Friday, January 17, 2014

Color trend for 2014



Hai Assalamualaikum semua..


Okay, aku sedar sekarang aku dah makin jarang menaip tapi aku juga sedar bahawa takde siapa pun yang terkesan dan peduli kalau aku tak menaip pun! haha. Konon-konon nak privacy kan daily routine la sangat kan puiii. Aku hanyalah Mariani bukannya Nurul Badiah Lai yang dah berkurun lama tak update entry tup tup akan coming soon dengan anak ke-2 dah! dan bukannya juga Hanis Zalikha yang dah jarang update blog sebab sibuk mengacara & berlakon! Hahaha. Aku pun jarang update blog tapi aku memang takde ape story mory yang nak di "up"kan. Seriously zero kui3.


Hemmm but wait! Mungkin aku bizi sikit cari bahan-bahan menjahit sebab finally aku dah betul-betul register untuk kelas menjahit dengan Kak Mariati. Insyaallah hujung minggu ni akan start kelas menjahit. So, 2 3 minggu ni memang aku mundar-mandir pergi sana sini nak cari kain yang cantik, berkualiti tapi murah haha! Of course la untuk beginner, aku nak yang terbaik untuk menaikkan semangat menjahit nanti. Segala jenis gedung pakaian aku redah dari Jakel & Gulatis yang bapak mahal macam senapang M16 kalau boleh nak suruh diorang letak tagline "Hanya golongan VVIP sahaja boleh masuk", Nagoya Tekstil &  Kamdar yang sungguh oldskul dengan fesyen entah dari zaman bila lagi hoho.


Dalam pada mencari-cari pattern & warna kain, ada sorang salesgirl ni dengan gairah nya mempromot pattern2 yang up-to-date. Musim kali ni masih dan masih lagi baju plain kosong yang ada corak sulam, corak manik-manik berlabuci atau sulam bunga jenis timbul berada pada kedudukan teratas! Yang out of the list haruslah peplum. Peplum dah tak "in" dah sekarang ni.


Contoh: Gambar curik page dari FB Kain Pasang klik sini untuk tengok pattern lain lagi. Harga RM40 jew.

Contoh: Yang ni pun tengah trending skang ni. Boleh klik page FB Sulaman Chantek kat sini.
Contoh: Ataupun pattern corak bunga yang timbul. Khas untuk sape2 yang ada anak kecik dah tak payah usung mainan, bunga ni dah cukup untuk jadi mainan diorang bahahaha.


The most interesting, salesgirl tu ada jugak cakap yang color tengah trending sekarang adalah Emerald. Tahu tak Emerald tu warna camane?


Very nice colour kan? 





Color of the year untuk tahun 2013 but will be continue untuk tahun 2014 jugak. One more color yang akan jadi trending "Dusty Pink"




Dusty Pink atau orang lebih suka cakap pink belacan. Nice!




Pink yang ala-ala cokelat giteww.. 


So, apa lagi? Ayuh la cari color ni untuk hari raya nanti, attend wedding kawan-kawan ataupun tema untuk wedding sendiri???



No comments: