Assalamualaikum,
Siapa yang pernah lalui ataupun sedang melaluinya, yeahh we're in the same boat!
Saat menaip entry ni pun, tiba-tiba ter'flash-back' rasa sakit yang menyucuk2 tu hanya kita je yang dapat rasa. Terlalu sukar untuk digambarkan dan diluahkan.
Apa tu "Carpal Tunnel Syndrom"? Sakit yang macam mana ye? Haaa, Carpal Tunnel ni merujuk kepada sakit atau kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari-jari tangan sehingga nak genggam tangan pun tak dapat.
Dari first pregnancy lagi aku dah laluinya semasa dalam pantang tapi alhamdulillah ia menghilang selepas 2 bulan melahirkan anak. Masa second pregnancy pula, aku start rasa sakit masa mengandung 8 bulan. Masa tu perasan bila tengah menulis tiba-tiba pen terlepas dari tangan dan tangan jadi kaku. Cuba pegang semula tapi seluruh tangan rasa lemah semacam dan ia terus berlarutan sehinggalah habis tempoh pantang.
Untuk third pregnancy pulak, it became worsen. Starting kena sakit ni pun seawal usia 4 bulan mengandung. Ya Allah, perit tak terkata sakitnya. Masa attend monthly check up, aku cerita je semua walaupun aku tahu sakit ni agak common semasa pregnancy.
Kenapa aku cakap pregnancy kali ketiga ni paling teruk sakit ni?
- Aku tak boleh gerakkan jari-jari pada awal pagi selepas bangun tidur sehinggakan nak tarik selimut bantal pun tak mampu. So, drama air mata bermula. Can you imagine how you started your day with so emotional thing??
- Part mandi, tak boleh nak pegang berus gigi sebab jari-jari masih tak boleh nak gerak2 lagi. Apatah lagi nak guna sabun dan lain-lain. Hanya mampu guna hujung jari je.
- Same goes to when you prepare to work. Pakai baju, sikat rambut, tudung dan bla bla bla. All those things required hand movement.
- Aku tak dapat nak handle persiapan diri anak di awal pagi. Kalau diri sendiri pun tak mampu handle, apatah lagi anak2 kan? Even nak sikatkan rambut anak pun terketar-ketar.
- And the list goes on sampai ke petang. Cuma bila menjelang ke petang tu pergerakan jari-jari semakin okey sebab kita dah aktif dan buat macam-macam kerja. Urat-urat pun mungkin makin lembut kan.
- Pernah beberapa kali terlucut pinggan mangkuk gelas cawan dari tangan semasa nak mencuci. Maklumlah tangan tak kuat kan. Berjaya pecahkan pinggan sebanyak 3 kali jugak hihi.
Hari-hari yang aku lalui, aku cuba positifkan diri, tarik segala positive vibes yang ada. Antara positive vibes aku adalah online shopping teheee. Yes, that's my therapy which leads me to happiness.
Walaupun aku cuba bersikap positif, entah berapa puluh kali aku rebah. Pernah juga masa jumpa doktor aku menangis depannya. Tak terluah dengan kata-kata hanya air mata saja mampu ku luah. Nasib doktor memahami. She reminds me to keep in positive, don't stress out dan bla bla bla. Banyak sangat nasihat yang doktor bagi.
Ayat last sekali yang doktor cakap
"Saya tahu awak mesti sedih kan sebab orang nampak kita sihat tapi orang tak tahu hari-hari kita struggle. Takpe, saya doakan awak selamat sehingga melahirkan anak dan biar sakit ni cepat-cepat hilang"
Menangis la daku tersesak-esak dalam bilik doktor tu. Betul sangat yang doktor cakap tu. Orang tak nampak aku sakit sebab aku makan macam biasa malah lagi banyak, berjalan pantas, sampai berlari-lari kalau naik tangga (one of the excercises yang aku selalu buat untuk mudahkan bersalin). Aku hanya sakit pada tangan, sakit yang teramat sangat but at the end aku yang kena suapkan makanan ke mulut, aku tetap kena buat kerja, menulis dan lain-lain lagi sebab kalau aku tak buat, siapa lagi kan?
Dalam aku diuji dengan sakit begitu, Alhamdulillah suami sangat memahami dan membantu especially bila berada di rumah. Dia lah tukang urus anak, urus rumah. Benar, Allah itu tidak pernah zalim terhadap hambaNya. Ujian yang diberi masih lagi dalam lingkungan kemampuanku.
Aku banyak study pasal sakit ni melalui carian google dan FB. Hasil carian menunjukkan salah satu faktor sakit ni adalah kerja yang melibatkan egronomik pergelangan tangan yang tidak sesuai. Contoh; cara penggunaan tetikus (mouse) yang salah - kedudukan tangan yang tidak betul.
Sekarang aku dah pakai mouse pad yang jenis macam ni untuk support pergelangan tangan. It helps me a lot. Boleh cari kat shopee, ada yang murah. |
Alhamdulillah, anak no 3 dah nak masuk umur setahun. Slowly sakit tu dah beransur pulih. Cuma kadang-kadang ia datang menyinggah especially kalau diri berada dalam tekanan. Benar lah yang doktor pesan, please be positive. Insyallah, it will be fine.
Okey, itu saja cerita pengalaman ku. Meh la korang kongsi juga pengalaman masing-masing. Boleh kita bertukar-tukar pendapat atau tips-tips yang berguna untuk elakkan sakit ni berulang lagi.
Till we meet again!
** Sis trauma nak mengandung lagi dalam masa terdekat ni (eh macam nak anak lagi je teheee)
No comments:
Post a Comment