Tuesday, January 28, 2014

Kelas Menjahit bersama Mariati Design



Hai, Assalamualaikum semua..

How is your day? Harap semua berjalan lancar yer. Okay kali ni aku nak straight to the point. Last week 18 & 19/1/14 aku ada attend kelas menjahit dengan kak Mariati Manaf kat Puncak Jalil, Seri Kembangan. Dekat sangat dengan rumah aku dalam kira-kira 25 minit gitu. Alhamdulillah masa pergi aku tak sesat pun..:)


Kelas Menjahit Mariati Design memang terbaik! First time aku dapat information pasal kelas ni, aku cam ragu-ragu boleh ke cikgu ajar jahit baju dalam masa dua hari? Dua hari beb! Nak ajar orang yang takde basic langsung. Serius aku takde basic langsung especially bab pegang mesin jahit. Kalau setakat pegang jarum jahit seluar koyak ke jahit span kat bahu ke ada la pernah sekali dua.


So, aku request ngan kak Tie (nama panggilan cikgu) nak belajar jahit baju kurung moden. Bayaran RM 180 untuk 2 hari. Not bad. Sehari sebelah pagi aku belajar cara nak amik ukuran berdasarkan baju contoh dan juga ukuran sebenar kat badan terus lukis pola dan gunting kain sebelum keluar lunch. Tak percaya? Aku sendiri pun tak percaya camane aku dapat siapkan haha.


After lunch + solat, aku sambung balik dalam pukul 3 Kak Tie suh start menjahit. At first Kak Tie bagi chance suh sesuaikan diri ngan mesin jahit tu. Siap ajar nak masukkan benang, sekoci ape entah. Terms yang pernah aku dengar sebelum ni tapi kalau tak silap kuih koci kot, sedap gak makan kuih tu hewhewhew.


Then, aku pun start jahit zip belakang, jahit tepi, cantumkan lengan baju sampai tak perasan bila baju aku dah bersambung semua ni??? Tup tup dah jadi sebentuk semacam baju! Unbelievable! Sampai sekarang aku tak percaya. 

Tadaaaa.. Baju kurung moden dah siap! Nampak kurus kan? Memang kurus pun sampaikan aku nak pakai pun ketat gilerrr bahaha.. Masih belum pandai nak estimate 'basi' 1 inci, 1/2 inci ape entah.



Ini lah gaya seorang tailor yang bakal tersohor di seluruh pelosok kampung! For your info ini lah first time aku aku guna pembaris panjang, lengkuk macam dalam gambar. Seronok jugak join kelas menjahit ni, dapat kenal kawan baru bertukar cerita. Cliche kan bunyi nya? haha tapi seriously seronok. Kawan-kawan aku Kak Shida & Kak Nelly pun baik even aku ni macam level adik je kan, takdelah orang cakap nak ignore kita. Terbaik.


Kak Tie mengajar sangat best! Hari pertama (Sabtu) cuma 3 orang je yang datang. So, Kak Tie boleh fokus betul-betul ngajar kitorang. Senang masuk dan paham. Cuma hari ke-2 (Ahad) ada 6 orang students, jadi kena tunggu turn la nak tanya apa-apa. Assistant Kak Tie pulak tak dapat datang sebab demam. Jadi, Kak Tie sorang je yang handle semua ni. 



Alhamdulillah, siap jugak baju kurung moden aku which is sampai sekarang aku tak percaya hehe. Masa drive balik rumah bersama sijil seriously aku asyik tersenyum je tak boleh nak berhenti. Dalam kepala ni duk melayang-layang entah ke mana dah nak jahit baju raya sendiri lah tahun ni, nak jahit naju kawen sendiri la, nak buka butik lah bla bla bla. Okay stop! Hahaha. *Abaikan aku punya muka yang sangat erghhh sebab kepenatan nak buat getah kain, part paling susah bagi aku*.


Sekian dulu coretan diari kali ini. Next time aku akan up lagi entry pasal menjahit lagi! From now onward, nak cerita pasal jahit jahit & jahit je. Daaaaa~

3 comments:

mynameisYAT said...

Jelesnyeeeeeeeeeee!

Mar Yanie said...

Uolsss, kumpul duit untuk kawen dulu. nanti lepas tu, boleh pikir belajar jahit, buat side income. ko keje kat skolah, cikgu2 suka jahit baju kurung baru.. lubuk tu nanti.hahaha

Unknown said...

Salam.. boleh saya dpt kan contact kelas jahitan tu?