Saturday, January 18, 2014

Tips untuk tampak penyayang



Holla uolss. Assalamualaikum!


Ada orang memang dikurniakan sifat penyayang, lemah lembut, sopan santun sejak azali lagi. Ada jugak yang memupuk sifat-sifat terpuji itu semenjak kecil lagi. Lebih parah bila ada jugak sesetengah orang yang terpaksa berpura-pura untuk tunjukkan sisi penyayang yang ada dalam diri. Ouhh, so sick. Persoalannya sampai bila nak berpura-pura?


1. Orang suka kucing. 

Orang la yang cakap kalau suka kucing ni nampak sangat jenis penyayang tapi betul ke? Kalau betul, aku nak praktikkan sekarang jugak! Pandangan mata lelaki tak sama dengan perempuan kan. Aku ada kawan-kawan yang memang suka pada kucing. Jumpa tepi jalan, belai. Fuhhh, tabik! Aku pun nampak catlovers ni memang seorang yang penyayang. Kadang-kadang aku jeles jugak. Aku pantang okey kucing datang dekat lebih-lebih lagi yang duk menyorok kat bawah meja main gesel-gesel kat kaki masa aku tengah makan. Mahu terbalik meja aku kerjakan! hahaha. Maap!


2. Orang yang hidupnya dikelilingi oleh kanak-kanak.

Macam aku!!! hahahaha. Perasan tak masa pergi attend majlis kawen atau hari raya atau any celebrations ke, kalau tiba-tiba ada budak-budak kecik datang dekat ngan kita Ya Allah rasa macam aku ni nampak baik ke sampai diorang nak datang dekat? Mesti orang akan cakap "penyayang nya dia ni sampai budak-budak pun suka kat dia". Biasakan budak-budak ni bersifat jujur *wink wink*. Ada jugak orang yang bila jumpa baby nak dukung tapi nangis la pulak, terus nak pujuk "olololo kiut nye" onyonyonyo omeyyy nye, nak anak jugak!". Padahal dalam hati habis kedut baju aku hoi, basah la baju mahal aku ni. 



One of the 'hipokritos' pic of mine! harharhar


3. Post gambar baby/ anak buah/ baby kawan office / baby jiran kat facebook.

Ini taktik! Ini jugak yang aku selalu praktikkan! hahahaha. Tapi aku tidak lah obses sangat. Biasa aku post gambar anak buah bersebab uolss, Aku seboleh nya nak elakkan diri dari mengupload gambar selfie diri sendiri untuk tatapan orang ramai. Oh ini bukan era/ zaman aku dah sekarang. Jarang-jarang sekali boleh la bila terasa memang tak boleh tak upload pic sendiri takut ada yang merindui kuikuikui. That's why aku suka upload pic anak-anak bukan sebab nak nampak penyayang. Tidak! :-)

Yeah, pic hipokrit yang ke-2..*abaikan kegemukan aku yang terserlah itu*


Subjek & Objek: Semek boolat *my current obses*


Setakat ni itu je yang mampu aku pikir. Ok, bye! :-)

Friday, January 17, 2014

Color trend for 2014



Hai Assalamualaikum semua..


Okay, aku sedar sekarang aku dah makin jarang menaip tapi aku juga sedar bahawa takde siapa pun yang terkesan dan peduli kalau aku tak menaip pun! haha. Konon-konon nak privacy kan daily routine la sangat kan puiii. Aku hanyalah Mariani bukannya Nurul Badiah Lai yang dah berkurun lama tak update entry tup tup akan coming soon dengan anak ke-2 dah! dan bukannya juga Hanis Zalikha yang dah jarang update blog sebab sibuk mengacara & berlakon! Hahaha. Aku pun jarang update blog tapi aku memang takde ape story mory yang nak di "up"kan. Seriously zero kui3.


Hemmm but wait! Mungkin aku bizi sikit cari bahan-bahan menjahit sebab finally aku dah betul-betul register untuk kelas menjahit dengan Kak Mariati. Insyaallah hujung minggu ni akan start kelas menjahit. So, 2 3 minggu ni memang aku mundar-mandir pergi sana sini nak cari kain yang cantik, berkualiti tapi murah haha! Of course la untuk beginner, aku nak yang terbaik untuk menaikkan semangat menjahit nanti. Segala jenis gedung pakaian aku redah dari Jakel & Gulatis yang bapak mahal macam senapang M16 kalau boleh nak suruh diorang letak tagline "Hanya golongan VVIP sahaja boleh masuk", Nagoya Tekstil &  Kamdar yang sungguh oldskul dengan fesyen entah dari zaman bila lagi hoho.


Dalam pada mencari-cari pattern & warna kain, ada sorang salesgirl ni dengan gairah nya mempromot pattern2 yang up-to-date. Musim kali ni masih dan masih lagi baju plain kosong yang ada corak sulam, corak manik-manik berlabuci atau sulam bunga jenis timbul berada pada kedudukan teratas! Yang out of the list haruslah peplum. Peplum dah tak "in" dah sekarang ni.


Contoh: Gambar curik page dari FB Kain Pasang klik sini untuk tengok pattern lain lagi. Harga RM40 jew.

Contoh: Yang ni pun tengah trending skang ni. Boleh klik page FB Sulaman Chantek kat sini.
Contoh: Ataupun pattern corak bunga yang timbul. Khas untuk sape2 yang ada anak kecik dah tak payah usung mainan, bunga ni dah cukup untuk jadi mainan diorang bahahaha.


The most interesting, salesgirl tu ada jugak cakap yang color tengah trending sekarang adalah Emerald. Tahu tak Emerald tu warna camane?


Very nice colour kan? 





Color of the year untuk tahun 2013 but will be continue untuk tahun 2014 jugak. One more color yang akan jadi trending "Dusty Pink"




Dusty Pink atau orang lebih suka cakap pink belacan. Nice!




Pink yang ala-ala cokelat giteww.. 


So, apa lagi? Ayuh la cari color ni untuk hari raya nanti, attend wedding kawan-kawan ataupun tema untuk wedding sendiri???



Saturday, January 4, 2014

New Year Celebration



It is so yesterday.


Curlasstt mak pagi-pagi lagi dah beromputih bagai. So how's your 2014 treats you so far? Ada cerita/ kejadian menarik yang berlaku dalam masa 4 hari ni? Belum? Sabar.. Ini baru permulaan, ada 361 hari lagi to go! Akan ada banyak lagi cabaran yang bakal menunggu kita.


Aku percaya kedatangan 2014 ni tak sama macam tahun-tahun sebelumnya. Kemeriahan tak terasa, semangat hilang entah ke mana. Ramai yang tak excited untuk meraikannya termasuklah aku. 


Kenapa? 

1. Semakin besar jurang di antara pemimpin dan golongan marhaen. Due to recent floods tragedy kat Pahang & Terengganu dan kos sara diri yang semakin menggila - rakyat dah takde mood nak celebrate new year. Sedang orang-orang biasa macam pakcik makcik bertungkus lumus nak siapkan persekolahan anak-anak, ada segelintir pihak pulak gigih berbunga api bagai dengan konsert-konsert nyanyian merata-rata. Konsert amal? I don't have any idea about that. Adakah itu cara yang betul? 


2.  Pelaburan berjuta-juta untuk projek yang dirasakan tidak penting pada waktu yang kurang sesuai sedangkan rakyat Pahang & Terengganu (especially) kehilangan wang ringgit/ tempat berteduh. Sudah tentu ia menimbulkan kemarahan rakyat.


3. Harga barang makin naik. Bukan setakat barang makanan malah alat-alat tulis pun, dengar-dengar ada sesetengah tol pun naik jugak. Kesian, tak ramai pun ada dapat increment gaji even kalau ada increment pun takkan sebanyak mana pun. Tapi aku berharap aku mampu survive dengan duit yang ada ni, semoga Allah permudahkan. Sejujurnya aku memang takut nak menghadapi tahun 2014 sebab aku tahu kedudukan aku pada tahap mana.


4. Semakin tahun ke depan, semakin kurang cerdik statement yang dikeluarkan. And we will expect the more unbelievable statement from "them".


Aku tak bercakap pasal politik tapi cuma sekadar luahan perasaan seorang aku yang berpendapatan rendah dan aku rasa semakin hari hidup ku rasa semakin kurang selamat di sini. 



Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari pemerintah yang zalim.