay. Actually doktor tu memang ada klinik sendiri di pekan Parit Buntar, rupa-rupanya dia jugak yang buat locum dekat klinik LPPKN.

Saya mula-mula segan jugak tapi nurse pujuk suruh bukak tudung, baju dan baju dalam. Tinggal kain je. Masa doktor periksa tetek tu, mula2 kena duduk, dan kena angkat tangan kanan, lepas tu kiri pulak.

Lepas check dalam posisi duduk, disuruh berbaring pulak, doktor uli2 tetek saya macam uli tepung! Haha!

Saya tak ceritakan dekat encik suami, takut dia jeles dan mengamuk nanti.

Anonymous said...

As salam..puan, sy skrg kena breast abscess ni dua dua belah..spnjg puan terkena BA ni dan dlm tempoh pulih, puan ada bf anak tak?..sy baru 49 hari, nak brhnti bf rs sygnya 🥺 tapi saya tak tau brp hari/minggu utk sy pulih dr BA ni..sy x operate just aspirate je nanah tu