Thursday, January 30, 2014

Pelaburan yang berbaloi



Holla, Assalamualaikum semua!


Ramai yang dah bercuti ker? Aku pun dah start cuti dah sempena Chinese New Year tapi aku tak balik kampung pun siap demam batuk berkahak lagi sekarang ni. Kepala dah naik pening. Pape pun aku gagahkan diri bangun buat jugak benda supaya aku rasa hari cuti ni digunakan sepenunhnya, takdelah tidur je kan, rugi woo.


Agak-agaknya demam aku ni disebabkan 2 reasons. Pertama: demam tak dapat balik kampung. Kedua: demam sebab baru dapat mesin jahit baru. Seharian aku duk godek mesin jahit tu sampaikan dah lenguh2 badan. Takpe, Alhamdulillah dah hampir siap baju kedua aku. Semangat kan? Aku boleh jahit half baju dalam masa 1 hari. Okay, kita tengok bulan depan adakah semangat aku berkobar-kobar lagi??? hewhewhew.



My sewing thingy. Rasa tak lengkap tanpa mesin jahit.


Hari sabtu lepas, aku dah set appoinment dengan Kak Jan (another cikgu menjahit selain dari Kak Tie) kat area Putra Height. Actually Kak Jan punya kedai based kat Jalan Kebun, Klang. Yang tu aku tak dapat pergi sebab jauh & abang tak bagi pergi. Kak Jan dengan baik hatinya sanggup datang Putra Height untuk kasi aku chance pandu uji mesin jahit Singer model 2259. Pandu uji mesin jahit uolsss, macam nak pandu uji kereta baru je.


Niat dalam hati memang nak beli, mak aku pun  support suruh beli. Ngam ngam duit bonus dah masuk, aku pun ape lagi kenss. Mula-mula ragu jugak takut beli duk terbiar je tepi dinding tapi memandangkan benda alah ni bukannya seratus dua, aku akan make sure gunakan sekerap yang mungkin.


Balik je rumah terus aku call mom mintak pendapat model mana aku patut beli. Tak lupa jugak wassap ngan Yatt & kakak2 ku tanya pendapat diorang. Petang tu aku test yang model 2559 punya (RM945), last2 aku decide untuk beli mesin jahit model 2550 (RM795). Harga pasaran memang RM795. Sikit pun takde less uolsss. 


Tadaaaaa....



Ramai yang cakap mahal nya. Kalau aku terus ke kedai Singer mungkin boleh dapat RM700-750 gitu. Kawan aku sorang pun beli RM680. Yup, memang terasa jugak la kan. Tapi aku positifkan diri. Aku sanggup beli dengan harga 'market price' sebab dapat free class untuk 1 session 1 pattern baju dengan Kak Jan. Kalau ikutkan nak belajar kelas menjahit pun yuran saja dah RM180-200. Kak Jan cakap "Takpe Yani, pelaburan yang berbaloi". Terus aku rasa bersemangat!


And this is my second baju.. Olah sikit la konon nak buat ala-ala blouse muslimah gitu kan..



My problem is to settle part sambung lengan dan jugak part leher. Hampir-hampir surrender.


Okay la, setakat ni dulu entry update dari ku. Next time update lagi yer. Nak tido jap, kepala pusing. Ehhh??#%

Daaaaaa~





1 comment:

Wak Lat said...

Salam. Hee rajinnya menjahit. ;p