Saturday, August 25, 2012

Setahun yang tenat.

Tik tok tik tok tik tok...begitulah pantasnya masa berlalu..


Kisah setahun yang lepas; Orang buat ASB, kiteww pun nak jugak. Orang kata baru la ikut trend kan. Tapi orang bukak ASB yang ada buku akaun Ting tu, kiteww yang baru keluar dari gua ataupun tiba-tiba terasa ada duit banyak kat tangan, terus pergi buat ASB Loan. Bila aku bagitahu yang aku buat ASB loan, ramai yang tanya "Buat pinjaman untuk apa? Dah nak beli rumah ke?". Oh, tak tawu tak tawu. Jangan tanya lagi, kiteww dah rasa menyesal la awak T__________T.


Masa tu aku & aza cuma pikir nak buat satu akaun yang mana duit tu dikunci dalam tu, tak boleh simply simply withdrawal duit tu sekalipun tengah terdesak. Konon nak menabung demi masa depan yang cerah la. Pastu dan dan masa tu jugak, kami teringat peribahasa "Malu bertanya, sesat jalan". Jadi, apa lagi? terus pergi kaunter EASY RHB yang kebetulan ada depan mata. Belum pun panas bontot, orang tu dah pungpangpungpangpungpang itu ini itu ini.


ASB-RHB loan ni apa benda? Camni, kami dah register buat pinjaman. Jumlah pinjaman tu bergantung pada gaji atau lebih tepat kemampuan kita nak bayar nanti. Uishh, tak usah cakap la gaji kami masa kerja kat Popular dulu memang heaven, kalah gaji cekgu cekgi. Bila pinjaman dah approve, kami kena bayar RM188 setiap bulan. Takde duit macam mana sekalipun, kau kena bayar jugak. Kalau tak, bersedialah terima panggilan dari peminat misteri. Aku pernah stop bayar 2 bulan, kau bayangkan betapa hidup aku ni dipenuhi misscall berpuluh-puluh kali sehari. Berbeza dengan ASB biasa kan, ada duit boleh simpan, takde duit tak payah simpan. Senang citer kan. Tapi seseuatu benda tu mesti ada pro dan kontra nya. Kan?


Loan Amount (RM)Monthly repayment amount (RM)
10 Years15 Years20 Years25 Years
10,000110837063
20,000219165139125
30,000328248209187
40,000437329278249
50,000546412347311
60,000655494417373
70,000764576486435
80,000873658555497
90,000982741625559
100,0001,091823694621
110,0001,200905763683
120,0001,309987833745
130,0001,4181,070902807
140,0001,5271,152971869
150,0001,6361,2341,041931
160,0001,7451,3161,110993
170,0001,8541,3991,1801,055
180,0001,9631,4811,2491,117
190,0002,0721,5631,3181,179
200,0002,1811,6451,3881,241


Contoh; Untuk Loan Amount; RM 30k, kalau rasa mampu nak bayar dalam masa 10 tahun, haaa bayar la RM 328 sebulan. Macam aku pulak pilih 25 tahun, so bulan-bulan bayar RM 188.88, maklumlah kompiden sangat kan boleh hidup 25 tahun akan datang (Ya Allah, semoga makbul doa ku ini)..;)


Tenat? Perit? Menyesal? Sesak nafas? Tak usah cakap. Semua bersatu padu menjadi satu. Nak menangis aku ni, eh memang menangis dah pun. Tapi percayalah kata-kata "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Iye dok? Bila dah cukup setahun, nanti akan ada dividen setiap hujung tahun. Berapa dividen nya kiteww tunggu announcement dari RHB. Bila duit dividen tu dah masuk, jangan lupa taw! terus semat dalam hati, kuatkan iman di dada, jangan sesekali keluarkan duit tu! Simpan okay! Simpan duit dividen tu untuk bayar RM 188 tiap-tiap bulan tuh. Cukup untuk cover setiap tahun. Kalau ada duit lebih kita boleh add on la dalam akaun supaya cepat-cepat habis bayar. I mean, dari 25 tahun mungkin boleh pendekkan kepada 23 tahun. Dari 23 tahun mungkin kepada 20 tahun. Okay, paham?


Kalau sebelum ni, dapat gaji RM 1500, asyik duk pikir nak bayar ASB RM 188, berokben la, astro la, nak beli baju la, kasut la, bila tinggal sikit dalam bank baru ingat nak bayar PTPTN. Pastu bila masa nak simpan duit untuk kawen? Kan? Jadi pasni dah boleh simpan duit untuk kawen pulak teheee. Jadi, aku dah nampak apa sebenarnya abang yang duk promot kat kitorang hari tu, setahun ni memang tenat dan perit nak bayar, bila dah dapat dividen, duit tu boleh cover kan nanti. 


Entry kali ini takde pun niat aku nak mengajak korang eh jom lah menabung la melalui EASY RHB. Tak lah! It's up to you, kalau rasa nak menyimpan duit dalam tabung ataupun celah tilam pun no hal asal kan hati mesti kuat, jangan hari ni simpan RM5, esok takde duit mula la menggagau tangan sana sini cari duit tu balik. Cuma nak cakap, untuk dapatkan hasil, bukan senang-senang tunggu hasil jatuh dari langit. Sama jugak hal dalam bekerja. Mungkin hari ini, kerja tak bagus/tak seronok, ala kuli-kuli sahaja, tapi bila Allah dah janjikan rezeki dapat kerja yang best, apa-apa cabaran pun pasti boleh hadapi sebab kita dah ada pengalaman melalui situasi sukar dalam hidup kita. Allah sedang menguji kita dan beri peluang kat kita supaya bersyukur. Kalau terus dapat kerja bagus, entah masa tu ingat lagi ke nak bersyukur? Mintak jauh la kan dari sifat macam tu. 



Okay la, sekarang tengah dalam mood stalk picca kawen kawan-kawan. Semoga mood aku tak rosak lepas 5 minit stalk picca tu nanti teheeee.






10 comments:

mynameisYAT said...

hahaha. btol! newey asb tu ko bley stop after 3thn kn? kalo stop, kt ctu pun dhed untung.. ikut kmampuan.. ;) tp kn, kalo xtpaksa byr, mmg xmnyimpanla kn. so okla tu.. aku ni,ade lbh bru nk masuk asb. dlu ms kje kilang every month masuk. sobssss.. sbenanye, mkin gaji bsr, makin boros!

Unknown said...

Wow.
Boleh jadi ejen hartanah dah lepas nie.
Naik taraf.
Hehehe.

Good info.
Lepas nie, siapa-siapa nak kahwin, susun elok-elok jadual tarikh perkahwinan.
Ada yang berlaga tarikh, tak tentu tak cukup bajet nak beli hadiah.
Hahaha.
XD

Mar Yanie said...

Yatt..ayat last tu sangat benar.. makin bnyak duit, makin cepat abis.. klu duit sikit, pandai pulok handle..

btw,aku akn stop jgk asb nih, x mungkin rs nye aku bley abiskan byr dlm ms 25 thn..wawawawa..bg la 50 thn, x mungkin..kih3

Mar Yanie said...

fahmi, dun worie.. bab kawen2 ni kiteww plan baik punyerrr.. semoga hadiah mu tu smpai kat tangga umah aku di hari pernikahan nanti.. tak sabar heh...harharhar

Unknown said...

Wow.
Sampai ke kaki tangga rumah tue ditunggunya.
Hahaha.

mynameisYAT said...

aku dah standby adiah kawen mu ni. maklumlah, majelis 30/8 ni khenn... nak dkt dah. fahmi cpt beli! opsssss!

Unknown said...

Siapa yang 30 Ogos?
Tarikh kau akad ke?

Mar Yanie said...

OMG OMG..tinggal 3 hari ssajorkk lg..debar heh..semoga dipermudahkan..aminnnn...hihihi..;)

Anonymous said...

kalo tak byar lebih dr setahun cmna la?

suezy88fuyoo said...

macam mana nak stop ye