Thursday, August 30, 2012

Lelaki kereta, perempuan rumah.



Tanggungjawab, ini baru adil.

Holla!


Semalam adalah hari yang sedih sebab kite terlanggar kereta orang kat masjid. Masa tu kite nak masuk parking, dah nampak dah tempat parking tu kecik. Kite ingat kan kereta kite dah kecik, boleh bolos rupa-rupanya besar jugak tsk tsk tsk.






Grrrrrr bunyi dia. nah hamikkauu, melekat cat kat kereta tambah pulak garis-garis calar. Ouchhh, calar tu sangat mengguris hati kecil ni. Tapi takpelah, tu dinamakan takde rezeki. Kenapa? Sebab selalu je jadi benda-benda yang tak diingini bila gaji baru masyukkkk. Masa tu kat kepala otak ni, takde lagi trip ke Melaka. Dah postponed dari hari sebelum Ramadhan lagi. Sedih tau! Sedih! 


Balik je terus tanya abang, "Sikit je kan ni? Takde apa sangat kan? Kalau pegi polish boleh kasi sinar balik kan? kan? kan?". Dia jawab "Kepala hotak mung, tak napok ko gelokoh ni?". Gelokoh kulit tahu tak? Cat dah tanggal wakakaka. Takde2, sila sedia rm200, hujung minggu ni pegi repair. Aiyoyoyo, pengsan maaaak.


Sebelum tido semalam, berlegar-legar kat kepala ni duk pikir dan dan masa tu jugak terus buat perancangan masa depan. Mungkin berguna untuk wanita-wanita di luar sana. 


Bila kawen nanti, cepat-cepat agihkan tanggungjawab. Eh tak, discuss dengan boypren sekarang jugak! Hal-hal berkaitan dengan kereta bagi dekat lelaki, hal-hal berkaitan dengan rumah, bagi kite perempuan yang handle. Kalau dia nak bagi kite kereta pls say no no no! Kalau naik boleh, kalau bayar-bayar tak boleh.


Sebab kereta ni sekejap-sekejap nak servis la, tayar dah botak la, baru je servis bearing dah pecah la bla bla bla bla. Kalau rumah, hari ini buat semayang hajat masuk rumah baru, insyaallah harap-harap 10 tahun akan datang pintu rumah tak tercabut lagi, tingkap takde pecah. Nampak tak kelebihan dia kat situ?? Kalau kereta bagi kat kite habis la kopak mak kopak hoi duit. Perempuan? Jumpa lompang kat jalan, terjun. Macam mana la kereta tak sakit kan? Tak macam lelaki, jumpa bumper jalan pun gigih nak elak. 


Sobsss, sedih sangat. Kenapa asyik hilang rezeki je ni? Mungkin sebab terlalu boros masa raya hari tu kot. Tak hengat donia ni beli itu ini... T________T


Bye~

2 comments:

Unknown said...

Amalkan solat sunat dhuha saban hari.
Pemudah dan murahkan rezeki.
Insya Allah.

Mar Yanie said...

;) Insyaallah..